Labu masak lemak ialah hidangan tradisional Melayu yang menggunakan labu kuning sebagai bahan utama. Bahan-bahan yang diperlukan termasuk labu, santan, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili padi, daun kunyit, garam dan serbuk perasa.
Cara memasak dimulakan dengan menumis bahan-bahan kisar sehingga wangi, kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Masukkan labu yang telah dipotong dan masak sehingga lembut. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa, kemudian taburkan daun kunyit. Kacau sekali-sekala supaya santan tidak pecah.
1. Resepi Lemak Putih Labu Manis
Bahan-bahan
- ½ biji labu manis kupas kulit, buang biji dan potong besar²
- 1 biji cili padi atau ikut suka nak pedas
- 1 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- 1 genggam ikan bilis
- 1 kotak kecil santan kara
- 1 helai daun kunyit disiat kasar
- Garam dan perasa secukupnya.
Cara nak buat lemak putih labu manis
- Cili, bawang dan ikan bilis dikisar halus.
- Masukkan ke dalam periuk bersama 2 atau 3 cawan air. Setelah mendidih baru masukkan labu.
- Biarkan sehingga labu empuk baru masukkan santan, daun kunyit, garam dan perasa.
- Kacau manja sehingga kuah mendidih sekali lagi. Tutup api. Siap dan boleh hidang.
Sumber: Bonda Zalina Amat Rosman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Masak Lemak Udang Labu Daun Selasih
Bahan-bahan
- Udang setengah kilo
- Bawang merah
- Kunyit hidup
- Udang kering
(Dikisar) - Labu
- Santan dari 2 biji kelapa
- Lada hitam bijik (dikisar dengan blender kering )
- Daun selasih
Cara buat masak lemak udang labu
- Mula-mula masukkan bawang merah kunyit hidpo dan udang kering yang telah di kisar didihkan atas dapur, agak agak dah kering, masukkan labu. Masukkan santan sedikit dan air dan sentiasa kacau.
- Masukkan lada hitam. Agak agak empuk labu masukkan udang dan daun selasih dan santan.
- Kacau sentiasa.
- Masukkan garam.
- Mendidih dan udang masak, siap sedia untuk di makan .
Sumber: Amelia Tamby Hussin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Masak Lemak Labu dengan Sawi
Bahan-bahan
- Labu setengah biji.dibuang kulit dan potong kecil
- Sawi 2pokok, asingkan batang dgn daun
- Udang putih sedikit
- Bawang besar hiris kasar
- Santan kara
- Garam perasa secukup rasa
Cara buat masak lemak labu dengan sawi
- Ambil 2 sudu santan dibancuh dengan 2 cawan air suam, biar cair kemudian masuk kedalam periuk.
- Masukkan sekali labu, udang, bawang besar, batang sawi, garam dan perasa, tuggu sehingga mendidih dan labu empuk.
- Ambil 2 sudu makan dibancuh dengan 1 cawan air suam, kemudian masuk kedalam periuk bersama sawi, api kecil dan tuggu dalam 3minit. Kacau supaya santan tak pecah.
- Rasa semua dah ok boleh tutup api dan dihidang bersama nasi panas.
Sumber: Arieza Rieza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Menu Sayur Lain Yang Sedap Dibuat Masak Lemak?
Selain sayur labu, terdapat juga sayur lain yang sesuai dibuat masak lemak. 5 antaranya adalah:
1. Pucuk Paku Masak Lemak
Hidangan sayur-sayuran yang dimasak dengan santan, menggunakan pucuk paku muda sebagai bahan utama. Rempah yang sama seperti labu masak lemak digunakan untuk memberikan rasa yang sedap.
2. Nangka Muda Masak Lemak
Masakan yang menggunakan nangka muda yang dipotong halus dan dimasak dalam kuah lemak yang sama. Hidangan ini popular di negeri-negeri pantai timur Malaysia.
3. Rebung Masak Lemak
Rebung atau pucuk buluh muda yang dimasak dengan santan dan rempah-ratus. Masakan ini sangat popular terutamanya pada musim rebung.
4. Kacang Buncis Masak Lemak
Sayur kacang buncis yang dimasak dengan santan dan rempah yang sama. Hidangan ini mudah didapati di kebanyakan kedai makan Melayu.
5. Terung Masak Lemak
Terung yang dipotong dan dimasak dalam kuah lemak yang sama. Masakan ini merupakan pilihan popular untuk hidangan berkuah lemak yang ringkas.