Kek mentega ialah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada bahan-bahan asas seperti tepung gandum, mentega, gula kastor, telur, susu dan serbuk penaik. Ia merupakan kek yang sangat popular dan sering dihidangkan pada pelbagai majlis.
Untuk menyediakan kek mentega, mulakan dengan mengacau mentega dan gula sehingga krim. Masukkan telur satu persatu sambil mengacau. Kemudian, campurkan tepung gandum, serbuk penaik dan susu secara berselang-seli. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah digris dan bakar pada suhu 180°C selama 45 minit.
1. Resepi Kek Mentega Sukatan Cawan
Bahan-bahan
- 1 cawan mentega/marjerin
- 3/4 cawan gula halus
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu makan ovalette
- 2 sudu makan susu pekat
- 2 cawan tepung kek naik sendiri
- Pewarna
Cara buat kek mentega
- Kacau gula dan mentega menggunakan mixer sehingga halus. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul sebati.
- Tambahkan esen vanila, ovalette dan susu pekat. Pukul sebentar.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati setiap kali masuk.
- Bahagikan adunan kek kepada beberapa bahagian yang anda mahukan. Masukkan pewarna mengikut selera.
- Menggunakan loyang 7 atau 8 inci, gris loyang dan lapik dengan baking paper. Panaskan oven selama 10 minit dan bakar pada suhu 140-150c menggunakan api atas bawah atau mengikut kesesuaian oven.
Sumber: Hidayu SherZada dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Kek Mentega Premium
Bahan-bahan
- 2 cawan (240g) tepung kek
- 2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh garam
- 1 cawan (230g) Goldenchurn pada suhu bilik
- 3/4 cawan (150g) gula putih
- 1/2 cawan (100g) gula perang
- 2 biji telur gred A
- 4 biji telur kuning gred A
- 1 sudu makan (15ml) ekstrak Vanila
- 2/3 cawan (160ml) susu segar dicampur dengan 1 sudu makan cuka, dibiarkan selama 5 minit untuk menghasilkan buttermilk
Cara buat kek mentega
- Panaskan oven pada suhu 177°c. Sapukan 9 inci loyang dengan marjerin, letakkan parchment paper dan tinggalkan sebentar.
- Ayak tepung kek bersama baking powder dan garam dalam satu bekas. Biar sebentar.
- Pukul butter dalam kelajuan yang tinggi hingga berkrim dalam 1 minit.
- Masukkan gula putih dan gula perang, pukul selama 3-4 minit.
- Masukkan telur satu persatu, kemudian kuning telur dan esen vanila. Pukul dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
- Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung dan buttermilk berselang seli sehingga semua sebati.
- Bakar pada suhu 177°c selama 1 jam. Jika tidak masak sepenuhnya, tambah lagi 15-30 minit.
Sumber: Noraini Jaafar dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Kek Mentega Oren
Bahan-bahan
- 1/2 cawan mentega
- 1/2 cawan marjerin
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 3/4 cawan gula halus
- 4 biji telur gred A
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1/2 biji lemon zest
- 3 sudu besar jus oren
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 ketul kiub ais
- Sedikit perwarna kuning
Cara buat kek mentega
- Pukul mentega, marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
- Tuangkan lemon zest, masukkan tepung, jus oren, pewarna dan ais. Adun sehingga sebati.
- Bakar dengan api atas bawah berkipas pada suhu 180°c selama 40-45 minit.
Sumber: Dayangnorzanah Harun dari Masak Apa Hari Ni
4. Resepi Kek Mentega Marble
Bahan-bahan
- 300g mentega
- 250g gula halus
- 6 biji telur gred B
- 260g tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- Sedikit coklat emulco
- Sedikit strawberi emulco
- Sedikit pewarna pink
Cara buat kek mentega
- Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.
- Ayak tepung dan serbuk penaik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit serta serbuk penaik. Putar sebati.
- Bahagikan adunan pada 3 bahagian dan letakkan pewarna.
- Bakar pada suhu 160°c selama lebih kurang 35-40 minit.
Tips: Ayak tepung banyak kali untuk mengelakkan kek jadi bentat.
Sumber: Fauziah Miskon dari Masak Apa Hari Ni
Selain Kek Mentega, Apa Lagi Kek Yang Popular?
Selain Kek Mentega, terdapat 5 jenis kek yang juga popular. Maklumat lanjut mengenai kek tersebut seperti dibawah:
1. Kek Coklat
Kek coklat adalah pilihan yang digemari ramai kerana rasanya yang lazat. Bahan-bahan utamanya termasuk tepung gandum, serbuk koko, mentega, gula, telur dan susu. Cara penyediaannya hampir sama dengan kek mentega tetapi dengan penambahan serbuk koko untuk perisa coklat.
2. Kek Keju
Kek keju ialah sejenis kek yang diperbuat dengan menggunakan keju krim sebagai bahan utama. Bahan-bahan lain termasuk biskut digilis untuk lapisan bawah, mentega, gula, telur dan perisa vanila.
3. Kek Red Velvet
Kek Red Velvet ialah kek yang terkenal dengan warna merahnya yang menarik. Ia dibuat menggunakan tepung gandum, mentega, gula, telur, pewarna merah, buttermilk dan sedikit serbuk koko.
4. Kek Marble
Kek marble ialah gabungan adunan kek vanila dan coklat yang menghasilkan corak berjalur yang menarik. Bahan-bahan asasnya sama seperti kek mentega dengan tambahan serbuk koko untuk bahagian coklat.
5. Kek Pandan
Kek pandan adalah pilihan popular di Malaysia dengan rasa dan aroma daun pandan yang istimewa. Bahan-bahannya termasuk tepung gandum, jus pandan, mentega, gula, telur dan santan.