Susu kurma ialah sejenis minuman yang diperbuat daripada campuran susu dan kurma yang dikisar (blend) bersama. Minuman ini popular semasa bulan Ramadan sebagai minuman untuk berbuka puasa kerana ia mempunyai banyak khasiat, meningkatkan tenaga dan membantu dalam proses penghadaman
Bahan-bahan utama untuk membuat susu kurma ialah kurma dan susu. Kurma dibuang biji dan direndam dalam air panas selama beberapa minit untuk melembut kan isinya. Kemudian, kurma yang telah lembut diblender bersama susu sehingga sebati dan halus. Sesetengah resepi juga menambah bahan-bahan lain seperti madu, serbuk koko, atau rempah-ratus seperti kayu manis atau buah pelaga untuk menambahkan rasa dan aroma.
1. Resepi Susu Kurma (3 Bahan)
Bahan-bahan
- Kurma 5 biji.
- Air masak setengah cawan.
- Susu segar satu cawan.
* Bilangan kurma bergantung ikut citarasa sendiri , sebaiknya dalam bilangan ganjil.
Cara buat susu kurma
- Kurma dibuang biji dan isinya kita carik-carikkan. Rendam dalam setengah cawan air masak.
- Biarkan rendam sampai kurma kembang. Rendam sebelum tidur lepas sahur untuk minum ketika sahur esoknya.
- Bila kurma dah kembang boleh blend dgn secawan susu segar. Minum ketika penutup sahur.
Jangan lupa selawat keatas Nabi dan mohon Allah permudahkan puasa kita. InsyaAllah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari.
Sumber: Cik Aien dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Susu Kurma Milkshake
Bahan-bahan
- 7 biji kurma
- 1 cawan air suam
- 2 cawan susu segar
- 1/2 cawan oat
Cara buat susu kurma
- Campurkan oat dengan susu dalam 1 bekas. Rendam dalam peti sejuk semalaman.
- Buangkan biji kurma dan rendam di dalam air suam. Kemudian simpan dalam peti semalaman.
- Kisar bersama dan boleh dinikmati.
Sumber: Nurazwani Jaafar dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Susu Kurma Badam Madu
Bahan-bahan
- 2 cawan susu full cream/fresh milk/low fat
- 1 genggam kacang badam
- Buah kurma bilangan ganjil
- 3 sudu makan madu
Cara buat susu kurma
- Rendam kacang badam sekurang-kurangnya selama 5 jam atau semalaman.
- Buang biji kurma dan rendam juga.
- Kisar badam yang direndam bersama airnya sehingga lumat.
- Tapis dan ambil airnya sahaja.
- Kisar semula air bersama kurma, susu dan madu sehingga lumat dan tapis jika mahu.
- Masukkan ke dalam botol kaca dan sejukkan. Sedia untuk diminum.
Sumber: Fatimah Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni
4. Resepi Jus Susu Kurma
Bahan-bahan
- Kurma
- Gula
- Air
Cara buat jus susu kurma
- Kurma buangkan biji.
- Masak dengan gula dan air.
- Dah sejuk kisar sampai halus.
- Simpan dalam peti ais.
- Bila nak minum campurkan ais atau susu.
Sumber: Mar Rahmat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
5. Resepi Susu Kurma Pisang
Bahan-bahan
- 13 biji kurma
- 5 biji pisang
- 1 kotak susu segar
- 1/2 cawan oat
Cara buat susu kurma
- Buang biji kurma dan carikkan isinya. Rendam di dalam setengah cawan air masak sehingga kurma kembang.
- Kisar kurma bersama pisang, oat dan susu segar. Sedia untuk diminum.
Sumber: Hasliza Teeja dari Masak Apa Hari Ni
6. Resepi Susu Kurma Badam Madu
Bahan-bahan
- 2 cawan susu full cream/fresh milk/low fat
- Segenggam kacang badam (rendam dengan air sekurangnya 5 jam) biasanya rendam pada waktu malam.
- Buah kurma dalam bilangan ganjil tak kisah berapa pun. Perlu direndam juga dgn air dan jangan lupa buang biji nya.
- 3 Sudu makan madu
Cara buat susu kurma badam madu
- Kisarkan badam yang direndam bersama air. Kisar sehingga lumat dan tapis ambik jus/airnya. Serdak atau hampas jangan dibuang boleh buat scrub kat muka.
- Seterusnya blend smula jus/air badam tadi bersama kurma,susu dan madu.
- Kisar sehingga lumat dan boleh tapis sekali lagi kalau nak.
- Masukkan susu yang dah siap ke dalam botol kaca dan sejukkn dalam chiller. Kalau suka susu suam boleh panaskan diatas dapur.
Optional: Kalau ada serbuk kayu manis boleh masukkan sedikit campur bagi yang suka.
Sumber: Fatimah Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Susu Kurma, Apa Minuman Popular di Bulan Ramadan?
Selain susu kurma, terdapat 5 minuman lain yang juga popular semasa bulan Ramadan di Malaysia. Antaranya ialah:
Air Katira
Air Katira ialah minuman yang diperbuat daripada biji katira yang direbus sehingga terhasil gel yang pekat. Gel ini kemudian ditapis dan dicampur dengan air, gula, dan perisa seperti rose syrup atau sirap pisang. Air Katira dipercayai mempunyai khasiat untuk menyejukkan badan dan mengurangkan rasa dahaga.
Sirap Bandung
Sirap Bandung ialah minuman yang diperbuat daripada campuran susu dan sirap ros atau sirap bandung. Sirap bandung diperbuat daripada campuran gula dan air yang diwarnakan dengan pewarna makanan berwarna merah jambu atau merah.
Air Tebu
Air Tebu ialah minuman yang diperbuat daripada air perahan batang tebu yang segar. Batang tebu dikisar dan diperas untuk mendapatkan airnya, yang kemudiannya ditapis dan dihidangkan dengan ais. Air Tebu mempunyai rasa yang manis dan menyegarkan.
Air Cincau
Air Cincau ialah minuman yang diperbuat daripada daun cincau yang dikisar halus dan disejukkan sehingga membentuk jeli yang berwarna hitam. Jeli cincau kemudian dipotong kecil dan dicampur dengan air gula atau sirap, serta dihidangkan dengan ais. Air Cincau dipercayai mempunyai khasiat untuk menyejukkan badan dan mengurangkan rasa dahaga.
Air Soya
Air Soya ialah minuman yang diperbuat daripada kacang soya yang dikisar dan ditapis untuk mendapatkan jus soya. Jus soya kemudian dimasak dengan sedikit gula dan perisa seperti pandan atau koko, dan dihidangkan panas atau sejuk.