Congo Bar adalah sejenis pencuci mulut yang menyerupai brownies tetapi mempunyai tekstur seperti biskut. Ia berasal dari Amerika Syarikat dan popular di seluruh dunia kerana rasanya yang manis dan lazat.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah tepung gandum, telur, mentega, gula perang, serbuk penaik, garam, vanilla esen dan cips coklat. Cara membuatnya adalah dengan mencampurkan mentega cair dengan gula perang, masukkan telur dan vanilla esen. Kemudian masukkan bahan-bahan kering dan gaul sebati. Akhir sekali masukkan cips coklat, tuang dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 180°C selama 25-30 minit.

1. Resepi Congo Bar

Bahan-bahan

Bahan A

  • 150g mentega
  • 220g gula perang  (brown sugar)
    (Pukul semua bahan A selama 2- 3minit)

Bahan B

  • 3 biji telur gred A
  • 1 sdt esen vanilla
    (Masukkan bahan B kedalam bahan A dan pukul 1-2minit)

Bahan C

  • 315g tepung naik sendiri (ayak)
  • 1/4 cawan coklat chips
  • 1/4 cawan almond flakes (sangai tanpa minyak seketika dan sejukkan)
    (Masukkan tepung kedalam adunan tadi kacau guna senduk hingga sebati, masukkan juga coklat chips dan almond flakes gaul sebati)

Hiasan

  • Coklat chip
  • Almond flakes

Cara buat congo bar

  1. Sapu mentega pada loyang saiz 10×10′ inci, lapik kertas minyak melebihi loyang supaya mudah untuk keluarkan congo bar.
  2. Tuang adunan dan ratakan, taburkan coklat chip dan almond flakes bakar selama 30-35minit dengan suhu 160- 170′(ikut suhu oven masing-masing) api atas dan bawah.
  3. Biarkan sejuk seketika dan potong bentuk bar (macam potong kuih talam) simpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: Pae AF dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Congo Bar Cup

Bahan-bahan

  • 150gm butter (anchor/scs)
  • 150gm gula perang
  • 100g gula castor
  • 320g tepung hongkong/ tepung kek (ayak)
  • 2tsp baking powder
  • 3 biji telur
  • 200g choc chips (callebaut)

Cara buat congo bar cup

  1. Campur semua bahan. Sebatikan guna handwhisk . Tak perlu pukul kembang.
  2. Letak dalam cup muffin . Bakar suhu 170’c selama 25minit atau hingga permukaan kekuningan.

Sumber: Norashikin Ismail dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Congo Bar Mudah

Tanpa guna mixer

Bahan-bahan

  • 150 gm butter
  • 250 gm gula perang (kurangkan jika taknak manis sangat)
  • 3 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 310 gm tepung gandum
  • 2 setengah sudu teh baking powder
  • 300 gm cip coklat
  • coklat beryls untuk hiasan

Cara buat congo bar mudah

  1. Kacau butter dan gula perang. Bolehsenduk saja tanpa mixer.
  2. Setelah sebati, masukkan telur beserta esen vanila dan terus kacau.
  3. Masukkan tepung gandum yang telah digaul dengan baking powder. Setelah sebati masukkan coklat chip dan teruskan kacau adunan.
  4. Coklat beryls bolehlah disusun selepas masukkan adunan ke dalam loyang@tray pembakar.
  5. Panaskan oven terlebih dulu 170/180 darjah celsius. Hidupkan api atas bawah.
  6. Satu adunan = 1 loyang size 12″ atau 2 loyang saiz 7″.
  7. Bakar selama 25 -35 minit ikut oven masing2 pada suhu170/180 °

Sumber: Siti Maryam Mat Yunoh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Selain Congo Bar, Apa Pencuci Mulut Lain Yang Popular?

Selain Congo Bar, terdapat 5 jenis pencuci mulut lain yang kurang diketahui tetapi cukup menarik untuk dicuba. Antara 5 pencuci mulut tersebut adalah seperti berikut:

1. Blondie

Blondie adalah pencuci mulut yang serupa dengan brownie tetapi dibuat tanpa coklat pekat. Ia menggunakan vanilla sebagai perisa utama dan biasanya ditambah dengan kacang macadamia atau cips coklat putih.

2. Brookies

Brookies adalah gabungan antara biskut cip coklat dan brownies. Ia mempunyai lapisan biskut di bahagian bawah dan lapisan brownie di bahagian atas, menjadikannya pencuci mulut yang unik.

3. Chocolate Chip Cookie Bars

Cookie bars adalah versi lebih lembut daripada biskut cip coklat biasa. Ia dipanggang dalam dulang dan dipotong menjadi kepingan selepas sejuk, menjadikannya lebih mudah untuk disediakan berbanding biskut tradisional.

4. Magic Bars

Magic Bars adalah pencuci mulut yang terdiri daripada lapisan biskut graham yang dihancurkan, dikuti dengan lapisan cips coklat, kelapa kering, kacang dan susu pekat manis.

5. Cookie Cake Bars

Cookie Cake Bars adalah versi bar daripada kek biskut. Ia mempunyai lapisan biskut yang tebal dan lembut, selalunya dihias dengan butter cream frosting dan hiasan tambahan seperti cips coklat.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply