Kimchi adalah makanan penapaian tradisional Korea yang diperbuat daripada sayur-sayuran. Bahan-bahan utama termasuk kobis putih, lobak merah, bawang putih, halia, daun bawang, garam, dan serbuk cili merah.

Cara membuatnya bermula dengan merendam kobis dalam air garam selama beberapa jam, kemudian dibilas dan ditoskan. Campurkan semua bahan perisa untuk membuat pes, lumurkan pada kobis, dan simpan dalam bekas kedap udara pada suhu bilik selama 1-5 hari untuk proses penapaian.

1. Resepi Kimchi Soondubu Jjigae @ Soft Tofu Stew

Bahan-bahan

  • Soft tofu – 1 pack
  • Kimchi – 2 senduk
  • Cendawan shitake – 3/4 mangkuk
  • Timun jepun
  • Ayam bahagian dada – 3/4 mangkuk  (boleh juga guna daging )
  • Telur – 2biji
  • Brown sugar – 1 sudu
  • Kiub ikan bilis –
  • Serbuk GOCHUGARU – 2 sudu (WARNING-PEDAS)
  • Light soy sauce (kicap soya) – 4 sudu
  • Garam – 1 sudu
  • Aji (OPTIONAL)
  • Minyak bijan utk menumis
  • Bawang merah – 3 biji / bawang holland – 1/2 biji
  • Bawang putih – 4 ulas
  • Daun bawang

Cara buat kimchi soondubu jjigae

  1. Tumis ayam dengan minyak bijan. Apabila dah separuh masak, ketepikan.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah dan daun bawang. Tumis sampai keperangan
  3. Kimchi pastikan beli yg (HALAL), masuk dengan kuah sekali.
  4. Dah sebati masukkan ayam separuh masak. Masuk cendawan dan timun.
  5. Air 2 mangkuk setengah.
  6. Serbuk ajaib. GOCHUGARU. Kalau tak tahan pedas letak satu sudu cukup.
  7. Selepas itu masukkan kiub ikan bilis. Brown sugar 1 sudu.
  8. Sos soya 4-5 sudu.  Jangan lupa tambah garam ajinomoto (optional).
  9. Bila dah menggelegak, tutup api.
  10. Bila dah gelegak letak telur, dan siap.

Sumber: Zaitul Ummi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kimchi Original Korea

Bahan-bahan

  • Kobis panjang-1 biji
  • Buah pear korea atau apple besar manis – 1 biji
  • Bawang holland – 1 biji
  • Bawang putih – 3 biji
  • Serbuk cili
  • Sos ikan – 4/5 sudu
  • Bijan
  • Daun bawang
  • Timun
  • Sayur
  • Tepung pulut – 3 sudu besar
  • Air – 1 cawan
  • Garam – 1/5 cawan (untuk jerukkan sayur)
  • Halia – 2 inchi

Cara buat kimchi original korea

Langkah pertama

  1. Kobis panjang leraikan satu-satu. Basuh sampai bersih dan sapu garam rata sehelai -helai.
  2. Jemur kobis selama 4/5 jam sampai layu dan keluar air.
  3. Potong daun bawang dan timun. Timun potong panjang. Selepas itu sapu garam biar berjeruk dan keluar air. Perah dan cuci bersih dan rendam bagi timun segar dan tak terlalu masin.
  4. Paste kimchi kisar semuah bahan-bahan bawang dan buah tadi dan ketepikan.

Langkah kedua

  1. Masuk tepung pulut 3 sudu besar.
  2. Air 1 cawan.
  3. Garam 2 sudu.
  4. Gula 3 sudu.
  5. Masak sampai likat. Proses ini penat sedikit sebab tak boleh tinggal nanti boleh jadi berketul.
  6. Dah siap asingkan.

Langkah ketiga

  1. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Bahan-bahan ayng dah dimasak, campur serbuk cili ikut selera.
  2. Kobis jangan lupa angkat.
  3. Bilaskan. Proses ini perlu manual tidak boleh rendam, perlu bilas sampai bersih sisa-sisa garam. Dah basuh selepas itu perah sampai kering.

Langkah keempat

  1. Ambil sehelai-helai daun kobis dan sapu rata, dan ambil lagi dan kobis sapu paste.
  2. Terakhir tabur bijan yang telah disangai untuk nak naikkan bau kimchi
  3. Ada lebihan paste tadi, gaul bersama timun dan biar 1/2 jam.
  4. Dah siap masuk dalam peti selama 3 hari. Lagi lama simpan lagi sedap.

Sumber:  Raja Norain Raja Idris dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kimchi (Kimchi Lobak Putih)

Bahan-bahan

  • Kobis Cina – 3 biji (anggaran berat 1.5kg setiap 1)
  • Lobak Putih – 3 batang
  • Lobak Merah – 3 batang

Bahan untuk dikisar 

  • Bawang putih – 3 labu
  • Halia – Anggaran 1 sudu makan
  • Lada Merah Besar – 3 biji (untuk tambahkan warna merah pada Kimchi)
  • Gula – 1/4 cawan
  • Blend semua bersama air
  • Daun Bawang – 1 ikat
    Daun Kucai (optional) – 1 ikat

Cara buat kimchi lobak putih

  1. Potong kobis kepada 4 bahagian.
  2. Cuci bersih-bersih di setiap helaian Kobis kemudian toskan airnya.
  3. Letak garam kasar di setiap helaian Kobis.
  4. Setelah semua di sapu garam biarkan selama 4 jam atau sehingga Kobis tersebut dah tak boleh dipatahkan lagi. Terbalikkan Kobis setiap 1 jam nak bagi garam sekata.
  5. Kobis selepas 4 jam dibiarkan bersama garam kasar. Selepas 4 jam cuci lagi sekali untuk hilangkan rasa garam. Cuci di setiap helaian daun bersih-bersih dan perah sikit Kobis tu bagi air garam keluar. Kalau tak nanti makan Kimchi rasa masin garam lebih. Kemudian toskan airnya.
  6. Lobak merah dan putih tadi di potong panjang-panjang.
  7. Satukan semua bahan dalam 1 bekas besar.  Jangan masukkan seketul. Potong anggaran panjang 2 inci. Masukkan sekali Daun Bawang yang sudah dipotong dan juga bahan yang dikisar tadi
  8. Masukkan 3 cawan serbuk cili. Kalau tak suka pedas kurangkan sukatan serbuk cili. Kemudian gaul semua sekali bagi sekata
  9. Masukkan dalam bekas dan tekan2 bagi mampat. Peramkan selama 1 malam suhu bilik.

Sumber: Abby Red Luna dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Bagaimana Pula Dengan Makanan Penapaian Di Negara Lain?

Jika Malaysia ada tapai ubi, korea ada kimchi, negara lain juga tidak ketinggalan menggunakan teknik penapaian dalam mempelbagaikan makanan mereka. Ini 5 lagi makanan lain yang melalui proses penapaian sebelum betul-betul sedia untuk dimakan.

1. Sauerkraut

Sauerkraut adalah sejenis makanan penapaian dari Jerman yang diperbuat daripada kobis putih yang dihiris halus dan ditapai dengan garam. Proses penapaian mengambil masa kira-kira 3-4 minggu untuk menghasilkan rasa yang sempurna.

2. Kombucha

Kombucha adalah minuman penapaian yang diperbuat daripada teh manis yang ditapai dengan bantuan kultur bakteria dan yis. Minuman ini mempunyai rasa yang unik dan memberi banyak manfaat kesihatan.

3. Miso

Miso adalah produk penapaian yang diperbuat daripada kacang soya, beras atau barli yang telah ditapai dengan bantuan kulat koji. Ia merupakan ramuan asas dalam masakan Jepun dan digunakan dalam pelbagai hidangan.

4. Tempeh

Tempeh adalah makanan penapaian yang berasal dari Indonesia, diperbuat daripada kacang soya yang telah diproses dan ditapai. Ia kaya dengan protein dan nutrisi yang penting untuk kesihatan.

5. Natto

Natto adalah makanan penapaian tradisional Jepun yang diperbuat daripada kacang soya yang telah ditapai dengan bakteria Bacillus subtilis. Ia sangat berkhasiat dan popular sebagai hidangan sarapan di Jepun.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply