Daging masak merah ialah hidangan tradisional Melayu yang menggunakan daging lembu yang dipotong dadu dan dimasak dengan sos tomato, bawang merah, bawang putih, dan pelbagai rempah ratus. Hidangan ini popular di Malaysia dan sering dihidangkan di majlis keramaian dan bufet.
Untuk memasaknya, daging perlu digoreng hingga garing, kemudian ditumis bersama bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, halia, cili kering dan sos tomato. Masukkan juga garam, gula, dan sedikit air. Masak sehingga kuah pekat dan daging empuk.
1. Resipi Daging Masak Merah
Bahan-bahan
- Daging Hiris
- 2 sudu besar cili boh
- 1 inci Halia
- 3 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah kecil
- 3 sudu besar sos cili
- Tomato
- Daun Bawang
- Bell pepper
- Garam
- Ajinomoto
- Air
- Minyak
- Hiasan
- Daun ketumbar
- Bawang merah (potong bulat)
Cara buat Daging Masak Merah
- Tumbuk halia, bawang merah kecil, bawang putih dan tumis dengan minyak.
- Kemudian, masukkan cili boh, daging, garam, aji, sos cili dan masukkan sedikit air.
- Setelah itu, masukkan pula tomato, bell pepper, dan daun bawang.
- Akhir sekali, masukkan bawang merah yang dipotong bulat dan daun ketumbar.
Sumber: Princess Naznin dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Kedai Tomyam
Ini resipi ala-Thai yang memang sedap.
Bahan-bahan
- Daging (direbus dulu dengan pewarna merah)
- 2 ulas bawang putih (diketuk/ kisar)
- 3 biji cili padi/cili besar (dipotong)
- 1 sudu cili kisar
- 1 sudu sos cili
- 1/2 sudu sos tomato
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu sos ikan
- Air rebusan daging
- Tomato
- Bawang Holland
- Garam
- Gula
- Perasa
Cara buat Daging Masak Merah Ala Thai Kedai Tomyam
- Rebus daging hingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang direbus tadi. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, cili kisar, sos tomato, sos tiram dan sos ikan sehingga pecah minyak.
- Masukkan daging dan air rebusan daging.
- Masukkan pula bawang Holland.
- Sedia untuk dihidang.
Sumber: SIti Zanzuriyati Zidi dari Masak Apa Hari Ni
3. Resipi Daging Masak Merah Simple & Lembut
Rebus dulu daging untuk bagi lembut. Baru sedap makan!
Bahan-bahan
- Daging
- Bawang putih (diketuk)
- Cili kisar
- Bawang kuning
- Cili api
- Cili merah hiris
- Daun sup
- Sos tiram
- Cili sos
- Tomato sos
- Sos ikan
Cara buat Daging Masak Merah Simple & Lembut
- Rebuskan lembut dengan sedikit pewarna merah. Sejukkan supaya mudah untuk hiris dan tidak pecah lalu hiris nipis-nipis.
- Kemudian, goreng daging tersebut sehingga sedikit garing.
- Tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masuk cili kisar dan tumis sampai garing
- Setelah itu, masukkan sos tiram, cili sos, tomato sos dan renjis sedikit sos ikan.
- Masukkan bawang, cili dan daun sup.
- Masukkan sedikit air mengikut kemahuan kepekatan kuah.
- Masukkan daging dan kacau sebati. Lalu, masukkan garam gula dan perasa.
- Seimbangkan rasa masin manis.
- Setelah siap, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.
Sumber: Ainn Mustafar dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Hidangan Berasakan Daging Yang Popular?
Selain Daging Masak Merah, bermacam lagi hidangan berasakan daging yang boleh dicuba. Anta hidangan tersebut adalah:
1. Kari Daging
Kari daging ialah masakan yang menggunakan rempah kari, santan, kentang dan daging lembu. Hidangan ini dimasak dengan campuran rempah ratus seperti buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari yang memberi aroma yang menyelerakan.
2. Rendang Daging
Rendang daging adalah masakan yang menggunakan santan pekat, kerisik dan pelbagai rempah ratus. Ia dimasak dengan api perlahan sehingga kuah menjadi kering dan pekat, menghasilkan daging yang empuk dan berperisa.
3. Sup Daging
Sup daging adalah hidangan berkuah yang dimasak dengan sayur-sayuran seperti lobak merah, kentang, dan bawang. Hidangan ini menggunakan rempah sup seperti buah pelaga, lada hitam, dan bunga lawang.
4. Daging Masak Hitam
Daging masak hitam menggunakan kicap pekat sebagai bahan utama bersama bawang merah, bawang putih dan halia. Hidangan ini mempunyai rasa manis-masin yang unik hasil gabungan kicap dan rempah ratus.
5. Daging Paprik
Daging paprik adalah masakan yang menggunakan sos paprik, bawang besar, lada benggala dan cili padi. Hidangan ini mempunyai rasa pedas yang sederhana dan manis hasil gabungan sos paprik dengan bahan-bahan lain.