Char Kuey Teow adalah sejenis hidangan mi goreng yang popular di Malaysia. Hidangan ini menggunakan kuey teow (mi rata putih yang diperbuat daripada tepung beras) sebagai bahan utama yang digoreng bersama udang, taugeh, daun kucai, telur, dan bawang putih serta bawang merah yang dicincang.

Cara penyediaan Char Kuey Teow dimulakan dengan mengoreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak panas sehingga wangi. Kemudian, masukkan udang dan telur, diikuti dengan kuey teow yang telah direndam. Masukkan kicap, sos tiram, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Akhir sekali, masukkan taugeh dan daun kucai, kacau rata sehingga masak.

1. Resepi Char Kuey Teow Kerang

Bahan-bahan

  • Kuey teow
  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Cili sos
  • kicap manis
  • kicap pekat
  • sos tiram
  • Bawang putih
  • Tauge
  •  Kucai
  • Telur
  • Kerang (direbus)

Cara buat Char Kuey Teow Kerang

  1. Cuci dan toskan kuey teow dan rebus kerang sehingga masak.
  2. Kisarkan bawang besar dan cili kisar bersama.
  3. Kemudian, tumis cili sos, kicap manis, kicap pekat, sos tiram dan bawang putih yang diketuk bersama sehingga naik bau.
  4. Lalu, panaskan kuali dan masukkan minyak yang sederhana.
  5. Kemudian, tumiskan bawang putih dan cili kisar  3 sudu besar, (1 sudu besar sos cili,sos tiram,kicap pekat) bersama dengan 5 sudu kicap manis dan sedikit garam kemudian kacaukan
  6. Selepas itu, masukkan air rebusan udang dan pecahkan telur dan gaulkan sebati.
  7. Setelah itu, masukkan kerang yang direbus, kuey teow, taugeh dan kucai dan gaul menggunkan api yang kuat sehingga siap untuk dihidang.

Sumber: Uwan Nolly Epin dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Kuey Teow Goreng Udang

Bahan-bahan

  • 1/2 kg kuey teow
  • 3 biji telur
  • 5-7 ulas bawang putih
  • Udang dan sotong
  • Minyak
  • 1/2 sudu sederhana sos tiram
  • 1/2 sudu teh kicap cair
  • 1 sudu teh kicap pekat manis
  • 1/2 sudu teh kicap pekat
  • 1/2 sudu teh petis otak udang
  • 1 sudu sederhana sos cili –
  • Tauge
  • Daun kucai

Cara buat Kuey Teow Goreng Udang

  1. Sebelum menggoreng, sediakan bancuhan sos dengan sos tiram, kicap cair, kicap pekat manis, kicap pekat, petik otak udang, sos cili dan kacau agar sebati.
  2. Lalu, tumis bawang putih yang dicincang dahulu sehingga kekuningan dan masukkan udang. Biarkan sebentar sehingga udang bertukar warna.
  3. Kemudian masukan kuey teow terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur yang dihancur. Biarkan sekejap sehingga telur kering.
  4. Kemudian masukkan bancuhan sos dan goreng lagi sehingga sebati pada mee dan akhir sekali masukkan taugeh dan daun kucai. Goreng menggunakan api yang besar selama seminit dan tutupkan api apabila masak.

Sumber: Uwan Nolly Epin dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Char Kuey Teow Step-by-Step

Bahan-bahan

  • Kuey Teow
  • Kicap
  • 6-7 ulas bawang putih
  • Udang
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Air
  • Tauge
  • Daun bawang
  • Telur

Cara masak Char Kuey Teow Step-by-Step

  1. Rebus/celur kuey teow terlebih dahulu dalam air mendidih. Sekejap sahaja asalkan ia lembut dan bersih. Curahkan berberapa titis kicap untuk diperap dan ketepikan.
  2. Sila tumbuk halus bawang putih untuk ditumiskan nanti.
  3. Sediakan lada kisar dengan cili kering, bawang besar, 4 ulas bawang putih, sedikit belacan yan dihiris nipis namun jika tidak mahu belacan, tidak perlu letak. Lalu sedikit air dan kisarkan bahan-bahan tersebut.
  4. Tumiskan 1½ senduk lada kisar atau jika hasil yang pedas boleh letak 2 senduk.
  5. Masukkan terus bawang putih yang ditumbuk halus tadi. Pastikan minyak mencukupi untuk tumis dan pastikan sedikit garing.
  6. Masukkan satu sudu besar gula. Jika hendak hasil yang kurang manis, maka guna satu sudu teh sahaja.
  7. Mengikut citarasa masing-masing, masukkan sedikit perasa.
  8. Tuangkan 2-3 cawan air mengikut keinginan untuk kuah.
  9. Sebelum masukkan sayur, letakkan sedikit kicap lemak manis.
  10. Setelah itu masukkan udang. Atau bahan makanan laut yang lain seperti kerang atau sotong.
  11. Masukkan telur dan terus gaul laju-lalu.
  12. Kemudian, reneh sehingga masak dan padamkan api. Perasa dengan garam.
  13. Pastikan garam hanya dimasukkan jika kurang rasa masin.
  14. Ambil sebanyak mana kuey teow yang diperap tadi.
  15. Tuangkan kuah char kuey teow ke atasnya. Ia akan menyerap dan terhidang sangat cantik. Kuah juga boleh dipanaskan jika mahu ulang makan. Jadi kuey teow tak kembang jika lambat makan.

Sumber: Suffiyah Ramadhani dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Menu Mee Yang Popular?

Selain Char Kuey Teow, menu mee lain tidak kurang hebatnya. Ini 5 menu mee dari pelbagai kaum dan etnik.

1. Mee Goreng Mamak

Mee goreng mamak adalah hidangan mi kuning yang dimasak dengan teknik goreng yang mempunyai rasa pedas dan manis. Mi ini dimasak dengan sayur-sayuran seperti sawi, taugeh, dan kubis, serta ditambah dengan telur dan udang.

2. Mee Hoon Goreng

Hidangan ini menggunakan bihun yang digoreng dengan sayur-sayuran, telur dan udang. Biasanya dibumbui dengan kicap, sos tiram dan rempah ratus yang memberikan rasa yang unik.

3. Pad Thai

Hidangan mi khas dari Thailand ini menggunakan mi beras yang dimasak dengan telur, udang, taugeh dan kacang tanah. Rasanya manis dan masam dengan gabungan sos tamarind dan gula melaka.

4. Singapore Noodles

Mi bihun yang digoreng dengan serbuk kari yang memberikan warna kuning keemasan. Dimasak bersama sayur-sayuran, telur dan udang dengan rasa yang berbeza dari bihun goreng biasa.

5. Hokkien Mee

Kombinasi mi kuning dan bihun yang digoreng dalam kuah pekat. Dimasak dengan udang, sayur-sayuran hijau dan bawang goreng yang memberi tekstur rangup pada hidangan ini.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

1 Comment

Leave A Reply