Chocojar adalah sejenis kudapan manis yang terdiri daripada bijirin seperti bubble rice atau coco crunch yang disalut dengan coklat cair, dengan rasa yang rangup dan manis. Chocojar dibuat menggunakan coklat milk atau dark chocolate yang dicairkan menggunakan kaedah “double boil”, dan dicampur dengan minyak masak untuk memastikan coklat kekal cair dan tidak keras apabila sejuk.
Bahan-bahan utama untuk membuat chocojar termasuk coklat (seperti coklat Beryl’s atau Cadbury), bubble rice atau mini coco crunch, dan minyak masak seperti minyak canola. Proses penyediaannya melibatkan mencairkan coklat, kemudian mencampurkannya dengan bubble rice atau coco crunch yang telah disangai terlebih dahulu. Setelah semuanya sebati, campuran ini akan dimasukkan ke dalam balang kecil untuk disejukkan sebelum dinikmati.
Chocojar sesuai dihidangkan sebagai snek ringan ketika waktu santai bersama keluarga atau sebagai snek untuk kanak-kanak. Ia juga boleh dijadikan makanan ringan semasa perayaan atau sebagai hidangan tambahan dalam majlis kecil-kecilan. Untuk peniaga, boleh juga gunakan resepi choco jar ini untuk jualan.
Resipi Choco Jar
1. Resepi Chocojar Mudah
Bahan-bahan
- 1kg milk chocolate coin Beryl’s
- Coklat Cadbury (perisa pilihan)
- 250g – 300g minyak Canola
- 500g bubble rice
- 500g mini coco crunch
Cara buat Chocojar
- Double boil coklat coin, coklat dan minyak canola (jika nak cair boleh lebihkan minyak, nak pekat kurangkan minyak).
- Sangai bubble rice dan mini coco crunch dalam api perlahan selama 5-10 minit.
- Biarkan semua sejuk, boleh dicampurkan dan gaul sekata.
Tips:
- Pakai minyak canola untuk mengelakkan rasa muak.
- Tunggu semua bahan sejuk baru gaul untuk mengelakkan lemau.
- Tambah coklat Cadbury untuk lagi sedap.
Sumber: Effa Samat di Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Chocojar / Chocorice / Bubble Rice Melting
Bahan-bahan
- 250 g milk chocolate compound (coins/block)
- 50g minyak masak/ minyak jagung
- Bubble rice
Cara buat Chocojar
- Sangai bubble rice terlebih dahulu (api perlahan).
- Semasa sangai, ambil satu untuk rasa sama ada sudah rangup atau tidak. Jika sudah rangup boleh tutup api.
- Biarkan suam-suam sejuk, baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.
- Panaskan air ke dalam periuk untuk kaedah double boil (api sederhana)
- Masukkan milk chocolate compound, kacau sehingga cair dan jangan tinggal.
- Masukkan minyak masak perlahan-lahan.
- Selepas sebati, boleh tutup api.
- Biarkan coklat suam-suam sejuk, baru tuang ke atas bubble rice.
- Boleh hias dengan topping pilihan.
Tips:
- Kalau tak suka manis, boleh tukarkan kepada 100gm dark compound dan 150g milk compound.
- Elakkan menggunakan puffed rice.
- Jangan gunakan coklat masakan.
- Tunggu sehingga sejuk, baru tutup bekas dan pastikan menggunakan bekas kedap udara.
- Tidak perlu letak di dalam peti ais.
- Jangan campur apa-apa bahan yang dikategorikan air kerana bubble rice akan cepat lemau dan coklat akan rosak.
Sumber: Eka Azzahra dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Choco Jar Kurang Manis
Bahan-bahan
- 300gm dark compound coklat Beryl’s
- 50g milk compound coklat Beryl’s
- 1 paket mini coco crunch
- 1/2 cawan minyak masak
Cara buat Choco Jar
- Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil.
- Apabila coklat sudah cair dan sebati, masukkan minyak dan kacau.
- Boleh tuangkan adunan Chocojar ke dalam bekas berisi mini coco crunch. Siap.
Sumber: Merysona Edyson dari Masak Apa Hari Ni
Selain Chocojar, Apa Pencuci Mulut Yang Popular?
Selain Chocojar, terdapat pelbagai hidangan pencuci mulut lain yang popular sepert puding karamel dan trifle buah-buahan.
- Puding Karamel ialah pencuci mulut dengan lapisan puding vanilla yang lembut disusun selang-seli dengan sos karamel yang kaya.
- Trifle Buah-buahan merupakan pencuci mulut, dengan lapisan kek span, krim yang dipukul, dan pelbagai buah-buahan segar seperti strawberi, beri biru, dan kiwi disusun dengan cantik dalam balang kaca.
3 Comments
nape bila sy buat guna mnyak, lpas bberapa hari, mnyak jd trapung dlm btol coklat.. nmpk lapisan mnyk byk dlm btol chocojar tu..sy ikut sukatan 2kg coklat beryls, 500g mnyak.. sy pnah kurangkn mnyk, lpas bbrapa hari coklat jd pekat bwah btol… x cair.. sis ada tip tak? sy bru nk bjinak bisnes ni
Mmg mcm tu. Klu Beli yg siap cair Dr kilang Pun minyak Duk kat atas. KITA kene Gaul la.
Penipu la, manada cokojar orang guna cadburry, topping pon seulas je cadburry tu, tak percaya saya kat awak