Stew daging ialah hidangan yang dimasak perlahan menggunakan daging lembu yang dipotong dadu bersama sayur-sayuran dalam kuah pekat. Bahan-bahan utama termasuk daging lembu, kentang, lobak merah, bawang holland, bawang putih, halia, serbuk lada hitam, sos tomato, stok daging, dan herba seperti daun bay dan thyme.

Cara masak dimulakan dengan melazatkan daging dalam minyak sehingga keperangan, kemudian menumis bawang dan halia. Masukkan semua bahan dan stok, didihkan dan kemudian masak atas api perlahan selama 2-3 jam sehingga daging empuk dan kuah pekat.

1. Resepi Stew Daging Lazat

Bahan-bahan

  • 1 kg daging lembu – dibersihkan dan dipotong kiub
  • 3 biji bawang besar – dipotong dadu
  • 8 ulas bawang putih – diketuk
  • 4 sudu pes bawang
  • 2 batang lobak merah – dipotong
  • 5 biji kentang – dibelah 4
  • Kacang peas
  • 2 helai daun bay
  • 3 sudu kecil tepung gandum
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam
  • Gula
  • Daun sup
  • Minyak masak
  • Air

Bahan pes bawang

  • 1 kg bawang besar – dibelah 2 dan hiris
  • 300gm bawang putih – dibelah dua
  • 1/2 liter minyak masak

Cara buat Stew Daging Lazat

  1. Panaskan minyak dalam periuk yang sesuai.
  2. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  3. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan daun bay.
  4. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum. Kacau rata.
  5. Masukkan daging goreng tadi dan air secukupnya. Kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 hingga 2 jam.
  6. Tambahkan kentang, kacang peas dan lobak merah. Tutup dan masak lagi selama 20 minit atau sehingga sayuran lembut.
  7. Perasakan dengan garam dan gula.
  8. Taburkan daun sup dan sedia dihidangkan.

Pes bawang

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dalam pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul betul masak.

Sumber: Amanina Suhaili dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Beef Stew Mudah

Bahan-bahan

  • 500g daging
  • 2 sb tepung gandum
  • 3 sb mentega
  • 2 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 1 batang saleri – hiris
  • 1 sb tomato puree
  • Sedikit daun thyme
  • Sedikit daun basil
  • 2 helai daun bay
  • 2 biji buah tomato- belah 4
  • 1 sb lada hitam kasar
  • 1 sb kicap manis
  • 1 batang carrot
  • 2 biji kentang belah 4
  • Kacang peas
  • 1 biji capsicum hiris
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat Beef Stew Mudah

  1. Rebus daging hingga empuk. Ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, saleri. Biar sampai kuning. Masukkan tepung gandum.
  3. Masukkan tomato puree, bay, basil, thyme, lada hitam, tomato, kicap, kentang, carrot.
  4. Masukkan daging dan air rebusan. Biar sampai mendidih, masukkan peas, capsicum, garam gula.
  5. Tabur parsley. Kalau kurang pekat boleh tambah bancuhan tepung gandum.

Sumber: Nooryanis Al-Baraqwan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Bravo Beef Stew

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo daging hiris nipis dan rebus sampai lembut
  • 5 biji kentang dipotong baji rebus jangan lembik sangat
  • 1 btg carrot potong- rebus jangan lembik
  • 3 helai bay leaves kering
  • 1 sdb lada hitam ditumbuk kasar
  • 1 kiub lembu
  • 1 sdb kicap pekat karamel
  • 2 sdb brown sos
  • Kentang dan carrot
  • Daun parsley

Bahan tumis

  • 1 biji bawang holland didadu
  • 5 ulas bawang putih didadu

Cara buat Bravo Beef Stew

  1. Goreng bebawang sampai layu dgn minyak zaitun/minyak jagung.
  2. Bila bebawang wangi, masukkan daging bersama dengan sedikit air rebusan.
  3. Tambah bay leaves, lada hitam ditumbuk kasar dan kiub lembu.
  4. Tambah garam atau secukup rasa Maggi
  5. Masukkan kicap pekat karamel, brown sos demi glace bancuh dulu dengan sedikit air (kalau tak ada guna tepung jagung).
  6. Masukkan kentang dan carrot tadi.
  7. Biar mendidih.
  8. Tambahkan daun parsley.

Sumber: Makcik Ratu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Stew Tulang dan Daging

Bahan-bahan

  • 1kg tulang /daging/gearbox
  • Cili kering (kisar)
  • 2 sudu tepung jagung (bancuh)
  • Sos cili
  • Sos tomato @ tomato puree
  • Sos Tiram
  • Lobak Merah
  • Kentang
  • 1 tin Kacang Peas
  • Jintan halus dan kasar (tumbuk halus)
  • Bunga Lawang/ kayu Manis
  • Bawang putih/ Merah/ Halia (kisar)
  • Serai (ketuk)
  • Sup bunjut (3 bunjut)
  • Kiub pati lembu
  • Garam secukup rasa

Cara buat Stew Tulang dan Daging

  1. Rebus daging/tulang/gearbox bersama halia hiris/ serai sampai dagingnya empuk . Dah lembut ketepikan .
  2. Panaskan minyak tumis cili kisar/ bawang Putih/merah/ halia, serbuk jintan. Masukkan semua sos tiram/sos cili/ tomato @ tamato puree, masa ni mekza dah masukkan bunga lawang, kayu manis, sup bunjut. Aroma tumisan dia membangkit selera.
  3. Selesai menumis, masukkan ke dalam air rebusan daging/tulang/gearbox . Masukkan kentang/lobak merah/sup bunjut /tepung jagung. Masak sehingga mendidih.
  4. Perasakan dengan garam. Akhir sekali baru masukkan kacang peas dan gaul rata. Kuah dah pekat tutup api.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Menu Lain Daging Dari Pelbagai Negara.

Setiap negara pasti ada keistimewaan sendiri apabila memasak daging. Perbezaan teknik masakan dan rempah ratus yang digunakan membuatkan masakan daging tetap enak walau dimakan dimana jua. 5 dibawah merupakan menu daging dari pelbagai negara dan etnik.

1. Beef Bourguignon

Hidangan klasik Perancis ini menggunakan daging lembu yang dimasak dalam wain merah bersama cendawan butang, bawang kecil dan lada hitam. Proses masakan yang perlahan menghasilkan daging yang sangat lembut dengan rasa yang mendalam.

2. Osso Buco

Masakan tradisional Itali yang menggunakan kaki lembu dipotong melintang, dimasak dalam stok dengan sayur-sayuran, tomato dan herba segar. Hidangan ini popular kerana sumsum tulang yang lazat dan kuahnya yang pekat.

3. Irish Stew

Hidangan Ireland yang asalnya menggunakan daging kambing, tetapi kini lebih kerap menggunakan daging lembu. Dimasak bersama kentang, lobak putih, lobak merah dan bawang dalam stok yang kaya dengan rempah.

4. Beef Goulash

Hidangan popular dari Hungary yang menggabungkan daging lembu dengan paprika, bawang, tomato dan kiub kentang. Kuahnya yang merah dan pekat menjadi tarikan utama hidangan ini.

5. Beef Rendang

Masakan yang berasal dari Minangkabau ini menggunakan daging lembu yang dimasak dengan santan dan pelbagai rempah seperti serai, kunyit, lengkuas dan cili. Dimasak sehingga kuah kering dan daging empuk.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply