Zus Coffee merupakan rangkaian kedai kopi popular yang menghidangkan pelbagai jenis kopi seperti espresso, cappuccino, latte, dan flat white serta makanan ringan dengan suasana kedai yang selesa dan moden. Zus Coffee mempunyai slogan “A Necessity Not A Luxury” dengan membawakan menu kopi premium tetapi pada harga yang mampu milik.

Status halal Zus Coffee selalu menjadi persoalan bagi pelanggan Muslim. Semakan di laman web rasmi JAKIM menunjukkan bahawa Zus Coffee mempunyai sijil halal yang sah. Walau bagaimanapun, status halal Zus Coffee berbeza-beza mengikut cawangan. Sebelum mengunjungi Zus Coffee, pelanggan yang beragama Islam boleh semak status halal di www.halal.gov.my.

Zus Coffee Ada Sijil Halal JAKIM ke Tak?

Ya, pihak Zuspresso (M) Sdn Bhd, iaitu pemilik Zus Coffee mempunyai sijil halal JAKIM (halal certificate) yang disahkan (halal certified) dan tersenarai dalam direktori Halal Malaysia Portal JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) di . Ini adalah berdasarkan carian di halal.gov.my.

Bagi menjawab persoalan “Is Zus Coffee Halal” atau “Zus Coffee Halal or Not”, sila rujuk screenshot dari portal JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) seperti di bawah:

Is Zus Coffee Halal?
Semakan Status Halal Zus Coffe di halal.gov.my Yang Lama
Is Zus Coffee Halal?
Semakan Senarai Premis Zus Coffee yang Mempunyai Sijil Halal

Pelanggan Muslim boleh menikmati hidangan dan minuman yang disediakan oleh Zus Coffee dengan penuh keyakinan kerana ia telah mematuhi standard halal yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama di Malaysia. Pihak Zus Coffee perlu mematuhi garis panduan halal yang ketat demi memberikan keselesaan kepada para pelanggan.

Bagaimana Cara Semak Status Halal Zus Coffee Melalui halal.gov.my?

Untuk membuat semakan mengenai status halal Zus Coffee melalui laman web halal.gov.my, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web HALAL MALAYSIA PORTAL di https://www.halal.gov.my.
  2. Cari kotak carian “Verify Halal Status”.
  3. Masukkan kata kunci yang berkaitan dengan Zus Coffee, seperti nama syarikat atau nama restoran.
  4. Klik butang “Search” atau “Cari”.
  5. Jika Zus Coffee mempunyai sijil halal yang sah daripada JAKIM, maklumat terperinci akan dipaparkan seperti nama syarikat, alamat syarikat dan tarikh luput sijil.
  6. Jika tiada keputusan yang dipaparkan selepas carian, ini menunjukkan bahawa Zus Coffee mungkin tidak mempunyai sijil halal yang sah daripada JAKIM atau maklumat mereka tidak terdapat dalam pangkalan data JAKIM.

Sekiranya Zus Coffee tersenarai dalam pangkalan data halal JAKIM di laman web halal.gov.my, maklumat terperinci yang akan dipaparkan termasuk nama penuh syarikat dan alamat lengkap operasinya, negeri lokasi syarikat, nombor telefon dan faks untuk dihubungi, alamat e-mel bagi pertanyaan lanjut, laman web syarikat (jika ada), nombor rujukan sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM, senarai produk atau makanan yang disijilkan halal, serta tarikh tamat tempoh sijil halal untuk produk tertentu.

Maklumat ini penting untuk pengguna mengesahkan kesahihan status halal Zus Coffee dan memudahkan mereka menghubungi pihak syarikat sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan status halal produk atau premis mereka.

Kenapa Sijil Halal JAKIM Untuk Zus Coffee Itu Penting?

Sijil halal JAKIM penting bagi Zus Coffee bagi menunjukkan syarikat Zuspresso (M) Sdn Bhd telah memenuhi keperluan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk premis mereka.

Antara keperluan-keperluan ini ialah Zus Coffee mestilah menggunakan hanya bahan-bahan halal sahaja yang mematuhi undang-undang dan mengikut garis panduan Islam. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu memiliki dapur halal dan mematuhi panduan halal untuk persiapan dan penyimpanan makanan.

Bagaimana Cara Hubungi Zus Coffee untuk Pertanyaan Status Halal?

 Untuk menghubungi Zus Coffee mengenai pertanyaan status halal, anda boleh menghubungi mereka melalui telefon di nombor 012-8161340 atau melalui e-mel di [email protected]. Jika anda lebih suka mendapatkan kemas kini atau maklumat terkini melalui media sosial, Zus Coffee aktif di platform berikut: Facebook, Instagram, TikTok, dan X. Pejabat Zus Coffee terletak di No. 7, Jalan Penyajak U/45A, Seksyen U1 Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor.

Jika rasa was-was, pengguna Muslim disarankan untuk mencari kedai kopi yang mempunyai sijil halal rasmi daripada JAKIM untuk lebih ketenangan minda. Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan, adalah lebih baik untuk bertanya terus kepada pihak kedai atau memilih tempat lain yang mempunyai sijil halal yang sah.

Ingatlah bahawa mencari yang halal itu adalah wajib bagi umat Islam. Semoga Allah melindungi kita daripada perkara-perkara yang haram dan mengampunkan dosa-dosa kita.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

Leave A Reply