Tom Yam Poktek ialah sejenis sup Tom Yam yang popular di Malaysia, dikenali dengan rasanya yang pedas, masam dan berkrim. Ia merupakan gabungan masakan Thai dan Malaysia yang menggunakan santan sebagai asas supnya, berbeza dengan Tom Yam biasa yang menggunakan air rebusan sahaja.

Bahan-bahan utama termasuk santan, pes tom yam, serai, daun limau purut, cili padi, udang, cendawan butang, tomato dan limau nipis. Cara memasaknya mudah – tumis pes tom yam dengan minyak, masukkan serai dan daun limau purut, tambah santan dan air, didihkan, masukkan bahan-bahan lain dan akhir sekali perasakan dengan perahan limau nipis.

1. Resepi Tomyam Poktek

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Daging
  • Bawang putih 5 ulas besar (ketuk@tumbuk)
  • Serai 2@3 btg(hiris)
  • Lengkuas besar
  • Cili padi vietnam 5 biji (merah)
  • Akar daun ketumbar

apabila telah mendidih

  • Pes tomyam MAEPRANOM
  • Sos ikan
  • Pati tomato (kalau nak merah & masam)
  • Cili kisar 2 sudu (kalau nak merah & pedas)
  • Garam & gula
  • Daun limau 4 keping
  • Bawang holland
  • Cendawan tiram
  • Tomato 2 biji
  • Sayur
  • Santan @ susu cair 2-3 sudu makan

Cara nak buat Tomyam Poktek

  1. Perah limau nipis.
  2. Tabur daun ketumbar untuk rasa sebiji tomyam kedai.
  3. Bunga kobis
  4. Cendawan (variasi cendawan)
  5. Batang saderi.
  6. Makanan laut seperti udang + sotong + ketam akan ubah rasa tomyam yang asli, kadangkala mmbuatkan tomyam sedikit hanyir, kalau boleh celur kat lain dulu.

Sumber: Najlaa Husna Alias dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Tomyam Poktek Kaw Kaw

Bahan-bahan

  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • Lima ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • Sebiji bawang holand dikisar
  • Sebiji bawang holand dihiris nipis
  • Seinci lengkuas – diketuk
  • Dua batang serai – diketuk
  • 2-4 helai daun limau purut
  • Sebiji tomato – dipotong baji
  • Sebiji limau nipis
  • Lima biji cili padi
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sebatang lobak merah
  • Sepuluh keping cendawan tiram
  • Empat sudu besar pes tomyam – guna jenama ni tau. Ada gambar udang kat botol pes
  • Setengah kotak Santan Kara

Bahan untuk lauk

  • Dua ekor sotong
  • Seekor ikan siakap

*Boleh tambah udang dan lala jika suka

Cara nak buat Tomyam Poktek Kaw Kaw

  1. Goreng ikan siakap separuh masak
  2. Rebus seafood secara berasingan dengan air yang paras paras lauk je. Seafood jangan rebus lama sangat, dah mendidih tutup api.
  3. Tumis bawang putih dan semua bawang holand hingga garing dan naik bau.
  4. Ramas daun limau purut dan masukkan.
  5. Masukkan serai dan lengkuas.
  6. Tambahkan tomato, cili padi dan pes tomyam.
  7. Bila bahan dah naik minyak, masukkan air rebusan lauk tadi.
  8. Masukkan hirisan lobak merah.
  9. Masukkan ikan siakap dan sotong.
  10. Perah limau nipis.
  11. Masukkan cendawan tiram dan santan.
  12. Bila nampak cendawan hampir lembut, masukkan daun ketumbar.
  13. Dah siap! Boleh dihidangkan .

Sumber: Shikin Shahrir dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Tomyam Poktek Mudah

Bahan-bahan

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Lengkuas
  • Cili api
  • Serai
  • Batang & akar daun ketumbar
  • Isi ayam
  • Udang
  • Cendawan
  • Carot
  • Bunga kobis
  • Tomato
  • Daun limau purut
  • Perencah tomyam
  • Susu cair
  • Garam n gula

Cara nak buat Tomyam Poktek Mudah

  1. Semua masuk sekali, last baru masuk udang, cendawan, susu cair dan daun ketumbar.

Sumber: Sue Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Tomyam Poktek Pekat

Bahan-bahan

Bahan kisar

  • Tomato sebijik
  • Cili merah sebijik
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang besar separuh
  • Bawang merah besar 2 biji

Bahan Hiris

  • Bawang besar 1 bijik
  • Bawang putih 2 ulas

Bahan Lauk

  • Seafood campur (udang, sotong, ketam, siakap)

Ketuk

  • Cili 3 biji
  • Serai 2 batang

Bahan sos dan pes

  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Sos cili 3 sudu besar
  • Sos tomato 2 sudu besar
  • Pes tomyam seafood 1 paket
  • Pes tomyam biasa 1 paket

Bahan lain

  • 1 sudu besar susu pekat manis

Cara nak buat Tomyam Poktek Pekat

  1. Tumis bahan hiris dan bahan ketuk, kemudian masukkan bahan blend dan baru masukkan sos, pes dan daun limau purut kacau sampai naik bau.
  2. Masukkan air dan perahan jus limau.
  3. Kacau sampai mendidih.
  4. Masukkan sayur campur.
  5. Masukkan tomato dipotong 4.
  6. Garam, gula, susu pekat manis dan kiub tomyam.
  7. Last sekali baru masukkan seafood campur, jangan masuk awal sebab seafood tu cepat masak.

Sumber: Salman Rahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Menu Thai Yang Popular?

Tidak dinafikan menu thai antara menu yang berpengaruh di Malaysia. Jika tidak, mana mungkin restoran masakan thai boleh berada dimana-mana sahaja di Malaysia. Antara menu thai lain yang popular di Malaysia selain tom yam poktek adalah seperti dibawah:

1. Tom Yam Nam Sai

Tom Yam Nam Sai ialah versi sup Tom Yam yang lebih ringan dan jernih tanpa santan. Kuahnya yang merah keperangan diperbuat daripada rebusan herba Thai, cili dan rempah ratus.

2. Tom Kha Gai

Tom Kha Gai ialah sup Thai yang mempunyai rasa lemak manis kerana penggunaan santan dan galangal. Sup ini mempunyai rasa yang lebih lembut berbanding Tom Yam biasa.

3. Clear Spicy Soup

Clear Spicy Soup ialah sup Thai yang lebih ringan dengan kuah yang jernih. Rasanya lebih kepada rasa pedas dan masam yang seimbang.

4. Keang Som

Keang Som ialah sejenis sup Thai yang masam pedas, diperbuat daripada pes belacan yang dimasak dengan asam dan cili. Sup ini popular di selatan Thailand.

5. Hot and Sour Seafood Soup

Hot and Sour Seafood Soup ialah sup yang menggabungkan pelbagai jenis makanan laut dengan kuah yang pedas dan masam. Ia merupakan variasi sup Thai yang popular di restoran-restoran Asia.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply