Apabila kami menyebut frasa “syurga makanan tempatan”, apakah negeri-negeri pertama yang muncul di dalam minda anda? Ya, kami yakin antara negeri yang anda fikirkan pasti terdapat Pulau Pinang atau Kelantan yang mempunyai berbagai-bagai variasi makanan tempatan kesayangan rakyat Malaysia. Tetapi, tahukah anda bahawa di negeri Selangor juga, terutamanya di bandar Shah Alam, ia juga merupakan sebuah syurga makanan bagi mereka yang tinggal di bandaraya ini? Tentu sekali, ada banyak tempat makan best di Shah Alam.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda beberapa tempat makan best yang anda boleh dapati di Shah Alam bagi memberi anda lebih variasi kepada pilihan sajian harian anda untuk dinikmati bersama rakan-rakan atau kaum keluarga.
Tempat makan best di Shah Alam
Selari dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kami akan berkongsi restoran serta kafe yang menawarkan penghantaran terus ke rumah anda.
Ini supaya anda boleh menikmati juadah yang lazat-lazat sambil mempratikkan keselamatan diri dari pandemik Covid-19 ini.
1. Kueh Shah Alam
Jika anda gemarkan kuih-muih tradisional seperti kami, maka anda perlu mengunjungi laman web Kueh Shah Alam ini. Mereka menawarkan pelbagai jenis kuih dari segala negeri di Malaysia termasuklah kole kacang, putu perak dan juga pudding raja!
Selain itu juga, mereka mempunyai set makanan berat seperti set nasi tomato dan set mee kari pada harga yang sangat berpatutan. Dengan tarikh Hari Raya Aidilfitri yang semakin dekat dengan kita, wajarlah jika anda membuat pesanan awal sekiranya anda merancang hendak membuat jamuan kecil-kecilan (selari dengan SOP) untuk mengelakkan sebarang komplikasi, kan?
Pasti seronok raya ini apabila dijamukan dengan berbagai-bagai kuih-muih yang lazat dan dinikmati bersama orang-orang tersayang.
[su_panel]
No. telefon: +60126400652
Waktu operasi:
- Pengambilan
Isnin-Ahad (3PM-7PM)
- Penghantaran
Isnin-Ahad (3:30PM-7PM)
Alamat: No 6 Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor
[/su_panel]
2. The Third Letter
Walaupun restoran ini tidaklah terlalu tersorok seperti kebanyakan destinasi-destinasi yang telah kami kongsikan, tetapi kami rasa bahawa kami perlu berkongsi tempat ini dengan para pembaca kami!
Sebelum PKP 3.0 ini diumum, kami mempunyai peluang untuk berkunjung ke The Third Letter ini untuk menikmati menu makanan barat mereka. Bukan sahaja makanan mereka yang lazat menjadi faktor perkongsian kami kepada pembaca kami, tetapi juga kerana suasana restorannya yang memberikan keselesaan kepada para pengunjung.
Sekiranya anda merancang untuk mencuba makanan di The Third Letter ini, pastikan anda memesan sup tomato mereka. Pasti ia akan membuatkan anda menginginkannya lagi! Anda juga mempunyai pilihan untuk memesan makanan tempatan di restoran ini jika anda lebih menggemarkannya.
[su_panel]
No. telefon: +603 7831 9702
Waktu operasi: Setiap hari (11AM-9PM)
Alamat: No 2, Jalan N U8/N, Seksyen U8 Bukit Jelutong Timur, 40150 Shah Alam, Selangor
[/su_panel]
3. Bukku Café
Adakah anda seorang yang gemar café hopping atau café hunting? Pasti susah untuk anda berkunjung ke kafe-kafe yang comel dengan suasana yang relaks dengan berlangsungs PKP ini, kan? Jangan risau, mari kami kongsikan sebuah kafe yang pasti anda akan gemari.
Bukku Café, kata pinjaman dari Jepun bagi book, dinamakan sempena suasana dalaman kafe ini yang dipenuhi dengan buku-buku untuk bacaan para pelanggan sambil mereka menikmati secawan kopi dan sepotong kek. Walaupun begitu, mereka masih menawarkan makanan berat dalam menu makanan mereka sekiranya anda ingin mencubanya.
Salah satu makanan yang paling digemari di kafe ini tentulah croissant inti telur masin mereka bersama sepotong kek tiramisu dan secawan air the hijau. Dengar namanya sahaja sudah membuatkan kami lapar untuk mencuba makanan dan minuman ini!
[su_panel]
No. telefon: Tiada
Waktu operasi: Setiap hari (10AM-5PM)
Alamat: No.1, Jalan Singgahsana 4A/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor
*Buat pesanan penghantaran melalui aplikasi Foodpanda, atau anda boleh membungkus makanan secara langsung dari kedai
[/su_panel]
4. Eramera’s Kitchen
Apa yang kami senaraikan kali ini bukanlah sebuah restoran dengan suasana yang menenangkan atau sebuah kafe dengan pilihan menu yang menawarkan makanan serta minuman yang diolah comel. Tetapi, kali ini kami berkongsi sebuah gerai kecil tepi jalan yang berlokasi di Alam Impian, Shah Alam.
Sekiranya anda seseorang yang berasal dari Johor dan rindukan masakan serta lauk-pauk kampung halaman anda, maka teruskan membaca. Gerai ini memang kami kongsikan khas untuk anda yang merindukan kampung halaman Darul Ta’zim, kerana Eramera’s Kitchen memang khusus dalam menjual makanan Johor.
Makanan jualan mereka yang paling terkenal tentulah Laksa Johor mereka, dan para pelanggan yang pernah berkunjung ke sini pasti akan memuji kesedapan laksa yang mereka dapatkan di Eramera’s Kitchen ini. Gerai ini juga menawarkan bihun soto Johor, mee bandung Johor serta Nasi Beriani Kambing Batu Pahat. Mesti nak cuba punya!
[su_panel]
No. telefon: +6018-355 0211
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (2:30PM-9:30PM)
Alamat: Jalan Tun Teja B 35/B, Alam Impian, 40470 Shah Alam, Selangor, Malaysia
[/su_panel]
5. Warung Ambo
Siapa sahaja yang tidak gemarkan makanan Kelantan? Yang pasti, bukan kami! Oleh sebab itu, kami ingin berkongsi sebuah restoran di mana anda, warganegara Shah Alam, boleh mendapatkan makanan Kelantan yang asli dan lazat seakan-akan sedang menikmatinya di negeri itu sendiri.
Warung Ambo yang berlokasi di Glenmarie, Shah Alam menawarkan berbagai-bagai makanan Kelantan yang boleh anda cuba seperti nasi kerabu, nasi dagang ikan aya serta makanan ringan seperti lokcing (sate ikan).
Sebelum PKP, restoran Warung Ambo ini memang sentiasa dipenuhi dengan pengunjung. Jika anda tidak merancang hendak datang awal ke restoran ini, nak tak nak anda perlulah beratur di barisan yang panjang. Walaupun begitu, belum tentu anda boleh mendapatkan tempat duduk! Nasib baik Warung Ambo kini menawarkan servis penghantaran jadi bolehlah anda menikmati juadah mereka yang membuatkan kami sendiri kecur air liur dalam keselesaan rumah sendiri.
[su_panel]
No. telefon: +6011-2107 2102
Waktu operasi: Setiap hari (830AM-4PM)
Alamat: 38, Jalan Novelis U1/86A, Laman Glenmarie 40150, Shah Alam, Selangor, Malaysia
[/su_panel]
Akhir kata
Inilah antara beberapa tempat makan best Shah Alam yang kami syorkan untuk anda cuba dengan hampirnya tarikh Hari Raya Aidiltfitri yang bakal kita sambut dalam beberapa hari lagi.
Anda boleh memesan kuih-muih untuk dihidang atau anda boleh juga menikmati juadah Johor atau manisan-manisan berasaskan negara Jepun dengan rakan-rakan atau kaum keluarga terdekat. Walaupun raya kita pada tahun ini agak berbeza, tetapi tidak bermakna kita tidak boleh mengambil sedikit kebaikan darinya.
Akhir kata, kami berharap bahawa Hari Raya Aidilfitri para pembaca kami penuh dengan keberkatan, keseronokan dan ditemani oleh berbagai-bagai juadah dan makanan yang lazat-lazat untuk dikongsi bersama. Pada masa yang sama, jangan lupa untuk mengikut SOP yang telah ditetapkan dan kekal selamat.
Diharapkan agar perkongsian tempat makan best di Shah Alam ini akan memudahkan lagi urusan anda untuk menikmati makanan-makanan sedap bersama keluarga dan kawan-kawan.