Gas dalam sistem pencernaan adalah sebahagian daripada proses biasa penghadaman. Menghilangkan gas berlebihan, sama ada melalui sendawa atau kentut, juga adalah perkara biasa. Namun ada kalanya, gas tidak keluar yang mula rasa sakit. Adakah ini tanda tanda gastrik?

Teruskan membaca.

Kenapa rasa sakit?

Kesakitan gastrik boleh berlaku jika gas dalam perut anda terperangkap atau tidak bergerak dengan baik melalui sistem pencernaan anda. Jika ini berlaku, mesti akan rasa mual dan sakit.

Terutama sekali, dalam bulan puasa. Kadang-kadang, tidak perlu tunggu bulan Ramadan. Orang hamil pun ramai juga yang kena sakit gastrik.

Peningkatan gastrik mungkin berlaku akibat memakan makanan yang lebih cenderung untuk menghasilkan gas.

Selalunya, perubahan yang agak mudah dalam tabiat makan boleh mengurangkan gangguan gastrik.

Izinkan kami berkongsi.

Tanda tanda gastrik

Tanda-tanda gastrik adalah seperti berikut:

  • Kerap sendawa
  • Kesakitan pada abdomen atau perut
  • Kembung perut
  • Rasa pedih pada bahagian kanan pinggang

Kesakitan yang dialami semasa gastrik tidak dapat dibayangkan kerana ianya begitu pedih dan sakit dan tidak semua orang berhadapan dengan kesakitan ini.

Terutama sekali, bagi ibu hamil atau mengandung. Kadang-kadang, yang tidak hamil juga akan rasa sakit gastrik pada bulan puasa.

Oleh, berikut kami senaraikan beberapa tips untuk anda, iaitu cara hilangkan gastrik dan mengelakkan daripada berlakunya gastrik pada anda.

 

Cara hilangkan gastrik

Ubah gaya pemakanan

Gaya pemakanan anda memainkan peranan yang penting terhadap kesihatan anda. Jika anda kerap langkau atau ‘skip’ daripada makan, anda mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berhadapan dengan penyakit gastrik ini.

Gastrik biasanya berlaku kerana gas dan asid berlebihan di dalam perut anda. Jika anda tak makan, asid yang berada dalam perut anda akan menghakis perut anda dan sekaligus memberikan kesakitan kepada diri anda.

Oleh itu, anda perlu kerap makan dan amalkan pengambilan makanan dari 5 ke 6 hidangan kecil setiap hari bagi membantu menghilangkan dan mengelakkan anda daripada gastrik.

 

Jangan stress, kurangkan tekanan

Tekanan atau stress memberikan impak negatif kepada kesihatan tubuh badan anda.

Dalam kes ini, tekanan yang tinggi mampu meningkatkan pengeluaran asid gastrik dalam perut anda dan sekaligus meningkatkan penghakisan dan pengeluaran gas yang menyebabkan terasa kembung perut dan sakit.

Tingkatkan aktiviti yang boleh menghilangkan tekanan seperti senaman, bersiar-siar, bergaul dengan rakan-rakan dan lain-lain.

Apabila tekanan anda diuruskan dengan baik, kesihatan anda juga akan bertambah baik.

 

Kurangkan makan makanan pedas

Makanan pedas dan berasid akan melukakan perut anda sekiranya diambil secara berterusan dan kerap.

Dengan mengurangkan makanan pedas dan berasid tinggi ini akan memberikan perut anda masa untuk sembuh dan sekaligus hilangkan gastrik anda.

Bukan tak dibenarkan makan pedas Cuma anda perlu kurangkan pengambilan jika anda dapat rasakan tanda-tanda gastrik yang disenaraikan di atas pada perut anda.

 

Cara hilangkan gastrik, berhentik merokok serta-merta

Bagi perokok, kegiatan merokok mampu meningkatkan pengeluaran asid dalam perut, melambatkan penyembuhan luka dalam perut dan sekaligus meningkatkan risiko untuk mendapatkan kanser perut.

Merokok bukan sahaja merosakkan paru-paru anda, malah bahagian penghadaman anda juga akan terkesan daripada bahan kimia rokok itu sendiri.

 

Cara hilangkan gastrik dengan ubat daripada farmasi

Walaupun kami kata tanpa ubat, ini sebenarnya jalan terakhir. Jika masih tidak lega, masih lagi tidak reda, sila dapatkan konsultasi doktor.

Farmasi atau klinik menyediakan ubat khas untuk melegakan sakit gastrik yang anda alami. Selalunya ubat ini berbentuk tablet dan perlu dikemam sehingga ianya betul-betul diserap dalam mulut anda.

Ubat ini dijual dengan harga tidak lebih daripada RM10. Ianya penyelesaian mudah bagi yang melancong terutamanya di kawasan yang tidak mempunyai farmasi berdekatan dengan mereka.

 

Akhir kata

Kesimpulannya, walaupun penyakit gastrik ini kerap dialami oleh sesetengah individu, namun ianya dapat dielakkan dengan gaya pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Paling tidak, kini anda sudah tahu cara hilangkan gastrik yang berkesan.

Bukan itu sahaja, tekanan yang berterusan juga memberikan impak negatif kepada kesihatan dalam perut anda.

Jagalah kesihatan tubuh badan anda supaya dapat mengelakkan kesakitan yang tidak diingini ini. Jangan lupa berdoa pada Allah agar dikurangkan sakit ini, agar kita dapat beribadah pada-Nya.

Jika rasa gatal tekak, jemput baca tentang petua hilangkan batuk juga.

Semoga bermanfaat.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

1 Comment

Leave A Reply