Sukatan gram ke cawan merujuk kepada penukaran unit sukatan berat (gram) kepada unit sukatan isipadu (cawan) untuk bahan-bahan masakan tertentu seperti tepung, gula, mentega dan cecair.
Gram adalah unit metrik piawai untuk mengukur berat atau jisim sesuatu bahan, manakala cawan pula ialah unit sukatan isipadu yang biasa digunakan dalam resepi masakan di negara-negara yang mengamalkan sistem unit imperial, seperti Amerika Syarikat.
Penukaran sukatan gram ke cawan ini amat berguna bagi para peminat masakan kerana 4 sebab utama iaitu:
- Memudahkan proses menyukat bahan kerana idak semua dapur mempunyai alat penimbang makanan. Dengan adanya panduan sukatan gram ke cawan, bahan-bahan boleh disukat menggunakan cawan konvensional.
- Menyesuaikan kuantiti ramuan kerana penukaran ini membolehkan pengubahsuaian kuantiti ramuan berdasarkan kesesuaian hidangan tanpa perlu pengiraan semula yang rumit.
- Keseragaman dalam menyediakan hidangan kerana sukatan yang tepat memastikan hasil masakan yang konsisten setiap kali resepi dihasilkan.
- Memahami resepi antarabangsa kerana esepi dari negara lain yang menggunakan unit sukatan berbeza menjadi lebih mudah diikuti dengan adanya panduan penukaran ini.
Kalkulator Sukatan Gram ke Cawam
Kalkulator sukatan gram ke cawan adalah alat pengiraan dalam talian atau aplikasi yang membantu pengguna menukar sukatan berat ramuan dalam gram kepada sukatan isipadu dalam cawan, atau sebaliknya. Ia direka untuk memudahkan kerja-kerja menyediakan hidangan berdasarkan resepi.
Kalkulator ini sangat berguna kerana 4 sebab utama iaitu:
- Menjimatkan masa kerana pengguna tidak perlu membuat pengiraan manual atau merujuk carta penukaran setiap kali memasak. Kalkulator ini menyediakan penyelesaian pantas dalam menukar sukatan.
- Tepat dan konsisten kerana kalkulator sukatan mengelakkan kesilapan pengiraan yang mungkin berlaku jika penukaran dilakukan secara manual. Ini memastikan ramuan disukat dengan tepat, menghasilkan hidangan yang konsisten.
- Antara muka yang mesra pengguna dan membolehkan sesiapa sahaja menggunakan kalkulator ini tanpa memerlukan pengetahuan mendalam tentang penukaran sukatan.
- Kalkulator ini menyediakan pilihan untuk pelbagai jenis ramuan seperti tepung, gula, cecair, dan mentega, menjadikannya serba boleh untuk pelbagai resepi.
Kalkulator Penukaran Sukatan
Sukatan Tepung Ke Cawan
Untuk sukatan tepung, 45 gram bersamaan 1/4 cawan, 65 gram bersamaan 1/2 cawan, 90 gram bersamaan 3/4 cawan, 125 gram bersamaan 1 cawan, 250 gram bersamaan 2 cawan, 500 gram bersamaan 4 cawan, 10 gram bersamaan 2 sudu kecil, dan 15 gram bersamaan 2 sudu besar.
Sukatan Mentega Ke Cawan
Bagi sukatan mentega, 80 gram bersamaan 1/4 cawan, 125 gram bersamaan 1/2 cawan, 190 gram bersamaan 3/4 cawan, 250 gram bersamaan 1 cawan, 500 gram bersamaan 2 cawan, 10 gram bersamaan 1 sudu kecil, dan 15 gram bersamaan 1 sudu besar.
Sukatan Gula Ke Cawan
Untuk sukatan gula, kuantitinya sama dengan sukatan mentega, di mana 80 gram bersamaan 1/4 cawan, 125 gram bersamaan 1/2 cawan, 190 gram bersamaan 3/4 cawan, 250 gram bersamaan 1 cawan, 500 gram bersamaan 2 cawan, 10 gram bersamaan 1 sudu kecil, dan 15 gram bersamaan 1 sudu besar.
Sukatan Cecair Ke Cawan
Untuk sukatan cecair, 50 gram bersamaan 1/4 cawan, 125 gram bersamaan 1/2 cawan, 180 gram bersamaan 3/4 cawan, 250 gram bersamaan 1 cawan, dan 1000 ml @ 1 liter bersamaan 4 cawan.