Aku tak mahu ulang banyak kali. Suami yang baik ialah yang pergi solat Subuh berjemaah di masjid.

Kalau kau sedang dalam proses mencari calon suami terbaik, aku cadangkan kau ikut kriteria ini. Kau boleh berterima kasih nanti.

Menantu yang baik adalah idaman semua ibu mertua.

Kenapa kriteria cari jodoh ini pelik?

Kau rasa pelik tak, kenapa letak kriteria suami yang baik dengan sembahyang Subuh?

Kalau kau mahu tahu, inilah satu-satunya kayu ukur terbaik dalam melihat peribadi suami yang baik. Tolak tepi dahulu soal harta, kekayaan, kekacakan.

Suatu hari nanti, kalau kau sudah berumahtangga dan suami kau ada ciri-ciri di atas, kau boleh ucapkan terima kasih pada aku.

Dan suatu hari nanti, kalau kau sudah berumahtangga dan suami kau tak ada ciri-ciri di atas, kau akan tersentak dan pasti bersetuju dengan aku.

Siapa kata?

Kau dengar dan hadamkan apa yang Mufti Wilayah Persekutuan ini kata.

Dia memanglah tak mention secara direct tentang jodoh. Tapi cuba kau dengar tentang attitude atau perangai orang yang pergi solat Subuh berjemaah.

Aku yakin, kau mesti nak pasangan yang macam ini.

Suami yang baik

Izinkan aku huraikan kenapa jika kau mencari jodoh, mencari yang ada agama itu lebih penting. Kalau mahu tahu lebih, jemput terus baca ciri ciri suami yang baik.

 

Suami yang baik, sanggup bersusah payah

“Buat apa susah-susah bangun awal?”“Bukankah boleh solat bersendirian di rumah? Dua rakaat sahaja, bukannya lama. Tak sampai lima minit pun.”

Baik, itu perkataan orang kebanyakan. Jenis orang biasa-biasa.

Orang yang hebat, yang bakal mencari calon suami kau bukan orang biasa-biasa. Dia sanggup bangun awal untuk solat yang cuma dua rakaat dan beberapa minit sahaja.

Aku yakin, kalau dia jenis yang pergi solat Subuh berjemaah, dia juga jenis yang akan luangkan masa untuk solat tahajjud barang 2 rakaat sebelum bergerak ke masjid.

Dan satu lagi, aku yakin dia akan pergi awal untuk menunaikan solat sunat sebelum Subuh.

Sebab apa?

Sebab dia tahu, ganjarannya sangat besar.

Ada penerangan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, di mana solat sunat yang paling dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain adalah dua rakaat solat sunat fajar. Ini kerana, padanya terdapat banyak kelebihan-kelebihan bagi sesiapa yang melaziminya.

“Dua rakaat sebelum fajar (solat sunat Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya” (Riwayat Muslim)

Kalau mahu lebih, cuba dengar penjelasan dari YouTube di bawah.

Kalau dia sanggup bersusah payah demi agama, mesti dia akan sanggup bersusah payah untuk kau juga kan?

 

Suami yang baik, dia bukan jenis fake

Kau ingat bangun pagi awal-awal semata-mata nak pergi Subuh berjemaah itu mudah? Boleh main tipu-tipu?

Sehari, seminggu – boleh lagi fake. Itupun jika lelaki itu baca artikel ini dan cuba impress kau.

Tapi secara istiqamah, berterusan selama lebih 40 hari, memang susah. Tapi suami yang baik pasti boleh buat dan kekal istiqamah.

Ini bukan yang dibuat-buat.

Calon suami terbaik, tentu sekali bukan orang yang fake. Setuju?

 

 

Suami yang baik, dia bukan munafik

Munafik itu hipokrit. Dalam bahasa yang mudah faham, dia jenis berpura-pura sahaja. Depan kau lain, belakang kau lain. Mungkin kau akan cakap, lebih kurang dengan point fake di atas.

Ada sedikit kelainan.

Kau nak ke suami yang depan kau dia cakap lain, belakang kau dia cakap lain?

Aku tahu, kau cakap tak nak dalam hati.

Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Berat di sini ialah berat untuk menunaikan secara berjemaah di masjid. Suami yang baik pasti akan berupaya melakukan kedua-duanya.

Jadi, selalunya, orang yang solat Subuh di masjid atau surau, dia juga adalah orang yang solat Isyak berjemaah. Aku tak cakap semua. Selalunya.

Kau baca hadis di bawah:

Dari Abu Hurairah RA katanya; Rasulullah SAW bersabda:

“Solat yang dirasakan berat bagi orang-orang munafik adalah solat iIya` dan solat Subuh, sekiranya mereka mengetahui keutamaannya, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Sungguh aku berkeinginan untuk menyuruh seseorang mengimami mereka. Lalu aku bersama beberapa orang lelaki membawa kayu bakar untuk mencari orang yang tidak menghadiri solat berjemaah, maka aku bakar mereka bersama rumah mereka.”

(HR Muslim No: 1041)

Kalau kau nak dengar penjelasan lebih lanjut, tonton video YouTube di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=U3K3CIJlG3Q

 

Kalau kau seorang suami

Yang pergi solat Subuh berjemaah

Kalau kau seorang suami yang memang pergi solat Subuh berjemaah, aku ucapkan tahniah. Kau memang seorang suami yang baik. Aku doakan kau juga dikurniakan isteri yang baik. Bukan jenis matahari sudah naik tinggi sepenggalah, baru nak bangun.

Tahniah kerana kau seorang yang istiqamah dengan agama. Kau memang layak, dan kau memang seorang suami yang terbaik untuk isteri kau.

Cuma kau janganlah gunakan tiket baik sebagai alasan untuk kahwin lagi.

Tak salah, cuma fikir masak-masak dahulu.

 

Yang tak pergi solat Subuh berjemaah

Kalau kau seorang suami yang masih belum dapat pergi solat Subuh berjemaah, tak apa. Kau boleh berubah secara perlahan-lahan.

Islam itu mudah.

Tidaklah apabila kau siap baca artikel ini, kau kena buat esok. Kau cuba dapatkan rentak terlebih dahulu. Selepass itu, jadikan habit.

 

Kalau kau seorang isteri

Yang suami pergi solat Subuh berjemaah

Kau kena bersyukur banyak-banyak. Aku yakin, suami kau jugalah insan yang kejutkan kau bangun awal pagi.

Sweet kan sebenarnya?

 

Yang suami tak pergi solat Subuh berjemaah

Kau jangan paksa dia pula. Marah-marah dia. Kau tahu kan, nak berubah itu dari dalam. Bermakna jika suami nak berubah, dia kena bermula dengan diri dia sendiri. Berusahalah menjadi suami yang baik.

Kau berilah dia kata-kata semangat.

Yang penting, kau jangan sedih-sedih dan terus tak sayang suami kau.

Ada orang yang pada awal perkahwinan, suaminya jenis tak solat. Tapi bila masuk 40-an, dia lekat di masjid. Perangai dia berubah.

Kau jangan cepat putus asa.

 

Solat Subuh berjemaah itu lebih baik dari tahajjud

Dalam satu kisah yang masyhur, ketika pemerintahan Saidina Umar al-Khattab, dia mendapati Sulaiman bin Abi Hathmah tidak hadir untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.

Pada pagi itu juga beliau ke rumah sahabatnya lalu bertanya kepada ibunya al-Shifa’:

“Saya tidak melihat Sulaiman ketika solat Subuh? Lalu al-Shifa’ menjawab: Dia solat malam lalu tertidur pada pagi harinya. Kemudian Saidina Umar berkata: Sungguh, berjemaah dalam solat Subuh itu lebih baik bagiku daripada solat malam.”

Tengok, sampai macam itu sekali hebatnya solat Subuh berjemaah.

 

Macam mana nak cari?

Soalan yang bagus.

Takkanlah kau nak pergi masjid pagi-pagi bersendirian untuk mengintai siapa anak muda yang pergi solat Subuh berjemaah.

Aku sarankan, jangan.

Sebab apa?

Sebab kebanyakan orang yang pergi ialah pakcik-pakcik dan golongan veteran yang majoriti ialah suami orang. Kecuali kau tak kisah untuk bermadu. Itu adalah idaman mereka juga.

Kau berdoalah selalu pada Allah, agar dikurniakan jodoh yang baik mengikut apa yang Allah mahukan yang terbaik untuk kau.

Kalau ada yang mahu kenal-kenal dan nak jumpa mak ayah, jawablah:

“Kalau nak jumpa ayah saya, datang ke masjid. Ayah selalunya free selepas waktu Subuh”

 

Akhir kalam

Cuba buat refleksi pada diri sendiri.

Kalau kau nak suami yang baik, kau juga kena berubah jadi baik. Kau kena jadi isteri yang baik.

Allah tak zalim.

Kalau kau nampak masalah dalam perhubungan, jangan salahkan seseorang itu. Sepatutnya, kau letakkan paling tidak 50% punca masalah adalah dari diri kau sendiri.

Bahagia itu bukan dengan harta. Suami isteri yang bahagia adalah dengan keterbukaan hati dan sentiasa bersama-sama dalam mendekat Allah.

Untuk yang masih setia baca sampai bibit-bibit terakhir di sini, aku ucapkan kau dapat mencari calon suami terbaik untuk diri kau, anak-anak kau, agama, bangsa dan negara.

Semoga bermanfaat.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

Leave A Reply