Ramadhan ini dijemput hadir bersama yang tersayang menjamu Sajian 5 Rasa di Buffet Makan Malam MiCasa All Suite Hotel. Berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur, tidak menghalang MiCasa Hotel untuk kekal menyediakan ruangan mesra dan selesa untuk tetamu. Bagi yang sibuk di bandar, MiCasa Hotel antara tempat yang sesuai untuk meluangkan waktu Bersama keluarga. Bukan sahaja dengan suasana seperti resort, malah MiCasa Hotel ada juga menyediakan buffet makan malam sepanjang Ramadhan.
Tarikh:
26 Februari- 17 Mac 2026
Waktu:
6:30 petang- 10:00 malam
Harga:
Dewasa- RM148 seorang
Kanak-kanak/ Warga emas- RM98 seorang
Harga Awal (Early bird):
Dewasa- RM128 seorang (tempahan dari 11-13 Januari 2026)
Berbeza dengan buffet makan malam di tempat lain, Chef Adrian dan pasukan nampaknya sangat memahami keinginan pengunjung. Tidak fokus kepada satu rasa, MiCasa menghidangkan Sajian 5 Rasa yang menggabungkan menu dari Malaysia, China, India, Thailand dan Indonesia. Sajian bertambah enak dan mudah disediakan dengan gabungan Sos Mahsuri dalam setiap bait masakan.

Mula dengan menu appetizer seperti Rojak Buah, Kerabu Kerang Tauge, Gado-gado dan Kerabu Maggi Thai. Kesegaran yang membuka selera. Walau pun dengan sedikit jamahan, ia mampu menjadi pembuka rasa yang utama.

Untuk menu utama bersedia untuk menjelajah rasa 5 negara dengan Pad Kra Pao Beef Thai, Daging Dendeng, Ayam Masak Sambal Hijau, Thai Sweet Chilli Sauce Crab dan Lamb Madras. Tidak ketinggalan menu yang sering menjadi permintaan ramai, Lautan Seafood dan Pan Fried Salmon with Leek Sauce.






Sambung selera anda dengan menu-menu ringan yang tersedia di bahagian dapur outdoor di Shiso Dining. Jangan ragu-ragu untuk nikmati Lokching Thai dan Dimsum istimewa, buah-buahan segar, Cucur dan Pisang Goreng, Kambing Grill, Murtabak, Roti Canai, Char Koay Teow dan tak boleh lupa Tosai lengkap dengan kuah Chutney yang menyelerakan. Sebahagian dapur outdoor yang disebutkan tadi menyediakan masakan secara live depan mata pengunjung bagi memastikan kesegaran hidangan dan pengalaman makan yang extra dan mesra.





Apa lah erti hidangan lengkap tanpa pencuci mulut, di Shiso Dining tersedia aneka kek, Sagu Gula Merah, Pulut Mangga, Bubur Pulut Hitam, Aiskrim pelbagai perisa dan Air Tebu dan Air Kelapa Laut dalam Balang. Yang pastinya cukup untuk menghilang haus dan memenuhi selera yang datang.







Di MiCasa Hotel tak perlu risau tentang had selera anda. Semuanya tersedia dari tempat yang luas selesa dan makanan minuman dihidang tanpa batas rasa.
Jadi, semarakkan Ramadhan anda hari ini dengan membuat tempahan meja! Tempat letak kereta (RM5/nett setiap kemasukan). Kemudahan lengkap seperti tandas dan surau juga ada.
TEMPAH SEKARANG:
Sila hubungi Restoran Shiso Dining di +6017 219 6126 (WhatsApp) atau e-mel ke fnbkul@micasahotel.com.
Untuk tempahan berkumpulan dan pembelian voucher, hubungi Jabatan Jualan di +6014-757 9866 atau e-mel ke infokul@micasahotel.com