Anda pernah dihubungi oleh orang yang tidak dikenali? Lebih-lebih lagi dari Unknown Number. Rasa tak selesa bukan. Terus mahu tahu cara semak pemilik nombor telefon yang tidak dikenali itu.

Takut mahu angkat

Pernah pada satu-satu masa, anda menerima penggilan. Apabila dilihat di skrin telefon, nombor yang tertera adalah nombor yang tidak pernah anda lihat atau ingat, lagi-lagi apabila nombor tersebut tidak pernah anda simpan.

Mungkin nombor tersebut ialah nombor kenalan anda, tetapi dia telah menukar ke nombor telefon yang baru. Tapi, anda mungkin berwaspada, risau mungkin itu adalah panggilan daripada scammer. Jadi, selain baca cara check scammer, apa lagi yang perlu anda lakukan?

Biarkan missed call

Anda boleh memilih untuk mengabaikan sahaja panggilan itu. Tetapi, sekiranya sudah lebih daripada tiga kali nombor tersebut menghubungi anda, mungkin anda terfikir untuk menjawab panggilan tersebut.

Cara semak pemilik nombor telefon

Tahukah anda? Kini, anda boleh menggunakan aplikasi untuk memeriksa atau menyemak pemilik nombor telefon tersebut, tanpa perlu menjawab panggilannya.

Ada beberapa aplikasi/website yang anda boleh gunakan, iaitu:

  • Truecaller
  • Whoscall
  • whosenumber.info
  • Whos Number Is This

Apa yang lebih menarik, anda juga boleh buat semakan untuk kebanyakan penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia, temasuk talian tetap seperti:

  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • U Mobile
  • Telekom Malaysia (TM)

 

1. Semak pemilik nombor telefon guna Truecaller

Truecaller ialah laman web yang anda boleh gunakan untuk mengesan nombor telefon yang tidak anda kenali. Penggunaan Truecaller adalah percuma, dan anda hanya perlu log masuk dengan menggunakan akaun Gmail anda.

Truecaller ialah satu cara semak pemilik nombor telefon yang paling mudah digunakan.

 

Cara Menggunakan Truecaller

  1. Pergi ke laman web https://www.truecaller.com/
  2. Tertera laman utama Truecaller. Di bahagian atas, terdapat ruang untuk mengisi nombor telefon. Di bahagian tengah skrin, terdapat butang DOWNLOAD FOR FREE. Pada butang ini, anda boleh memuat turun software Truecaller untuk komputer anda, ataupun anda boleh memuat turun aplikasi Truecaller yang tersedia di Google Play Store untuk Android, dan juga di App Store untuk iOS.
  3. Jika anda tidak mahu memuat turun, anda boleh mencuba Truecaller ini dengan menaip nombor telefon di bahagian ruang yang tertera di atas skrin.
  4. Pilih dahulu nombor awalan mengikut kod negara di bahagian yang tertera +60. Untuk negara Malaysia, nombor telefon mestilah bermula dengan nombor +60.
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon yang anda ingin kenal pasti pemiliknya. Dan tekan butang cari.
  6. Kemudian, pada laman seterusnya, akan tertera bahawa anda perlu sign-in dahulu ke akaun Google anda. Anda juga boleh sign-in menggunakan akaun Microsoft sekiranya anda mempunyai akaun Microsoft. Tekan butang Sign in with Google.
  7. Anda akan dibawa ke bahagian sign-in untuk Google. Login seperti biasa dengan memasukkan password dan juga emel untuk akaun anda.
  8. Kemudian, setelah selesai, anda akan dibawa semula ke laman Truecaller.
  9. Akan tertera hasil carian anda. Hasil carian anda mengandungi nombor telefon yang anda masukkan, nama pemilik nombor telefon (nama pemilik ini bukanlah nama penuh, sebaliknya nama seperti yang telah ditetapkan dengan nombor telefon tersebut)
  10. Akan tertera juga syarikat telefon untuk nombor tersebut (Maxis, Celcom, Digi dll).
  11. Perlu diingat, bukan semua nombor telefon berada dalam database Truecaller, jadi kemungkinan untuk anda tidak memperoleh identiti pemilik nombor telefon tersebut juga ada, dengan mesej yang bertulis “this number is not yet available”. Maksudnya, nombor yang anda masukkan itu tidak berada dalam database Truecaller.
  12. Untuk percubaan secara percuma ini, anda hanya boleh memasukkan maksimum kepada lima nombor telefon sahaja. Lebih daripada itu, anda terpaksa memuat turun software/aplikasi Truecaller.
  13. Jangan risau, Truecaller adalah percuma.

Sekiranya anda memasukkan nombor telefon anda sendiri, dan tertera maklumat yang kurang menyenangkan, anda boleh mengeluarkan nombor telefon anda daripada database Truecaller.

 

Cara Unlist Nombor Telefon Sendiri di Truecaller

  1. Masuk ke laman web ini https://www.truecaller.com/unlisting.
  2. Kemudian, pada ruang di bawah Phone Number, masukkan nombor telefon anda berserta dengan kod negara. Misalnya, untuk anda warganegara Malaysia dan nombor telefon anda ialah 01112345678, maka nombor telefon yang anda perlu masukkan ialah +601112345678.
  3. Kemudian, pada bahagian reCAPTCHA di bawah, tick pada I’m not a robot.
  4. Kemudian, tekan butang UNLIST PHONE NUMBER.
  5. Urusan anda selesai.

 

2. Semak pemilik nombor telefon guna Whoscall

Aplikasi ini dibangunkan dan diperkembangkan oleh sebuah syarikat pembangunan aplikasi Taiwan yang bernama Gogolook. Aplikasi ini membolehkan pengguna mengenalpasti sama ada panggilan tersebut merupakan panggilan penting seperti panggilan perniagaan ataupun panggilan yang tidak diingini. Ia juga dapat menguruskan nombor dengan menyekat nombor atau kata kunci tertentu.

 

Cara Menggunakan Whoscall

  1. Pergi ke laman web https://whoscall.com/en-US/. Anda akan dibawa ke laman rasmi Whoscall.
  2. Pada bahagian atas skrin, tertera ruang untuk memasukkan nombor telefon berserta dengan ruang untuk memilih kod negara.
  3. Piih kod negara untuk nombor telefon yang anda ingin kesan pemiliknya itu. Ambil dua digit terawal pada nombor tersebut, dan pilih bersamaan dengan kod negara di ruang carian.
  4. Kemudian, masukkan baki digit pada nombor telefon tersebut di ruangan yang disediakan.
  5. Tekan butang Search untuk memulakan carian.
  6. Anda akan dimaklumkan bahawa anda perlu muat turun dahulu aplikasi Whoscall. Untuk pengguna Android, anda boleh memuat turun aplikasi Whoscall di Google Play Store, manakala untuk pengguna iOS, anda boleh memuat turun aplikasi ini di App Store.
  7. Setelah anda memuat turun aplikasi ini, buka aplikasi ini di telefon anda.
  8. Kemudian, tekan butang Get started.
  9. Kemudian, akan tiba di bahagian Account Verification. Anda boleh sign in, sama ada dengan menggunakan Facebook, ataupun dengan menggunakan akaun Google anda. Pilih salah satu.
  10. Kemudian, tekan butang Allow pada laman seterusnya.
  11. Ikut segala arahan seterusnya, seperti membenarkan akses Whoscall kepada perisian dalam telefon anda.
  12. Kemudian, pada bahagian tawaran untuk Whoscall Premium, tekan Later.
  13. Anda akan dapat akses masuk ke Whoscall.
  14. Dalam Whoscall, anda boleh memeriksa sama ada nombor yang menghubungi anda itu, nombor yang biasa atau nombor scammer. Anda juga boleh melihat operator kepada nombor telefon ini, sama ada Maxis, Celcom, Digi dll.
  15. Sekiranya nombor yang menghubungi anda atau menghantar mesej kepada anda iunombor yang mencurigakan, akan tertera perkataan seperti scam, scammer, gambling, judi dan sebagainya. Nombor spam juga akan tertera. Anda boleh memilih untuk menyekat panggilan spam ini dengan tekan butang Set di notification yang tertera Enable default SMS feature.
  16. Anda juag boleh sekat panggilan daripada nombor yang tidak anda kenali. Caranya adalah anda hanya perlu pergi ke butang teratas sebelah kiri skrin.
  17. Tekan butang Block.
  18. Akan tertera tiga pilihan; Block private number, Block not in contacts & Block international numbers. Tetapkan Block not in contacts kepada On. Untuk menyekat sebarang panggilan daripada nombor di luar negara, set Onkepada Block international numbers.
  19. Anda juga boleh memasukkan sendiri nombor telefon yang anda ingin kan di bahagian ruang carian di atas skrin. Tekan ikon untuk carian, kemudian tekan pada ruang Search keyword or number. Masukkan nombor telefon.

 

3. Check owner melalui whosenumber.info

Whosenumber.info adalah sebuah lagi website yang anda boleh gunakan untuk mengesan nombor telefon. Caranya adalah mudah.

 

Cara Menggunakan Whosenumber.info

  1. Pergi ke laman web https://whosenumber.info/. Anda akan dibawa ke laman utama info.
  2. Kemudian, pada bahagian atas skrin, tertera ruang untuk memasukkan nombor telefon.
  3. Masukkan nombor telefon yang anda ingin kenal pasti. Pastian nombor telefon yang anda masukkan disertakan sekali dengan kod negara, tetapi dikecualikan ikon “+”.
  4. Kemudian, tekan butang di sebelah untuk mulakan carian.
  5. Untuk hasil carian, anda akan dapat mengenal pasti nombor ini asalnya dari negara mana, dan juga operator/syarikat untuk nombor telefon ini.
  6. Anda tidak akan dapat kenal pasti pemilik sebenar kepada nombor telefon ini seperti namanya. Tetapi, anda boleh menghantar mesej kepada admin info untuk mengenalpasti pemilik nombor ini.
  7. Pada bahagian Status, pilih Neutral, Good atau Bad.
  8. Masukkan nama anda pada bahagian Your
  9. Masukkan emel anda pada bahagian Your e-mail.
  10. Masukkan mesej anda kepada admin pada bahagian Message text. Pastikan mesej anda sekurang-kurangnya 50 abjad/digit.
  11. Kemudian, masukkan kod yang anda dapat lihat pada bahagian Enter the code from the image.
  12. Tekan butang Send.

 

4. Check owner melalui Whose Number Is This

Whose Number Is This adalah sebuah lagi website yang sangat berfungsi untuk mengesan nombor telefon yang tidak dikenali. Cara untuk menggunakannya juga adalah mudah.

 

Cara Menggunakan Whose Number Is This

  • Pergi ke laman web https://www.whoseno.com/. Anda akan dibawa ke laman web rasmi Whose Number Is This.
  • Tertera ruang untuk memasukkan nombor telefon. Kenal pasti dua digit pertama di nombor telefon yang tidak dikenali itu, dan pilih nombor yang sama pada bahagian untuk memilih kod negara di website
  • Kemudian, masukkan baki digit yang lain di bahagian nombor telefon.
  • Tekan butang di sebelah untuk mulakan carian.
  • Tunggu seketika sementara Whose Number Is This lakukan proses carian pada database.
  • Apabila carian selesai, sistem akan beri pilihan sama ada anda ingin menunggu lagi 80 saat untuk nama pemilik nombor terpapar, ataupun anda hanya perlu share ke Facebook atau Google Plus, dan anda dapat melihat maklumat lain pada nombor ini, seperti alamat, dan juga alamat emel.
  • Setelah cukup 80 saat, hasil carian anda akan tertera. Nama pemilik nombor akan tertera, bersama dengan negara asal untuk pemilik nombor ini.
  • Anda juga boleh memeriksa akaun Facebook untuk pemilik nombor ini. Sudah semestinya, tidak semua akaun Facebook yang akan disambungkan ke nombor telefon.
  • Caranya, tekan link View Facebook Account. Tunggu seketika, dan akaun Facebook kepada pemilik nombor ini akan tertera. Jika tidak, mesej akan sampai kepada anda yang tertulis “Sorry profile has not been found. Please try another number.
  • Selain itu, anda boleh memeriksa lokasi nombor telefon ini. Caranya, tekan link View Exact Location on Map. Tunggu seketika, dan anda akan dapat hasil carian anda.
  • Jika tidak tertera sebarang lokasi, akan tertera mesej kepada anda “We are sorry. Address not found please check other numbers.

 

5. Contoh nombor telefon yang tidak dikenali

Walaupun nombor ini ialah dari fixed line, kami tidak tahu samada ini benar-benar nombor scammer atau tidak. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk buat semakan. Laporkan pada pihak berkuasa jika perlu.

Menurut semakan kami, ramai yang tidak senang dengan panggilan dari nombor-nombor seperti di bawah ini.

Berikut ialah beberapa senarai semak pemilik nombor telefon yang popular:

  • 0322979800 : Katanya dari telemarketer CIMB Bank, yang ingin menawarkan loan dan insurans takaful dan juga life insurance.
  • 0327263574 : Katanya dari Angkasa yang berkaitan dengan insurans, Bonuslink, Pusat Buat Pinggang Negara, Bank Rakyat dan macam-macam lagi.
  • 0358868400 : Katanya dari ejen Maxis yang menawarkan broadband dan tawaran upgrade ke plan postpaid
  • 0327704611 : Dikatakan juga bahawa nombor ini adalah dari Bank Islam yang mahu mempromosikan insurans takaful
  • 0378903843 : Tidak diketahui dari mana dan atas tujuan apa panggilan ini.
  • 0389662809 : Katanya, nombor ini dari Hong Leong Insurance (HLA) yang ingin mempromosikan insurans.
  • 0374901901 : Katanya, panggilan dari nombor ini akan mengatakan anda mempunyai bil dari ESSO. Anda perlu bayar.
  • 0374940433 : Katanya, ini adalah nombor panggilan dari Maxis, yang meminta kita untuk membayar bil tertunggak.
  • 0322680100 : Tidak diketahui dari mana dan atas tujuan apa panggilan ini.
  • 0378835400 : Dikatakan bahawa nombor ini adalah dari scammer yang berkata mereka adalah wakil dari NPRA, iaitu Bahagian Regulatori Farmasi Negara. Boleh rujuk sini.

Nombor-nombor lain yang masih belum diketahui statusnya:

  • 0320594896
  • 0374901901
  • 0322979800
  • 0358704460
  • 0374940433
  • 0321467018
  • 0327828000
  • 033169400
  • 0374940433
  • 0378904062
  • 0389662809
  • 0362582792
  • 0389662809
  • 0320246684
  • 0320251997
  • 0321803999
  • 0322417888
  • 0326155555
  • 0327232724
  • 0327263574
  • 0341420879
  • 0351025200
  • 0378903843
  • 0323874000
  • 0327828000
  • 0362414985
  • 0364111360
  • 0376272928
  • 0389662809
  • 0350392328
  • 0362414985
  • 0320286748
  • 0320347701
  • 0327759288
  • 0327779636
  • 0350396749
  • 0358703632
  • 0361266888
  • 0362414985
  • 0362511246
  • 0362582792
  • 0367302104
  • 0378009180

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, cara semak pemilik nombor telefon sudah lama ada. Cuma tak ramai orang guna dan tidak tahu cara semak no telefon scammer. menggunakan Semak Mule PDRM yang boleh diakses melalui CCID portal.

Selain dari pangkalan data PDRM, aplikasi dan website yang disenaraikan di atas juga dibangunkan untuk memudahkan anda mencari alternatif lain.

Panggilan daripada nombor yang tidak dikenali ini sememangnya agak menyusahkan bagi kita.

Jadi, untuk mengelak daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, ambillah langkah awal dan gunakan aplikasi alternatif ini.

Semoga bermanfaat.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

100 Comments

  1. NORAIZAM BINTI NORDIN on

    sy mahu mencari no cll yg tidak di kenali

    1) 601548722691
    2) 601548722805
    3) 601548722840

    sy mahu kan semua data pangilan no di atas …… harap maklum

  2. DAVID AK DISIEN on

    Saya dh puas buat prmohpnan i sinar on line. Tp asyik gagal je! Isinar ketogari 2 ni saya bolh dpt ke!dhlh saya dh hilang pekerjaan

  3. +60 11-1784 6727 bole dpt kn maklumat no ni sekali no acc bank (106053175254)
    Nama scamer dikenali nurul farahanis berasal machang,kelantan.

  4. Salam bos x dptkan maklum org cina nie
    0107169356,beli lptop bg no trcking tipu
    Dia kata dok perlis,fb,msgjer,wsap dia blck

  5. Franky anak Bundan on

    Mohon pertolongan saya ingin meminta tolong check siapa yang punya numbur handphone ini dan alamat dia 0167366569 kerana orang ini sentiasa menggangu rumah tangga saya

  6. Mohon bantuannya saya ingin minta agar nomor +601796535 ini bisa saya lengkapi karna nomor ini kurang atau tdk lengkap nomor ini menganggu rmh tangga sy

  7. Sila hubungi no whatsapp sy jika mahu cari detai pengguna bg no fon yg anda ingin cari…tetapi..ada pengerasnya lah…dpt detai baru bayar..sy hanya cuba membantu…

  8. Selamat ptg. Boleh tlog cari siapa pemilik no fon ini .0178162189.
    Dia minta tlog Tfr duit ..kemudian dia bagi resit fake yg kononnya dia sda buat pembayaran di Maybank. Bila cal. . No tiada dalam perkhidmatan. Tq.

  9. 0174025574 017-402 5574 017-4025574

    Berhati-hati.Ini scammer perbankan internet, dia akan menghubungi anda untuk pemindahan wang antara bank meminta no TAC Code. Jangan beri. Saya nasihatkan buat laporan polis. Mohon admin approve komen ini untuk keselamatan rakan-rakan kita yang lain. Terima kasih

  10. Saya dah bosan diganggu org tk dikenali.tolong cek siapa pemilik nombor 01116685861 whatsapp2 saya biasanya org iri dengan saya.

  11. Bagaimana nak tahu panggilan yang tidak dikenali menelepon no telefon rumah kita bkn melalui telefon bimbit yang selalu mengganggu yg hanya ckp sepatah dua kata tp tidak memperkenalkan diri kemudian talian terputus.Saya sering kali dapat panggilan sedemikian

  12. ANYONE WHO WANT TO CHECK FULL DETAILS OF THE PHONE NUMBER’S OWNER, CAN JUST WHATSAPP ME. WITH PHONE NUMBER, I CAN CHECK THE OWNER FULL NAME, IC NUMBER, ALL ADDRESS THAT WAS REGISTERED AND ALL OTHER PHONE NUMBERS THAT WAS HAD REGISTERED UNDER HER OR HIS NAME BEFORE.

  13. walaupun saya tau dia orng ni scammer, tapi apa yang saya mau tau adalah dia orng punya lokasi dan hapuskan golongan dia orng, orng ni macam sampah dan tidak berguna atas dunia ni….. like president russian said forgive him is god’s job, sent him to see god is my great responsible…

  14. Mohamad zuhairie on

    Tolong check nombor ni 01112148733 ..online banking saya tak boleh buka and app digi sye xboleh buka selepas dia call sye

Leave A Reply