4 Resepi Zinger Burger (Ayam Goreng Rangup)

Siapa peminat KFC pasti kenal dengan menu trademark mereka iaitu zinger burger. Ayam goreng rangup yang dilapik dengan roti burger memang sedap kan? Kali ini kami nak kongsikan resepi zinger burger untuk anda cuba sendiri.

Jom kita try!

1. Resepi Mini Zinger Burger

Bahan-bahan

  • Isi ayam hiris tebal macam daging ‘burger’ frozen
  • Tepung bistari
  • Salad
  • Timun
  • Roti burger
  • Tomato
  • Mayonis
  • Sos cili

Cara nak buat Mini Zinger Burger

  1. Cuci bersih dan tos.
  2. Salut dengan bancuhan tepung Bistari.
  3. Celup dengan tepung Bistari.
  4. Boleh goreng api sederhana dan bubuh dalam roti burger.
  5. Roti guna roti burger Rm3 sepeket ada 10 bun dan kalau boleh pilih brand yang roti dia lembut baru sedap makan.
  6. Letak salad +timun+ hirisan tomato, mayonis dan sos cili.

Sumber: Yang Siti Khadijah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Zinger Burger Krispy Bajet

Bahan-bahan

  • Roti Burger
  • Dada Ayam
  • Tepung Ayam
  • Telur 2 biji
  • Breadcrumbs

Bahan sos

  • Sos cili 4 sd
  • Sos mayonnaise 5 sd
  • Serbuk cili 1 sk
  • Air lemon separuh

Cara nak buat Zinger Burger Krispy Bajet

  1. Potong roti burger dan sapukan mentega atau planta terpulang. Kemudian bakar sampai lembut dan garing.
  2. Pecahkan 2 biji telur bagi hancur.
  3. Ambil dada ayam yang disediakan tadi celup tepung ayam kemudian celup telur kemudian celup balik tepung ayam. Last baru gaul dengan breadcrumbs untuk bagi lebih krispy.
  4. Goreng ayam sampai masak pastikan minyak betul-betul panas dan sederhana.
  5. Sediakan roti bakar tadi kemudian letak sos homemade kita, letak salad tomato ada letak dada ayam, kemudian letak lagi sekali sos homemade.

Sumber: Ladiess Ameera dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Zinger Burger Homemade

Bahan-bahan

  • Cuka masakan 2 camca besar
  • Mustard 1 camca besar
  • Serbuk lada putih 1 cmca kecil
  • Serbuk cabai 1 camca kecil
  • Serbuk bawang putih 1 camca kecil
  • Garam secukup rasa

Satukan semuanya dan perap ayam 2 jam atau semalaman

  • Tepung menggoreng
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/3 cwn tepung jagung
  • 4 camca besar tepung beras
  • 1/2 cmca kecil baking powder
  • 1 camca kecil serbuk bawang putih
  • 1 cmca kecil serbuk lada putih
  • 1 camca kecil rempah kari ayam

Gaulkan semua hingga sebati.

Cara nak buat Zinger Burger Homemade

  1. Susu segar dan telur 2 biji.
  2. Celup ayam dalam telur yang dipukul dengan susu segar kemudian celup dalam tepung. Ulang proses ini 2 kali dan goreng dalam minyak yg panas dan tenggelam. Sebelah goreng 5 ke 7 minit api sederhana.

Sumber: Hisyamudin Haji Abdul Majid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Zinger Burger Homemade Rasa Malaysia

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk ayam

  • 1 ketul boneless chicken atau ayam tanpa tulang. (bahagian dada & ketuk bagi leper sedikit)

Bahan perap

  • Sedikit serbuk bawang putih
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • Sedikit serbuk jintan manis
  • Sedikit serbuk jintan putih
  • Sedikit sos tiram
  • 1 1/2 sudu serbuk kari
  • Garam secukupnya

Bahan tepung

  • Tepung bestari (pedas) atau
  • Campuran tepung sendiri
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • secubit baking powder
  • 1 biji telur

Cara nak buat Zinger Burger Homemade Rasa Malaysia

  1. Bersihkan ayam dan perap ayam selama 20 minit atau paling lama 1 jam dalam bahan perapan.
  2. Celupkan ayam dalam telur kemudian gaulkan ayam dalam tepung (sendiri) dan goreng ayam tersebut dengan minyak yang banyak.
  3. *Jika guna tepung bestari ikut arahan cara masak pada plastik bungkusan tepung.
  4. Selepas ayam siap digoreng bakar roti.
  5. Kemudian letakkan cheese salad cili sos dan mayonis.

Sumber: Wan Farimal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Selepas ini kalau anda craving dah boleh jimat duit buat sendiri sahaja.

Jom semak juga resepi coleslaw Ala KFC ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment