4 Resepi Yee Mee Sup

Yee mee sup ialah sejenis hidangan mi berkuah yang menggunakan mi yee mee, iaitu mi goreng kering berwarna keemasan yang mempunyai tekstur kenyal dan rasa unik selepas direndam dalam sup panas. Supnya biasanya berasaskan stok ayam atau daging, dimasak bersama bawang putih, halia, dan sayur-sayuran seperti sawi atau lobak merah untuk memberikan rasa yang lebih mendalam dan beraroma.

Yee mee sup sering ditambah dengan bahan protein seperti telur, ayam, udang, atau bebola ikan, menjadikannya hidangan lengkap yang mengenyangkan. Ia popular sebagai pilihan makan tengah hari atau malam kerana penyediaannya yang mudah dan rasanya yang menyenangkan serta menyegarkan. Berikut ialah 4 variasi terbaik yee mee sup yang boleh anda cuba sendiri di rumah, daripada versi biasa hingga ke Claypot dan Cantonese.

1. Resepi Sup yee mee

Bahan-bahan

  • 1 peket yee mee
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ketul dada ayam yang agak besar
  • Sotong atau udang
  • 2 peket fish ball
  • 1 peket crab stick
  • 2-3 pokok sawi
  • 1 batang carrot
  • Bunga kobis
  • 4-5 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • Sedikit minyak bijan
  • Garam secukup rasa

Cara nak buat Sup yee mee

  1. Kupas semua bawang dan di mayang halus potong isi ayam kecil-kecil dan bersihkan sotong dan udang serta potong sotong kecil-kecil juga. Bersihkan sayur sawi dan carrot dan potong ikut pada citarasa kita.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang biar sampai bawang layu dan masukkan ayam dulu dan kacau semua bahan sampai ayam masak kemudian masukkan udang dan sotong kacau sekejap dan terus masukkan semua air, Kemudian masukkan minyak bijan, sos tiram dan kiub ayam. Kacau semua bahan serta biarkan sampai sup masak dan mula mendidih. Rasa masin sup ini jika kurang masin baru ditambah garam.
  3. Masukkan carrot, crab stick yang dah dipotong 2 dan semua jenis fish ball atau ball perisa lain kacau biar kuah mendidih kejap dan masukkan sayur sawi pula. Bila sayur sawi dan masak boleh ditutup api dapur.
  4. Masukkan yee mee dalam mangkuk yang sesuai dan terus tuang kuah yang masih mendidih ni biarkan yee mee lembut sikit serta kuah menjadi tidak terlalu panas dan boleh menjamu selera.

Sumber: Hairul Nizam Ijam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Cantonese Yee Me

Bahan-bahan

  • 3 keping yee mee
  • 4 ekur ketam(Nk guna udang/ayam/daging pun boleh)
  • Bebola ikan 4 biji belah 2 (fish cake nak guna pun boleh)
  • 5 ulas bawang putih – cincang
  • 1 cm halia muda – hiris
  • 3 biji telur
  • 1 Tomato belah 4
  • Sedikit sawi manis
  • Sedikit cendawan shitake
  • Daun sup – hiasan
  • Sedikit tepung jagung
  • Sedikit minyak
  • Sedikit mnyak bijan
  • Garam secukup masa
  • Stok ayam

Cara nak buat Cantonese Yee Me

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga agak garing.
  2. Masukkan ketam dan fish ball.
  3. Masukkan stok ayam.
  4. Masukkan air tepung jagung, lada sulah dan garam secukup rasa.
  5. Kacau sentiasa agar tepung tidak berketul. Biar air mendidih.
  6. Masukkan sayuran dan biarkan layu.
  7. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan air.
  8. Pecahkan telur dan tunggu seketika.
  9. Tutupkan api.
  10. Tuang kuah ke atas yee mee goreng dan hidang bersama sambal jantan / cili jeruk.
  11. Tabur la sikit bawang goreng kalau suka!

Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Yee Mee Sup Chinese Style

Bahan-bahan

  • 1 sanggul Yee Mee
  • 1 biji telur
  • 1 kuib Pati Ayam
  • Shiitake Mushrooms/ Fish Ball/Fish Cake
  • Sayur Bok Choy / Sawi

Cara nak buat Yee Mee Sup Chinese Style

  1. Didihkan air dengan secukupnya, masukkan semua bahan di atas kecuali telur.
  2. Bila Yee Mee dah hampir kembang, masukkan telur (kalau mahu) dan biarkan seketika. Kacau sekejap untuk pecahkan telur tersebut.
  3. Nak buat telur lembut pun boleh. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
  4. Jikalau tak mahu telur, bila Yee Mee dah kembang, boleh terus dihidangkan.

Sumber: Jes Tham dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Yee Mee Wantan

Bahan-bahan

Bahan sup

  • Air
  • Lada sulah
  • Kiub ayam
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng

Bahan sambal kicap

  • Cili padi – 7 biji
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Kicap
  • Lemon

Cara nak buat Yee Mee Wantan

Bahan sup

  1. Didihkan air masuk lada sulah, kiub ayam, masukkan wantan yang sudah siap ke dalam sup. Masakkan sekali dengan sup.
  2. Apabila dah nak siap, taburkan daun ketumbar dan bawang goreng. Siap!

Bahan sambal kicap

  1. Tumbuk cili padi dan bawang. Masukkan kicap ikut nak pedas mana dan perah lemon.
  2. Celur yee mee. Curah sup wantan, tabur daun bawang, bawang goreng kalau suka, dan sambal kicap.

Sumber: Fadhlina MH dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Gandingan Mee Dan Sup Yang Popular

Untuk anda yang sedang berdiet wajib cuba resepi ini, kenyang dan puas hati. Selain yee mee, boleh juga gandingkan sup dengan jenis-jenis mee yang lain. Antara gandingan yang popular seperti dibawah:

1. Mee Sup

Mee sup menggunakan mi kuning biasa yang dimasak dalam kuah ayam atau daging yang lazimnya berwarna kekuningan. Hidangan ini sering dihiasi dengan hirisan ayam rebus, fishball, sayur-sayuran, dan telur rebus. Kuahnya yang pekat dan berperisa kuat menjadikan mee sup antara pilihan popular untuk hidangan berkuah yang mengenyangkan.

2. Bee Hoon Sup

Bee hoon sup menggunakan bihun sebagai bahan utama yang direndam dalam kuah ayam atau seafood yang segar. Hidangan ini kerap disajikan dengan udang, fishball, sayur sawi, dan daun sup untuk menambah kelazatan. Bihun yang mudah diserap kuah menjadikan setiap suapan penuh dengan rasa yang sedap.

3. Kuey Teow Sup

Kuey teow sup menggunakan kuey teow (mi leper putih) yang dimasak dalam kuah bening atau kuah ayam. Hidangan ini popular kerana kuey teow yang lembut dan mudah dihadam, sesuai untuk semua peringkat umur. Ia sering disajikan dengan sayur-sayuran hijau, fishball, dan hirisan daging ayam atau lembu.

4. Maggi Sup

Maggi sup menggunakan mi segera jenama Maggi yang dimasak dengan cara tradisional dalam kuah yang lazimnya ditambah dengan sayur-sayuran dan telur. Walaupun menggunakan mi segera, hidangan ini disajikan seperti mi sup tradisional dengan tambahan bahan-bahan segar. Ia menjadi popular kerana mudah disediakan dan harga yang berpatutan.

5. Mee Hoon Sup

Mee hoon sup serupa dengan bee hoon sup tetapi menggunakan mee hoon yang lebih halus dan nipis. Kuahnya biasanya lebih ringan dan bening, sering ditambah dengan seafood seperti udang atau sotong. Hidangan ini popular kerana rasanya yang segar dan sesuai untuk mereka yang menggemari hidangan laut yang tidak terlalu berat.

Leave a Comment