Wrap telur adalah sejenis hidangan ringan atau sarapan yang terdiri daripada telur yang dipukul dan dimasak seperti omelet nipis, kemudian digulung atau dilipat dengan kepingan wrap atau tortilla dicampur pelbagai isian seperti sayur-sayuran, daging, atau sos. Ia merupakan variasi moden daripada hidangan telur tradisional yang mudah disediakan dan popular kerana kepraktikalannya.
Hidangan ini boleh dinikmati sebagai sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam kerana sifatnya yang mengenyangkan dan berkhasiat. Wrap telur juga menjadi pilihan popular dalam kalangan mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat kerana kandungan proteinnya yang tinggi dan boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis isian mengikut citarasa individu.
Resepi Wrap Telur
1. Resepi Wrap Telur Mudah
Bahan-bahan
- Wrap Gardenia
- Telur rebus (hancurkan)
- Lobak merah & tomato (hancurkan/sagat)
- Mayonis
- Chili flakes
- Garam
Cara nak buat Wrap Telur Mudah
- Telur rebus (hancur kan).
- Lobak merah & tomato (hancurkan/sagat).
- Kaedah: Panaskan wrap. Satukan 3-6. Sapu/susun atas wrap, letak telur rebus.
Sumber: Emmy Liana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Wrap Telur
Bahan-bahan
- Telur 2biji
- Carrot di potong dadu sedikit kecil
- Chili di potong dadu
- Garam, serbuk lada putih
Cara nak buat Wrap Telur
- Bahan campur skali dalam telur dan kacau macam nak buat telur dadar. Masak macam telur dadar. Kemudian masukkan cheese.
- Letak wrap atas telur tadi, seeloknya tunggu telur masak baru nak letak wrap, nantu telur tak melekat pada warp, susah nak alih letak masa telur masih cair.
Sumber: Rose Maya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Wrap Telur Rangup
Bahan-bahan
- Roti wrap gardenia
- Telur
- Epal
- Chia Seed
- Chilli flakes
- Blackpepper
- Lada benggala /capsicum
- Salad lettuce
- Sos cili
- Kewpie sos
Cara nak buat Wrap Telur Rangup
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
- Masukkan chiaseed, chilli flakes dan blackpepper. Kacau sebati.
- Panaskan kuali bersama sedikit butter. Jika guna nonstick pan tak perlu la ya.
- Setelah panas masukkan telur yang telah di pukul. Masak telur seperti telur dadar dengan api kecil sahaja agar tidak hangus.
- Setelah masak, angkat telur tadi dan letakkan di atas wrap.
- Sapu roti wrap dengan sedikit sos dan kewpie sos sebagai penambah rasa. Sapu keseluruhan wrap dengan rata.
- Setelah itu taburkan salad dan lada benggala.
- Di ikuti dengan menabur epal yang telah di potong dadu ke atasnya. Epal ini yang akan membuatkan wrap telur ini rangup apabila digigit.
- Gulungkan wrap mengikut citarasa. Boleh juga dipotong kepada dua untuk memudahkan suapan. Siap.
Sumber: Shida Ambok
4. Resepi Tuna Eggroll Wanpaku Wraps
Bahan-bahan
Bahan Eggroll
- 3 biji telur
- Sepokok daun bawang (hiris)
- 1 cili api merah (buang biji dan cincang halus)
- Garam secukup rasa
- Black pepper secukup rasa
- Sedikit olive oil
Bahan Wanpaku Wraps
- Beberapa keping wraps
- Salad hijau
- Carrot (sagat halus)
- Kobis putih (hiris halus)
- Kobis purple (hiris halus)
- Cili api (buang biji dan hiris memanjang halus)
- 1 tin kecik tuna pedas manis
- Eggroll (faa potong dua cukup untuk dua wanpaku wraps)
- Cheese slices
Cara nak buat Tuna Eggroll Wanpaku Wraps
Eggroll
- Pukul telur dengan daun bawang, cili api, garam & blackpepper sampai sebati.
- Panaskan non stick pan. Gris sedikit olive oil.
- Yuang sedikit adunan telur. Ratakan. Gulung. Tuang sedikit lagi telur, bila masak, gulung. Ulang sampai habis. Biar telur garing sikit. Done.
Wanpaku Wraps
- Alas plastic wrap atas loyang. Letak wraps. Susun salad dan sayuran, eggroll, cheese slice dan sweet chili tuna. Gulung kemas & padat. Gulung sekali dengan plastic wrap.
- Potong menggunakan pisau yang tajam. Done.
Sumber: Nur Fakhira Mohd Rosli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Menu Lain Yang Diolah Daripada Telur
1. Egg Roll
Egg roll adalah sejenis gulungan telur yang dimasak nipis dan digulung dengan isian sayur-sayuran seperti kobis, lobak merah dan kadangkala daging ayam atau udang. Ia popular sebagai hidangan pembuka atau snek ringan yang lazimnya dihidangkan bersama sos cili atau sos manis masam.
2. Telur Dadar Gulung
Telur dadar gulung merupakan hidangan tempatan yang terdiri daripada telur yang dipukul, dimasak nipis seperti crepe dan kemudian digulung dengan isian seperti bawang, cili dan kadangkala udang kering. Ia merupakan hidangan mudah yang kerap dihidangkan di warung-warung tempatan sebagai lauk tambahan atau hidangan utama.
3. Omelette Wrap
Omelette wrap adalah variasi moden omelet yang digulung atau dilipat dengan pelbagai isian seperti cheese, mushroom, tomato atau herbs. Hidangan ini popular di kafe-kafe dan restoran Western kerana penyediaannya yang pantas dan boleh disesuaikan mengikut kehendak pelanggan.
4. Telur Bungkus
Telur bungkus adalah hidangan di mana nasi goreng atau mee goreng dibungkus dengan lapisan telur dadar yang nipis. Ia merupakan hidangan popular di kedai-kedai mamak dan warung nasi goreng kerana memberikan nilai tambah dari segi rasa dan penampilan kepada hidangan nasi goreng biasa.
5. Crepe Savoury
Crepe savoury adalah sejenis pancake nipis yang berasal dari Perancis, diisi dengan bahan-bahan gurih seperti cheese, ham, mushroom atau sayur-sayuran. Walaupun bukan berasaskan telur sepenuhnya, ia mempunyai konsep yang sama dengan wrap telur dari segi teknik pembungkusan dan penyajian.