4 Resepi Wrap Ayam

Wrap ayam adalah sejenis makanan yang terdiri daripada daging ayam yang dibungkus dengan roti pipih atau tortilla. Ayam tersebut biasanya dimasak dengan pelbagai cara seperti digoreng, dibakar atau dipanggang, kemudian dicampurkan dengan sayur-sayuran segar seperti salad, tomato, timun dan sos pilihan. Wrap ayam sangat popular kerana mudah dimakan dan sesuai untuk hidangan pantas.

Makanan ini berasal dari tradisi masakan Mexico dan Amerika Latin, tetapi kini telah diterima pakai di seluruh dunia termasuk Malaysia. Wrap ayam menjadi pilihan popular dalam kalangan pekerja dan pelajar kerana praktis, mengenyangkan dan boleh dimakan tanpa memerlukan pinggan mangkuk. Ia juga boleh disesuaikan mengikut citarasa individu dengan menambah pelbagai jenis sos dan sayuran.

1. Resepi Tortilla Ayam

Bahan-bahan

  • 2cawan tepung gandum
  • 3/4cawan air panas
  • 3sdb minyak panas
  • 3/4sdt baking powder
  • Secubit garam

Cheezy

  • 1tin susu cair
  • 6 slices cheese
  • 4 sdb Butter
  • 1sdb tepung gandum
  • 1kiub pati ayam
  • 1sdt lada hitam (ditumbuk)
  • Sdkit pewarna kuning (jika suka)

Salad mayonis

  • Timun
  • Tomato

Cara nak buat Tortilla Ayam

Tortilla

  1. Satukan tepung,minyak, baking powder dan air sikit demi sikit.
  2. Gaul guna sudu dulu dah rata baru uli guna tangan doh agak panas dan suam.
  3. Uli sampai doh sebati dan tutup dengan alas dalam 15min kemudian bulatkan dan canai nipis nak dapatkan adunan sekata boleh terap guna pinggan.
  4. Kemudian panaskan kuali non stick masak dalam 1-2min sampai adunan gelembung dan bertukar color putih angkat.

Cheezy

  1. Panaskan butter, masuk tepung gaul rata.
  2. Masukkan susu, kiub ayam, cheese, lada hitam, satukan semua biarkan mendidih masak dah siap.

Salad mayonis

  1. Buang biji timun dan tomato.
  2. Kemudian hiris dadu campur dengan mayonis buat awal simpan dalam peti ais sejuk sedap.

Ayam goreng

  1. Boleh guna tepung serbaguna goreng ayam.
  2. Guna isi ayam sahaja.
  3. Perap ayam dengan garam,csusu cair sikit +air lemoncbagi lembut isi ayam.
  4. Sadur ayam guna tepung serbaguna dan goreng.

Sumber: Celyn Rashid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Baby Wrap Chicken

Bahan-bahan

  • Roti wrap
  • Salad
  • Sos cili
  • Sos kuning tu thousand island
  • Ayam bahagian dada

Cara nak buat Baby Wrap Chicken

  1. Goreng dengan tepung ayam goreng.
  2. Panaskan roti lapis roti, salad dan letak ayam goreng tadi boleh lah picit sos.

Sumber: Sarwanee Abdul Manaf dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Tortilla Wrap Chicken Extra Pedas

Bahan-bahan

  • Wrap
  • Isi ayam
  • Salad
  • Carot 1 batang
  • Timun jepun 1batang
  • Mayonis paket
  • Sos korea beli yg paket
  • Sos cili

Cara nak buat Tortilla Wrap Chicken Extra Pedas

  1. isi ayam perap dengan kunyit, garam dan lada hitam dan salut dengan tepung gandum + tepung jagung + 1sudu serbuk kari + 1sudu serbuk cili dan goreng.
  2. Potong karot dan timun memanjang dan tebal sikit baru sedap. Caranya letak salad dan timun dan carrot susun isi ayam letak mayonis, sos cili dan sos korea.

Sumber: Myra Suhaimi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Chicken Wrap (Ayam Rebus)

Bahan-bahan

  • Telur 2 biji- pecahkan dan campur garam dan lada sulah, panaskan kuali dgn sedikit minyak, masukkan telur dan terus kacau hingga masak
  • Ayam yg telah direbus
  • Salad
  • Timun-hiris nipis
  • Tomato-hiris nipis
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Lada sulah
  • Sos bbq

Cara nak buat Chicken Wrap (Ayam Rebus)

  1. Gaulkan telur, ayam,mayonis, lada sulah, cili sos dan sedikit sos bbq.
  2. Panaskan sekejap.
  3. Letakkan salad, timun, tomato dan telur diatasnya.
  4. Gulungkan.
  5. Potong ikut suka, siap.

Sumber: Gee Sulaiman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Idea Menu Wrap Mudah

1. Wrap Daging

Wrap daging menggunakan daging lembu yang dipotong nipis dan dimasak dengan bumbu-rempah. Daging tersebut kemudian dibungkus bersama sayuran segar dalam tortilla atau roti pipih, menjadikannya hidangan yang lazat dan mengenyangkan untuk makan tengahari atau malam.

2. Wrap Tuna

Wrap tuna mengandungi ikan tuna yang telah dimasak atau tin tuna yang dicampurkan dengan mayonis dan sayuran. Hidangan ini popular dalam kalangan mereka yang menyukai makanan laut dan mencari alternatif protein yang sihat serta mudah disediakan.

3. Caesar Wrap

Caesar wrap adalah variasi daripada salad Caesar yang dibungkus dalam tortilla. Ia mengandungi sayuran hijau, keju parmesan, sos Caesar dan kadangkala ditambah dengan ayam atau udang untuk menambah nilai protein dalam hidangan tersebut.

4. Veggie Wrap

Veggie wrap adalah pilihan vegetarian yang mengandungi pelbagai jenis sayuran segar seperti salad, carrot, capsicum dan timun. Wrap ini sesuai untuk mereka yang mengamalkan pemakanan sihat dan ingin mengurangkan pengambilan daging dalam diet harian mereka.

5. Turkey Wrap

Turkey wrap menggunakan daging ayam belanda yang dihiris nipis sebagai inti utama. Daging turkey yang rendah lemak dan tinggi protein ini dibungkus bersama sayuran dan sos, menjadikannya pilihan sihat untuk mereka yang menjaga pemakanan seimbang.

Leave a Comment