4 Resepi Vegetarian

Vegetarian merujuk kepada pola pemakanan yang tidak melibatkan pengambilan daging daripada haiwan seperti daging lembu, kambing, ayam, ikan dan makanan laut. Individu yang mengamalkan gaya hidup vegetarian biasanya bergantung kepada sumber protein nabati seperti kacang-kacangan, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk memenuhi keperluan nutrien harian mereka.

Terdapat beberapa jenis vegetarian iaitu lacto-vegetarian yang masih mengambil produk tenusu, ovo-vegetarian yang masih memakan telur, lacto-ovo vegetarian yang mengambil kedua-dua produk tenusu dan telur, manakala vegan pula mengelakkan semua produk berasaskan haiwan termasuk madu. Pemilihan untuk menjadi vegetarian biasanya didorong oleh faktor kesihatan, kepercayaan agama, kebimbangan alam sekitar atau belas kasihan terhadap haiwan.

1. Resepi Sambal Tauhu

Bahan-bahan

  • 4 biji tauhu
  • Biji sawi
  • Jintan manis
  • Bawang besar
  • Pes ginger garlic
  • Daun kari
  • Cili kisar
  • Puri tomato
  • Daun pandan
  • Gula

Cara nak buat Sambal Tauhu

  1. 4 biji tauhu belah dua dan n deep fry. Asingkan
  2. Guna minyak yang sama, tumis biji sawi dan jintan manis. Sampai biji sawi pecah,
  3. Tumis bawang besar di ikuti ginger garlic paste.
  4. Bila dah naik bau, masukkan daun kari. Selepas tu cili kisar.
  5. Kacau sampai naik bau then masukkan puri tomato dalam 4 – 5 teaspoon.
  6. Masukkan tomato. Kacau sebati.
  7. Masukkan air dalam secawan. Perasakan dengan garam. Masukkan daun pandan.
  8. Bila dah mendidih dan air surut sikit. Masukkan 1 1/2 tablespoon gula.
  9. Kacau sebati dan masukkan tauhu tadi. Kacau sikit. Biarkan dalam 3 minit. Tutup api. Siap.

Sumber: Sheena Supramaniam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Rendang Cendawan

Bahan-bahan

  • 400g cendawan (shitake atau button mushroom)
  • 2biji bawang besar
  • 3batang serai
  • Halia
  • Bawang putih 5biji
  • Cili padi 12biji
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2sudu besar cili kisar
  • Kerisik
  • Santan
  • 5helai daun limau
  • Garam ,gula melaka dan sedikit gula pasir, serbuk perasa ajinamoto jika suka

Cara nak buat Rendang Cendawan

  1. Cuci cendawan dan toskan airnya sampai kering dan belah dua.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili padi.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum masukkan pulak cili kisar dan rempah kari kacau rata hingga garing dan naik bau api kecil ye dan kacau selalu.
  4. Masukkan santan dan air daun limau purut beserta kerisik, gula melaka dan garam dan perasa ajinomoto jika suka dan sedikit gula pasir.
  5. Kacau selalu bila sedikit pekat masukkan cendawan dan masak hingga agak kering.

Sumber: Suraya Rahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Tauhu Lembut Kukus dan Sos Gochujang

Bahan-bahan

  • 1 bj tauhu lembut, toskan air dan letakkan di atas pinggan. Kukus dalam 8 hingga 10minit
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 tangkai daun bawang dikerat pendek

Pes

  • 1 sdm pes Gochujang
  • ½ sdm serbuk cili (kalau ada serbuk cili Gochujang lagi bagus)
  • 1 sdm kicap cair
  • 1 sdm sos tiram vegetarian
  • ¼ cawan air

Cara nak buat Tauhu Lembut Kukus dan Sos Gochujang

  1. Gaul semua diatas sebati dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bawang putih hingga garing ketepikan bawang putih.
  3. Tambah pes diatas, Tumis hingga sebati. Tambah 1 sdm madu dan 1 sdt minyak bijan yang guna untuk masakan ala Chinese. Gaul sekata. Biar masak pekat. Perasakan gula dan garam.
  4. Tuangkan keatas tauhu lembut yang dah siap kukus taburkan bawang putih dan daun bawang. Sedia dimakan.

Sumber: Kesavan Supramaniam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Spaghetti Vegetarian

Bahan-bahan

  • Pasta Spaghetti (dah dicelur, dikeringkan dan sejukkan. Campur sikit garam merah dan blackpaper kisar

Sos

  • 2sudu besar prego tomato sos
  • 3biji shiitake mushroom (potong halus)
  • 1/2 genggam kacang edamame
  • 1/2 bawang besar (cincang)
  • Sedikit serbuk garlic parsley
  • Sedikit serbuk black pepper
  • Sedikit olive oil (for cooking)
  • Sedikit air

Cara nak buat Spaghetti Vegetarian

  1. Panaskan non stick pan dan masukkan olive oil. Tumis bawang, shiitake mushroom dan edamame.
  2. Sayur dah layu, masukkan sos preggo, air sikit dan perasakan dengan serbuk garlik dan black pepper.
  3. Masak sampai kuah pekat dan tutup api. Tuangkan atas spagetthi.

Sumber: Diane Sera dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Menu Vegetarian Yang Popular?

1. Rendang Nangka

Hidangan tradisional ini menggantikan daging dengan nangka muda yang dimasak dengan rempah rendang yang kaya. Nangka muda memberikan tekstur yang menyerupai daging dan menyerap perisa rempah dengan sempurna, menjadikannya pilihan popular dalam kalangan vegetarian.

2. Curry Sayuran Campur

Kari sayuran yang menggabungkan pelbagai jenis sayur-sayuran tempatan seperti kobis, kacang panjang, terung dan tauhu. Dimasak dengan santan dan rempah kari yang aromtik, hidangan ini kaya dengan nutrien dan perisa yang lazat.

3. Mee Goreng Sayur

Mee kuning yang digoreng bersama sayur-sayuran segar seperti taugeh, kobis, dan wortel dengan sos kicap dan cili. Hidangan mi goreng ini popular kerana mudah disediakan dan mengenyangkan tanpa memerlukan protein hewani.

4. Tauhu Masak Merah

Tauhu yang dipotong dadu dan dimasak dengan sos tomato pedas bersama bawang dan cili. Hidangan ini memberikan protein nabati yang tinggi dan perisa yang menyelerakan, sesuai dihidangkan dengan nasi putih.

5. Dal Curry

Kari kacang dal yang dimasak dengan kunyit, jintan dan rempah India yang harum. Hidangan berasaskan legum ini kaya dengan protein nabati dan serat, serta mudah dihadam dan berkhasiat tinggi.

Leave a Comment