4 Resepi Udang Kara

Udang Kara merujuk kepada lobster. Udang kara merupakan sejenis krustasea yang mempunyai saiz yang besar dan cangkerang keras, berbeza dengan udang biasa yang lebih kecil dan lembut.

Udang kara adalah hidangan mewah yang sangat popular di Malaysia, sering disajikan di restoran makanan laut berkelas tinggi. Ia mempunyai daging yang tebal, manis dan lazat, menjadikannya pilihan utama untuk jamuan istimewa atau perayaan. Biasanya dihidangkan dengan pelbagai cara masakan seperti masak lemak, buttermilk, atau black pepper.

1. Resepi Udang Kara Mudah

Bahan-Bahan

  • Lobster
  • Sedikit butter
  • Bawang putih diracik halus
  • Bawang holland potong dadu.
  • Cili padi diracik halus
  • Beberapa tangkai daun kari
  • Susu cair
  • Serbuk perasa

Cara nak buat Udang Kara Mudah

  1. Siang lobster dan kukus selama 20-30 minit.
  2. Panaskan kuali dan masukkan butter.
  3. Tumis bawang putih.
  4. Masukkan cili padi dan bawang holland.
  5. Masukkan daun kari. Gaul sehingga garing.
  6. Masukkan susu cair.
  7. Tambah serbuk perasa.
  8. Tuang kuah yang dimasak tadi atas lobster yang telah dikukus.

Sumber: Cg Meriani Semain dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Garlice Cheezy Lobster

Bahan-bahan

  • 8 ulas bawang putih
  • 4-5 tangkai daun kari
  • 6-8 biji cili padi
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 3-4 keping cheese
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara nak buat Garlice Cheezy Lobster

  1. Lobster di kukus 10minit – ketepikan.
  2. Tumis bawang putih bersama butter.
  3. Kemudian masukkan cili padi dan daun kari.
  4. Dah sedikit berbau harum masukkan susu cair.
  5. Gaul rata tambahkan cheese keping.
  6. Jika suka kuah pekat masukkan air bancuhan tepung jagung.
  7. Tuang kuah di atas lobster.
  8. Siap di hidangkan dan boleh hiaskan dengan daun bawang.

Sumber: Nur Dhunaa AB Maleq dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Lobster Thermidor

Bahan-bahan

  • 1 Ekor Lobster (direbus)
  • 1 cawan susu Full Milk
  • 2 Biji Kuning Telur
  • Garam secukup rasa
  • Secubit lada hitam (ditumbuk)
  • Daun Parsley
  • Chesse
  • Daun Salad
  • Lemon
  • Baby Tomato

Cara nak buat Lobster Thermidor

  1. Potong dua lobster yang telah direbus tadi dan keluarkan isi dan potong dadu (asingkan).
  2. Panaskan kuali dan masukkan 1 cawan susu sehingga mendidih.
  3. 3asukkan butter tdi dan gaul masukkan pula 2 biji kuning telur gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan garam, lada hitam, daun parsley dan chesee mengikut cita rasa anda.
  5. Campurkan Isi lobster yang telah dipotong ke dalam kuali gaul dan rasa.
  6. Di dalam dulang membakar letakkan Thermidor ke dalam lobster semula dan campurkan sedikit chesee dan parsley di atas lobster
  7. Bakar dengan suhu 200 ^c selama 10 minit.
  8. Hias Lobster bersama daun salad,Lemon & baby tomato siap untuk di hidang

Sumber: Nyna Kartina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Lobster Masak Butter

Bahan-bahan

  • 7 ulas bawang putih dicincang, daun kari, hirisan cili api
  • Susu cair 1 tin
  • Butter setengah buku
  • Cheese 3 keping
  • Telur 2 biji (pukul siap dalam mngkuk)
  • Minyak masak 2 sudu besar
  • Garam dan gula, lada sulah

Cara nak buat Lobster Masak Butter

  1. Panaskan minyak masak kemudian masukkan butter. Guna setengah buku dan masukkan daun kari dan bawang putih yang telah dicincang, cili api, tumis sampai naik bau jangan sampai hangus.
  2. Masukkan susu cair 1 tin. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul siap ke dalam kuali. Masuk sikit telur dalam kuali sambil kacau guna senduk. Biar seketika.
  3. Bila dah mendidih masukkan cheese 3 keping dan kacau smpai hancur. Jangan lupa masukkan sdikit garam, gula, lada sulah.
  4. Masukkan lobster dalam kuali dan jirus kuah atas lobster biar dia masak sebati, siap!
    Lobster kena kukus/rebus dulu sampai masak baru dimasak dengan kuah.

Sumber: Fatin Zulkipli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Menu Mewah Makanan Laut

1. Scallop (Kerang Kipas)

Scallop atau kerang kipas adalah makanan laut premium yang mahal dan sering dihidangkan dalam fine dining. Kerang kipas terkenal dengan rasa manis semulajadi dan tekstur lembutnya yang menjadikannya pilihan istimewa dalam menu mewah.

2. Udang Galah

Udang galah adalah udang air tawar gergasi Malaysia yang sangat dihargai kerana dagingnya yang lembut dan rasa manis semula jadi. Udang galah dikenali sebagai salah satu makanan laut premium Malaysia yang mempunyai saiz yang besar dan kualiti yang tinggi.

3. Alaskan King Crab

Alaskan king crab adalah antara pilihan utama dalam restoran makanan laut premium di Malaysia kerana kualiti dan saiznya yang istimewa. Ketam jenis ini terkenal dengan dagingnya yang banyak dan manis, menjadikannya menu eksklusif di restoran-restoran mewah.

4. Abalone (Siput Laut)

Abalone adalah sejenis siput laut yang dianggap sebagai delicacy dalam masakan Cina dan sering dihidangkan dalam majlis-majlis istimewa. Makanan laut ini sangat mahal kerana proses penuaiannya yang lama dan rasa serta teksturnya yang unik, menjadikannya simbolik status dalam hidangan mewah.

Leave a Comment