4 Resepi Tortilla Wrap

Tortilla wrap ialah sejenis makanan yang terdiri daripada roti nipis berbentuk bulat yang diperbuat daripada tepung gandum atau jagung, kemudian digulung dengan pelbagai isian di dalamnya. Roti tortilla ini berasal dari Mexico dan telah menjadi popular di seluruh dunia sebagai pilihan makanan yang mudah dan praktikal.

Isian tortilla wrap boleh bervariasi mengikut citarasa, termasuk daging ayam, daging lembu, sayur-sayuran segar, keju, sos, dan bahan-bahan lain yang sesuai. Ia sering dihidangkan sebagai makanan segera atau makanan ringan yang sihat kerana mudah dibawa dan dimakan tanpa memerlukan peralatan khas.

1. Resepi Tortilla Wrap 4 Bahan

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung
  • Setengah sudu Kecil garam
  • 2 sudu Kecil baking powder
  • 3/4 cawan air panas gelegak, ni tuang sikit nanti, takut terlembik. Kita nak dia jadi doh molek licin. Masa gaul mohon pakai sudu dulu, kemudian tukar pakai tangan
  • 2 sudu marjerin/ butter, ikut mana yang ada. Kene cairkan ya.

Cara nak buat Tortilla Wrap 4 Bahan

  1. Masuk semua bahan tepung, garam, baking powder, kemudian masuk marjerin dan air, air tuang sedikit sampai elok jadi doh tak melekat pada sudu atau tangan.
  2. Kemudian rehatkan 15 minit. Baru buat bulat kecik ikut saiz yang korang suka.
  3. Masa nak bakar atas pan, bakar tanpa minyak. Tak perlu minyak.
  4. Siap! Cubalah.

Sumber: Farhah Azman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Wrap Ayam Ala Thai

Bahan-bahan

Bahan ayam

  • 2 keping dada ayam
  • 2 sdm sos cili Thai Maepranom
  • 1/2 sdm cili flakes
  • 1/2 sdm serbuk cili
  • 2 ulas bwg putih di parut halus
  • Garam & gula secukup rasa

Bahan sos mayonis Thai

  • 1/2 cup mayonis
  • 3 sdm sos cili Thai Maepranom
  • 4-5 bj cili padi Thai di cincang halus
  • 2 ulas bwg putih diparut halus
  • 1 pokok daun ketumbar dihiris halus
  • Sos ikn secukup rasa
  • 1 sdm jus limau nipis

Bahan lain

  • 8 kpg tortilla wrap digril ikut arahan peket bungkusan
  • Beberapa kpg daun salad
  • Suun secukupnya
  • 1 pokok ketumbar dipotong pjg mancis
  • 8 bj tomato cheri di belah 2
  • 1 btg timun jepun dihiris

Cara nak buat Wrap Ayam Ala Thai

  1. Gaul ayam bersama sos mayonis & tomato cheri, ketepikan
  2. Ambil sekeping tortilla wrap, susun daun salad, suun, timun, daun ketumbar dan sudukan campuran ayam & sos mayonis
  3. Renjiskan sos cili Maepranom Thai jika suka & gulung kemas. Sedia dingap!!

Ayam

  1. Perap dada ayam dengan semua bahan selama 1/2 jam dan gril hingga masak.
  2. Akk airfry 200c selama 10min n 150c lg 10min, hiris ayam kecil.

Sos mayonis Thai

  1. Campurkan semua bahan gaul rata.
  2. Sos tak perlu gula kerana mayonis sedia manis. Seimbangkan rasa manis, masin, pedas & masam.

Bahan lain

  1. Gaul ayam bersama sos mayonis & tomato cheri, ketepikan.
  2. Ambil sekeping tortilla wrap, susun daun salad, suun, timun, daun ketumbar dan sudukan campuran ayam & sos mayonis.
  3. Renjiskan sos cili Maepranom Thai jika suka & gulung kemas. Sedia dingap.

Sumber: Keroroyz Royz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Black Pepper Beef Wrap

Bahan-bahan

  • Daging
  • Bawang putih
  • Sos kimball lada hitam
  • Sos tiram
  • Kicap

Cara nak buat Black Pepper Beef Wrap

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hiris dadu kecil.
  2. Dah naik bau, masukkan daging, bia daging keluar air dulu baru tambah air sikit agak tak banyak.
  3. Terus masukkan sos lada hitam kimball, sos tiram dgn kicap nak bagi hitam. Masukkan sikit garam sebab lain dah masin.
  4. Tambah air sikit lagi nak bagi empuk, keringkan sampai tak ada kuah.
  5. Bakar roti tortilla wrap atas pan, angkat susun salad, timun, bawang holland & letak daging black pepper tadi.
  6. Letak sos thousand island & sos cili. Nak letak mayo pun boleh.

Sumber: Aisyah Bombastic Bundle dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Express Stove Top Pizza

Bahan-bahan

  • 1 keping tortilla wrap
  • 1 batang sosej yang direbus sekejap dan dihiris
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit serbuk oregano
  • Mozarella cheese secukup rasa

Cara nak buat Express Stove Top Pizza

  1. Ambil sekeping tortilla wrap, letak atas frying pan. Tuangkan sedikit sos tomato.
  2. Sprinkle sedikit Oregano (ini Abang Danish buat bila tak ada stock pizza sos. Lagi sedap sebenarnya dari guna sos pizza tapi kena ada oregano. Jika guna ready made sos pizza sila skip sos tomato dan oregano ni ya!)
  3. Ratakan sos tomato dan oregano pada hanya sebelah wrap sahaja.
  4. Susun sosej atas sos.
  5. Tabur rata shredded mozarella cheese.
  6. Hidupkan api dapur dan guna api perlahan. Biarkan cheese mula cair sedikit.
  7. Lipat wrap tu menjadi separuh.
  8. Tekan sedikit biar dia melekat. Bila dah garing, terbalikkan ke sebelah lagi. Kemudian diangkat.

Sumber: Danish Harraz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Makanan Sampingan Yang Mudah Dimakan?

1. Quesadilla

Quesadilla ialah makanan Mexico yang menggunakan tortilla sebagai asas, tetapi ia dilipat separuh dan diisi dengan keju serta bahan-bahan lain seperti daging atau sayuran, kemudian dipanggang sehingga keju mencair dan tortilla menjadi rangup.

2. Burrito

Burrito merupakan tortilla besar yang digulung rapat dengan isian yang lebih banyak berbanding wrap biasa, biasanya mengandungi nasi, kacang, daging, keju, dan sos, menjadikannya hidangan yang lebih mengenyangkan.

3. Fajita

Fajita ialah hidangan yang terdiri daripada tortilla lembut yang dihidangkan bersama daging yang dipotong jalur (biasanya ayam atau daging lembu) yang telah dimasak dengan bawang dan lada, di mana pelanggan boleh membuat wrap sendiri.

4. Enchilada

Enchilada ialah tortilla yang digulung dengan isian daging atau keju, kemudian ditutup dengan sos cili dan dipanggang dalam ketuhar, sering kali ditabur dengan keju di atasnya.

5. Shawarma Wrap

Shawarma wrap menggunakan konsep yang sama dengan tortilla wrap tetapi menggunakan roti pita atau lavash, diisi dengan daging shawarma yang dipotong nipis, sayuran, dan sos, popular dalam masakan Timur Tengah.

Leave a Comment