Resepi teriyaki merujuk kepada gabungan teknik memasak dan sos khas dari Jepun yang menghasilkan hidangan berkilat dan berperisa manis-masin. Perkataan “teriyaki” berasal daripada dua perkataan Jepun: “teri” bermaksud kilauan, dan “yaki” bermaksud memanggang atau membakar. Sos teriyaki tradisional diperbuat daripada campuran kicap, sake, dan gula, yang dimasak sehingga pekat dan berkilat.
Sos ini digunakan untuk memerap atau melapisi daging seperti ayam, ikan, atau daging lembu sebelum dipanggang atau digoreng, memberikan rasa umami yang kaya dan penampilan yang menarik . Resepi ini telah berkembang di luar Jepun, dengan variasi yang menambahkan bahan seperti bawang putih, halia, atau jus nanas untuk citarasa yang lebih pelbagai .
Resepi Menggunakan Sos Teriyaki
1. Resepi Baby Octopus
Bahan-bahan
- Sos teriyaki
- 2ulas bawang putih diketuk
- 2cm halia diketuk
- 2tbsp brown sugar
- Sedikit bijan
- 1tsp cuka
- 1tbsp minyak bijan
- 1tbsp gochhujang
Bahan B
- Sedikit pewarna merah
- 1tbsp tepung beras dilarutkan dengan secawan air
- 1 cawan air
Cara nak buat Baby Octopus
- Satukan semua bahan A kacau sebati masukkan sedikit pewarna merah kacau lagi bagi sebati & masukkan baby octopus.
- Simpan dalam peti sejuk selama 5jam, selepas 5jam keluarkan & tuang dalam periuk & masak dengan api kecil, kacau & bila sotong masak angkat & ketepikan kuahnya tinggalkan dalam periuk lagi pastikan jangan masak sotong terlalu lama takut liat.
- Tuang larutan tepung beras & air kacau hingga kuah pekat melikat. Tutup api. tuang kuah atas baby octopus yang diangkat tadi & simpan semula dalam peti sejuk dalam sejam atau hingga sotong sejuk.
Sumber: Raja Ila dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Ayam Teriyaki
Bahan-bahan
- Goreng ayam dengan tepung goreng bistari
- 1 biji cili merah – potong
- Daun bawang – dihiris
- Bijan secukupnya – disangai
Bahan sos
- 2 sb brown sugar
- 1 sk sos tiram
- 2 sk madu
- 1 sk black pepper (kisar)
- 1 sk kicap pekat
- 4 sb kicap mania (satukan bahan sos dalam satu mangkuk)
Cara nak buat Ayam Teriyaki
- Panaskan sedikit minyak goreng ayam tadi kedalam kuali dan masukkan semua bahan sos diatas dan kacau sebati.
- Masukkan bijan dan kacau sekata.
- Masukkan ayam yang dah digoreng tadi dan gaul sebati. Setelah ayam dah salut sepenuhya dengan sos boleh tutup api. Siap.
- Hidangkan ayam keatas pinggan dan taburkan sedikit bijan, cili merah dan daun bawang.
Sumber: Shameema Ahamed dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Teriyaki Beef
Bahan-bahan
- Daging korban (potong dadu besar sikit)
- Kobis (potong ikut suka)
- Lobak merah (potong ikut suka)
- Bawang merah besar (potong ikut suka)
- Bawang putih
- Cili api 3 4 batang
- Halia 1 inci (hiris)
- Sos blackpepper
- Minyak masak
- Air 1/2 cawan
Cara nak buat Teriyaki Beef
- Daging yang dibasuh bersih masukkan dalam kuali biarkan sampai air daging kering.
- Air daging dah kering masukkan minyak 1/2 cawan dan halia, goreng sebentar.
- Agak agak daging luar dah pucat masak sedikit masukkan bawang merah, bawang putih dan cili api goreng biar sampai bawang layu sedikit.
- Bawang dah layu masukkan sos blackpepper agak agak tengok pada kuantiti daging dan kepedasan yang korang nak. Masukkan air 1/2 cawan tadi untuk memasakkan daging supaya sos meresap dengan baik.
Sumber: Halimatun Nasuruddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Sushi
Bahan-bahan
- Beras biasa
- Sedikit cuka
- Sedikit gula dan garam
- Seaweed
- Sosej
- Tuna
- Telur dadar
- Jejari ketam
- Timun
- Carrot
- Mayonis
- Sos teriyaki
- Bijan
Cara nak buat Sushi
- Masak nasi (lebihkan air) macam biasa,dah masak masukkan sedikit cuka, gula dann garam gaul sebati sejukkan.
- Masukkan dalam acuan sushi dan boleh letak topping kesukaan.
- Kalau nak goreng, masuk nasi separuh dalam acuan, letak inti masukkan nasi padat celup telur dan guling dalam serbuk roti.
- Kalau nak gulung, ratakan nasi atas seaweed sapu sos teriyaki, timun, carrot, sosej dan mayonis, gulung dan potong.
Sumber: Hani Nanny dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Sos Yang Popular Dalam Masakan?
1. Sos Hoisin
Sos hoisin adalah sos tebal berwarna coklat gelap dari China yang diperbuat daripada kacang soya yang difermentasi, gula, cuka, dan rempah ratus. Sos ini mempunyai rasa manis dan sedikit pedas, sering digunakan untuk itik panggang Beijing dan sebagai sos celup untuk dim sum.
2. Sos Oyster
Sos oyster atau sos tiram adalah sos pekat berwarna coklat yang diperbuat daripada ekstrak tiram, gula, garam, dan kanji jagung. Sos ini memberikan rasa umami yang mendalam dan sering digunakan dalam masakan tumis Cina, terutamanya dengan sayur-sayuran seperti kailan dan brokoli.
3. Sos Black Bean
Sos black bean atau sos kacang hitam adalah sos yang diperbuat daripada kacang soya hitam yang difermentasi, bawang putih, dan garam. Sos ini mempunyai rasa yang kuat dan masin, kerap digunakan dalam masakan Kantonis seperti ikan stim dengan black bean dan daging lembu tumis.
4. Sos Plum
Sos plum adalah sos manis dan masam yang diperbuat daripada buah plum, gula, cuka, dan rempah ratus. Sos ini popular dalam masakan Cina dan sering digunakan sebagai sos celup untuk makanan yang digoreng seperti spring roll dan sebagai glaze untuk daging panggang.
5. Sos Sweet and Sour
Sos sweet and sour adalah sos yang menggabungkan rasa manis dan masam, biasanya diperbuat daripada gula, cuka, sos tomato, dan nanas. Sos ini sangat popular dalam masakan Cina-Amerika dan sering dihidangkan dengan ayam, ikan, atau daging babi yang digoreng tepung.