Tauhu ada banyak jenis, kali ini kami nak kongsikan resepi tauhu telur untuk anda. Ada juga yang panggil tauhu jepun. Tauhu telur ini boleh dimasak dengan pelbagai resepi mudah dan sedap!
Tauhu jepun tidak seperti tauhu biasa yang berwarna putih. Tauhu jepun berwarna sedikit kuning kerana mengandungi bahan dari telur. Selalunya dimasak secara goreng goreng dan digabungkan dengan kuah pekat agar tauhu kekal rangup diluar dan gebu didalam apabila dimakan.
Resepi Tauhu Telur
1. Resepi Sup Tauhu Telur
Bahan-bahan
- Tauhu telur
- Bawang putih – cincang
- Serbuk lada hitam
- Udang / isi ayam
- Sos tiram – anggaran 2 sudu besar
- Cendawan shimeji / fresh shitake
- Lobak merah – hiris halus memanjang
- Daun sup – hiris
- Tepung ubi – bancuh dengan sedikit air (kalau nak ganti dengan tepung jagung pun boleh)
- 2 biji telur – pukul dengan garfu
- Garam
- Serbuk perasa (kalau suka)
Cara nak buat Sup Tauhu Telur
- Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang / ayam dan serbuk lada hitam.
- Masukkan sos tiram, air dan cendawan.
- Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam. Sambil kacau kuah sup tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel.
- Masukkan tauhu yang sudah digoreng.
- Perlahankan api tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat).
- Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur tu nampak seperti bertali.
- Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata.
Sumber: Salina Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Tauhu Berlauk
Bahan-bahan
Bahan kisar
- Tauhu biasa (4keping)
- Tauhu telur/egg tofu (2batang)
- Telur (2biji)
- Sedikit air
Bahan A
- Daging kisar/isi ayam kisar (goreng tanpa minyak)
- Bawang merah (hiris)
- Carrot (hiris)
- Daun bawang (hiris)
- Daun sup (hiris)
- Cili besar merah (hiris)
- Lada hitam (kisar)
- Lada putih (kisar)
- Garlic powder
- Bahan perasa
- Gula (sedikit sahaja)
Bahan celup
- Telur (pecahkan)
Cara nak buat Tauhu Berlauk
- Campurkan kesemua bahan A bersama bahan kisar dan gaul rata.
- Masukkan bahan yang telah digaul ke dalam bekas tuppeware kecil.
- Sila isi penuh-penuh sebab dah kukus nanti dia akan menurun.
- Dah siap boleh kukus selama 20min.
- Angkat dari kukusan dan tunggu sejuk kemudian keluarkan dari bekas.
- Boleh frozen kan atau terus goreng.
- Celup dengan telur kemudian goreng sehingga garing bertukar warna.
Sumber: Lynn Koo dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Tauhu Telur Masak Sos Tiram
Bahan-bahan
- Tauhu telur
- Bwg besar
- Daun bawang
- Bawang putih
- Sos tiram
- Gula
- Kicap sotong
- Ajinomoto
- Tepung jagung (bancuh bagi cair)
Cara nak buat Tauhu Telur Masak Sos Tiram
- Goreng tauhu sampai kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang putih, masukkan bawang besar dan air bila kuah dah mendidih masukkan sos tiram, gula, aji dan kicap sotong.
- Masukkan tauhu dan daun bawang, biarkan sekejap.
- Masukkan tepung jagung, kacau sedikit sampai kuah pekat dan tutup api.
- Siap untuk dihidangkan.
Sumber: Ekin Che Noh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Sup Tauhu Chinese Style
Bahan-bahan
- Tauhu Jepun / telur
- Tepung jagung
- Sos tiram 2,3 sudu
- Cili merah hiris / cili api
- 3,5 ulas bawang putih cincang
- bawang merah sebiji potong cincang
- Minyak bijan/minyak masak
- Air secukupnya
- Sebiji telur putih (pukul)
- Sayur pilihan ikut cita rasa
- Garam dan serbuk Perasa , kiub ayam or ikan bilis
Cara nak buat Sup Tauhu Chinese Style
- Potong tauhu telur. Kemudian celup dalam tepung jagung dan goreng sehingga bertukar warna. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang merah yang sudah dicincang sehingga bertukar warna. Cili merah kemudian baru masukkan air dan biarkan mendidih.
- Masukkan apa jua sayur kesukaan seperti karot, baby pakchoy, sawi, bebola ikan, cendawan, brokoli dan lain-lain. Boleh juga letakkan isi ketam yang sudah dicarikkan.
- Sediakan sebiji telur dalam mangkuk dan pukul sebati. Bila air tadi sudah mendidih, baru masukkan telur dan kacau sebati untuk dapatkan tekstur telur yang cantik.
- Perasakan dengan garam atau serbuk perasa secukupnya. Sos tiram.
- Biarkan menggelegak sedikit dan sediakan bancuhan air tepung jagung. Masukkan 2 hingga 3 sudu makan air tepung jagung. Masak seketika, bila dah nampak pekat sedikit boleh tutup api.
Sumber: Larrah Shahira Ramlan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Tauhu Boleh Menjadi Menu Menarik
Resepi ini juga sesuai untuk yang sedang berdiet. Mudah dan mengenyangkan. Selain tauhu telur, Malaysia juga terkenal dengan pelbagai jenis tauhu yang lain. Begitu juga dengan cara masakannya yang berbeza-beza. Disini kami senaraikan pelbagai jenis tauhu dan cara masakan yang berbeza-beza. Yang penting menarik:
1. Tauhu Sumbat
Tauhu sumbat adalah hidangan yang menggunakan tauhu lembut yang diisi dengan isian ikan atau sayur-sayuran. Tauhu ini kemudiannya direbus dalam kuah yang berperisa atau digoreng dan dihidangkan dengan sos yang sesuai.
2. Braised Tofu
Braised tofu merupakan hidangan tauhu yang dimasak dengan cara direbus perlahan-lahan dalam kuah berasaskan kicap dan rempah-ratus. Proses memasak yang perlahan ini membolehkan tauhu menyerap semua perisa kuah dengan sempurna.
3. Ma Po Tofu
Ma Po Tofu adalah hidangan popular dari Sichuan yang menggunakan tauhu lembut yang dimasak dalam sos pedas berasaskan cili dan kacang hitam. Hidangan ini terkenal dengan rasa pedasnya yang menyengat dan aroma yang kuat.
4. Agedashi Tofu
Agedashi Tofu merupakan hidangan Jepun yang asli di mana tauhu lembut disalut dengan tepung dan digoreng sehingga garing di luar. Ia kemudiannya dihidangkan dalam kuah dashi yang ringan dan berperisa.
5. Salt and Pepper Tofu
Salt and Pepper Tofu adalah hidangan yang menggunakan tauhu yang dipotong kiub dan digoreng dengan campuran garam, lada putih, cili, dan bawang. Hidangan ini popular kerana rasanya yang mudah dan teknik memasaknya yang ringkas tetapi berkesan.