Kalau anda nak tahu banyak sebenarnya jenis kuah talam yang ada antaranya kuih talam suji dan tepung talam. Jadi kali ini kami nak kongsikan resepi talam keladi untuk anda cuba.
Jom kita try!
1. Resepi Talam Keladi
Bahan-bahan
Bahan Lapisan Bawah
- 2 cawan tepung beras
- 3 sudu besar tepung ubi
- 1 1/2 sudu kecil garam
- 6 sudu besar gula pasir
- 300ml santan pekat
- 700ml air
- 300 gm keladi – dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit (kukus dulu, baru timbang, saya rebus sampai empuk)
Bahan Lapisan Atas
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 250 gm gula halus
- 3 biji telur
- 250 ml santan pekat
- 500 ml air
- Sedikit pewarna purple & perisa Yam
Cara nak buat Talam Keladi
Lapisan Bawah
- Bancuh semua bahan di atas (kecuali keladi) hingga rata dan sebati.
- Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi.
- Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10″x10″x3″
- Kukus selama 25 minit.
Lapisan Atas
- Bancuh semua bahan dan tapis ke dalam periuk.
- Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah.
- Kukus selama 30 minit lagi.
- Lap tutup kukusan setiap 5 minit sekali (saya tutup loyang dengan aluminium foil).
Sumber: MomverlouzDish Aliaa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Talam Keladi Mudah
Bahan-bahan
Bahan A
- 2 cwn tpg gandum
- 4sb tpg beras
- 4sb tpg jagung
- 1 cwn gula
- 4 cwn santan
Bahan B
- 1 cwn keladi
- 3/4 cwn air
Bahan C
- 2sb pes keladi
- 1/2 cwn air
- Pewarna ungu
Cara nak buat Talam Keladi Mudah
- Satukan bahan A bahagikan dua.
- Campurkan 1 bahagian dengan B dan 1 bahagian dan C.
- Kukus setiap lapisan 15 minit.
Sumber: Saimah Abdulhadi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Talam Keladi (Versi Pewarna)
Bahan-bahan
Bahan Lapisan bawah
- 800ml santan
- 800ml air
- 400gm gula
- 400gm tepung gandum
- 1 sudu besar perisa pandan/keladi
Bahan Lapisan atas
- 800ml air
- 1 L santan
- 400gm gula
- 360gm tepung gandum
- 6 butir telur
- 40ml / 3 sudu besar kordial keladi jenama Double Lion
- 1/2 sudu besar garam
- 1/2 sudu besar pewarna ungu
Cara nak buat Talam Keladi (Versi Pewarna)
- Panaskan bekas kukusan terlebih dahulu.
- Bancuh semua bahan sehingga sebati. Tapiskan adunan utk dapat adunan yg cantik.
- Oleskan loyang dgn minyak dan tuang adunan ke dalan loyang.
- Kukus sehingga adunan masak dan tidak lembik.
- Kemudian, bancuh adunan lapisan atas dan tapiskan.
- Kelar sedikit atas lapisan bawah dgn garpu untuk elak lapisan atas tertanggal selepas potong nanti. Tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah secara perlahan.
- Kukus semula adunan sehingga lapisan atas masak. Setelah kuih masak, biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.
Sumber: Khairol Muizz Khairol Azmi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Talam Keladi Nyonya Berlauk
Bahan-bahan
Bahan A
- 2 cwn keladi potong kiub
- 2 cwn tepung beras
- 2 sudu tepung gandum
- 2 sudu tepung jagung
- 6 cwn santan
- Sedikit garam
Bahan lauk
- Udang basah dikupas kulit & dicincang
- 4 sudu udang kering direndam & ditumbuk
- 4 sudu bawang goreng
- 2 biji cili merah besar dicincang
- 2 tangkai daun sup dicincang
- 2 tangkai daun bawang dicincang
- Sedikit minyak masak sedikit minyak bijan
Cara nak buat Talam Keladi Nyonya Berlauk
Sos cili
- Blend cili besar kemudian campur cuka gula cili kering kisar dalam 2 sudu.
- Sedikit kicap pekat masak biar sebati & masukkan tepung jagung untuk pekatkan sos.
Sos kicap
- Blend 2 sudu taucu dengan sedikit air.
- Kemudian campurkan gula kicap cair kicap pekat dan tepung jagung. Masak sehingga pekat.
Talam keladi
- Tumis udang sehingga agak garing kemudian masukkan udang kering. Goreng sehingga garing angkat & campur dlm daun bawang daun sup bawang goreng & cili gaul sebati.
- Keladi direbus atau pun kukus sehingga empuk. Campur semua tepung dgn santan dan garam gaul sebati.
- Kacau atas dapur sehingga agak pekat kemudian campurkan keladi dan sedikit lauk tadi. Kacau lagi sehingga pekat kemudian masukkan kedalam loyang yg telah disapu dgn minyak terlebih dahulu dan kukus dlm 15 min buka dan masukkan lebihan lauk tadi dan kukus lagi sehingga masak. Sejukkan dlu sebelum potong.
Sumber: Siti Aisyah Puteh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Semoga dengan perkongsian resepi dapat memberi sedikit idea untuk anda.
Jom semak juga resepi nona manis.
Selamat mencuba!