4 Resepi Sweet Sour

Masak sweet and sour adalah teknik memasak yang menggabungkan rasa manis dan masam dalam satu hidangan. Teknik ini popular dalam masakan Cina dan telah diadaptasi ke dalam pelbagai masakan tempatan. Bahan asas untuk mencapai rasa ini biasanya menggunakan sos tomato, cuka, gula, dan kadangkala nanas untuk memberikan keasaman semula jadi.

Hidangan sweet and sour lazimnya melibatkan daging atau sayuran yang digoreng atau ditumis, kemudian dicampur dengan sos yang telah disediakan. Kaedah memasak ini memberikan keseimbangan rasa yang menarik dan sesuai dengan citarasa tempatan yang menyukai gabungan rasa kontras dalam satu pinggan.

1. Resepi Dory Fish Sweet Sour

  • Ikan dory – dipotong kecil ikut size yg kita suka..
  • Bwg putih – 4-5 ulas diketuk or dicincang kasar
  • Bwg Holland (kuning ) – 1 biji dipotong 8
  • Halia – 2-3 inci diketuk/dihiris
  • Capsicum merah & hijau – dipotong dadu besar
  • Tomato segar
  • Sos cili – 4-5 sudu besar
  • Sos tomato – 2-3 sudu besar
  • Sos tiram – 1 sudu besar
  • Minyak bijan
  • Gula
  • Garam
  • Stok ayam or kiub ayam
  • Tepung jagung
  • Tepung gandum
  • Lada sulah
  • Telur

Cara nak buat Dory Fish Sweet Sour

  1. Bancuh tepung gandum dengan tepung jagung, telur,lada sulah & garam.
  2. Celup ikan ke dalam bancuhan dan goreng. Dah siap goreng asingkan.

Sos

  1. Tumis bawang putih, halia dengan gula untuk caramelize kan sos kita nanti bau aroma gula dan bawang akan bangkit.
  2. Dan letak sos cili, sos tomato dengan sos tiram & minyak bijan.
  3. Letak air sikit kalau pekat sangat perasakan dengan garam, lada sulah, kiub ayam.
  4. Letak bawang holland, tomato, capsicum kacau dan last sekali letak ikan yang telah digoreng tadi.

Sumber: Rahiza Abd Rahim Rahiza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Siakap Sweet Sour

Bahan-bahan

  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Cili kisar
  • Ikan siakap
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Gula
  • Tomato (potong dadu)
  • Nenas (potong dadu)
  • Cili padi
  • Bawang besar (potong bulat)

Cara nak buat Siakap Sweet Sour

  1. Lumurkan ikan dengan tepung bistari dan goreng deep fry.
  2. Cincang kasar bahan bertanda *
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan cincang.
  4. Dah naik bau, masukkan cili kisar. Kacau sampai pecah minyak.
  5. Masukkan sos cili, sos tiram dan sos ikan.
  6. Masukkan pulak tomato, nenas. Kacau rata.
  7. Last sekali masukkan gula, cili padi dan bawang besar. Kacau dah siap.
  8. Tuang kuah atas ikan yang dah digoreng tadi.

Sumber: Salasiah Man dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Sweet Sour Chicken Fillet

Bahan-bahan

  • Chicken fillet potong kecil (perap dengan garam, aji, sikit sos tiram, lada putih perap at least 1 jam. Selepas perap gaul dengan tepung jagung dan tepung beras sikit bagi crispy dan goreng)
  • Tomato+bawang merah besar+timun+cili epal semua potong size kecil
  • Sweet sour sos
  • Tomato sos
  • Cili sos
  • Gula
  • Cuka putih
  • Air

Cara nak buat Sweet Sour Chicken Fillet

  1. Masukkan sos tomato cili dan gula serta air sekali utk masak kuah.
  2. Buat then masak sampai boil try rasa cukup manis masam. Kalau dah cukup pekatkan kuah dengan campuran air dengan tepung jagung then masukkan ayam dan gaul sekali siap dah.

Ayam

  1. Ayam sama macam sweetsour ayam perap dan goreng.

Sos

  1. Madu beli dari kedai eco pun boleh.

Air

  1. Masukkan air dalam kuali then baru masukkan madu dan boil then pekatkan kuah dengan campuran air dengan tepung jagung then masukkan ayam dan gaul siap dah.

Sumber: Janet Koh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Sweet Sour Telur

Bahan-bahan

  • Bawang putih cincang halus
  • Tomato cincang halus

Bahan sos

  • Cili kering sediki
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Garam
  • Gula

Cara nak buat Sweet Sour Telur

  1. Tumis bawang putih bila garing masuk tomato.
  2. Bila tomato garing masuk cili kering yang dikisar.
  3. Selepas mendidih masuk sos cili dan sos tiram dan masuk gula dan garam kalau nak sedap masuk bawang besar hiris dan daun sup.

Sumber: Safarini Md Tajudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Menu Sweet Sour Yang Ada?

Selepas ini tak perlu lagi nak pergi kedai, buat sendiri lagi puas hati kan? Sebenarnya bukan hanya ikan, ayam dan telur sahaja yang sesuai dimasak sweet sour. Contohnya seperti bahan masakan dibawah ini:

1. Daging Sweet and Sour

Daging lembu atau kambing dipotong nipis dan dimasak dengan sos sweet and sour yang pekat. Biasanya ditambah dengan sayuran seperti timun dan tomato untuk memberikan kesegaran pada hidangan.

2. Udang Sweet and Sour

Udang saiz sederhana yang digoreng tepung dan dicampur dengan sos sweet and sour bersama sayuran crunchy. Menu ini sangat digemari kerana tekstur udang yang kenyal berpadu dengan rasa sos yang seimbang.

3. Sotong Sweet and Sour

Sotong dipotong gelang dan dimasak dengan sos sweet and sour yang ditambah dengan bawang besar dan cili. Hidangan laut ini memberikan variasi menarik dengan rasa yang segar dan tidak muak.

Leave a Comment