2 Resepi Sup Ekor

Resepi sup ekor ini menggunakan ekor lembu sebagai bahan utama. Sup ekor boleh disediakan dengan rasa berempah atau rasa biasa mengikut citarasa. Ekor lembu dipotong kecil dan dimasak hingga empuk, menghasilkan daging yang lembut dan berlemak, memberikan tekstur yang lazat pada sup.

Kuah sup ini menggunakan rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, dan buah pelaga untuk aroma dan rasa yang kaya. Rebus ekor lembu hingga empuk. Tumiskan rempah ratus bersama bawang merah, bawang putih, dan halia hingga naik bau. Masukkan ekor lembu yang telah direbus ke dalam sup bersama bahan tumisan. Akhir sekali, masukkan tomato dan daun bawang sebagai hiasan.

1. Resepi Sup Ekor Ala Siam

Bahan-bahan Sup Ekor Ala Siam

  • 500g ekor lembu
  • 1 biji bwg merah (hiris)
  • 2 ulas bwg putih (ketuk)
  • 2 hiris halia
  • 1 hiris lengkuas
  • 1 btg serai (titik)
  • 1 kayu manis
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 bunga lawang
  • 2 bunga cengkih
  • 1 atau 2 sudu serbuk rempah sup
  • 1 sudu sos ikan
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam kasar
  • Garam/serbuk cukup rasa
  • 1 stgh cwn air
  • 1/2 biji limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Daun sup/bwg
  • Tomato

Cara nak buat Sup Ekor Ala Siam

  1. Rebus ekor lembu hingga mendidih.
  2. Buang air rebusan pertama untuk menghilangkan bau hanyir. Rebus semula ekor lembu dengan air baru sehingga empuk.
  3. Tumiskan bawang merah, bawang putih, dan halia hingga hampir garing. Masukkan serai, lengkuas, dan rempah sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, dan buah pelaga). Tambahkan serbuk rempah sup dan kacau sebentar.
    Masukkan sedikit air untuk melarutkan rempah.
  4. Apabila rempah telah mesra, masukkan sos ikan. Tambahkan ekor lembu, air rebusan, dan baki air tadi ke dalam periuk.
  5. Masukkan saderi, daun ketumbar, dan perahan limau nipis. Perasakan dengan garam atau bahan perasa pilihan. Biarkan sup mendidih, kemudian masukkan tomato.
  6. Akhir sekali, taburkan daun sup dan daun bawang sebagai hiasan.

Sumber: Ida Zairi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Sup Ekor Mudah

Bahan-bahan Sup Ekor Mudah

  • Ekor lembu
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Halia
  • Cili api
  • Kulit kayu manis
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • Sedikit minyak
  • Air
  • Sup bunjut tulang
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Garam
  • Ajinomoto

Cara nak buat Sup Ekor Mudah

  1. Letak sedikit minyak. Panaskan.
  2. Tumis bawang putih, bawang besar, halia, cili api belah 2, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang.
  3. Masukkan ekor lembu yang telah dicuci.
  4. Masukkan air hampir penuh periuk. Biarkan mendidih.
  5. Letakkan sup bunjut tulang, bawang besar belah 2, cili api, daun sup, bawang goreng.
  6. Jangan lupa letak sedikit garam dan ajinomoto sebagai perisa.
  7. Biarkan sup mendidih sehingga ekor lembu empuk. Siap.

Sumber: Saidah Asilah Sira Juddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Sup Ekor, Apa Lagi Resepi Sup yang Sedap

Selain sup ekor, terdapat banyak lagi resepi sup yang sedap dan mudah untuk disediakan. Sup merupakan hidangan yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan sering dihidangkan bersama nasi panas. Berikut adalah beberapa resepi sup yang boleh anda cuba:

1. Sup Ayam

Menggunakan ayam sebagai bahan utama. Ditambah dengan kentang, lobak merah, dan daun sup untuk aroma yang wangi. Daun sup yang ditambah di akhir proses masakan memberikan aroma yang wangi Sesuai dimakan bersama nasi panas dan dicicah dengan roti.

2. Sup Daging

Penuh dengan rasa rempah ratus seperti kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga. Sesuai untuk penggemar sup berempah dengan rasa pekat.

3. Sup Tulang

Menggunakan tulang lembu atau kambing dengan sedikit baki daging pada tulang. Biasanya dimasak dengan rempah sup dan bawang goreng.

4. Sup Ikan

Menggunakan ikan seperti siakap atau merah. Rasa segar ikan ini sangat sesuai dimakan bersama sup. Sesuai dihidangkan dengan nasi putih.

Leave a Comment