4 Resepi Sup Cendawan

Sup cendawan merupakan hidangan berkuah yang menggunakan pelbagai jenis cendawan sebagai bahan utama. Hidangan ini biasanya dimasak dengan kaldu ayam atau sayuran, ditambah dengan bahan-bahan pelengkap seperti bawang, halia, dan rempah ratus untuk memberikan rasa yang sedap dan harum. Cendawan yang kerap digunakan termasuk cendawan butang, cendawan tiram, cendawan shiitake, dan cendawan enoki.

Sup cendawan mempunyai rasa yang kaya dan bernutrisi tinggi kerana cendawan mengandungi protein, vitamin, dan mineral yang baik untuk kesihatan. Hidangan ini popular di seluruh dunia dan boleh dihidangkan sebagai pembuka selera atau hidangan utama, bergantung kepada cara penyediaannya dan bahan tambahan yang digunakan.

Sup Cendawan Tiram Ala Thai

Sup ini menampilkan rasa masam, pedas, dan segar. Bahan-bahan utama termasuk cendawan tiram, dada ayam, bawang Holland, cili padi, tomato, sos tiram, jus limau nipis, dan perencah sup. Proses memasaknya melibatkan merebus ayam bersama bahan-bahan lain sehingga masak, kemudian menambahkan cendawan dan tomato sebelum dihidangkan dengan taburan daun bawang.

Sup Cendawan Berkrim Ala Barat

Sup ini mempunyai tekstur yang pekat dan rasa yang berlemak. Bahan-bahan yang digunakan termasuk cendawan butang segar, bawang Holland, bawang putih, mentega, tepung gandum, susu, air atau stok ayam, dan perasa seperti lada hitam dan kiub pati ayam. Sebahagian cendawan dikisar untuk memekatkan sup, manakala selebihnya dipotong kasar untuk memberikan tekstur. Sup ini sesuai dihidangkan bersama roti bawang putih.

1. Resepi Sup Cendawan Berkrim

Bahan-bahan

  • Hirisan cendawan shitake
  • Sebiji bawang besar
  • 1 tin susu krimer sejat
  • 6 sb tepung gandum
  • 2 sb serbuk perasa
  • 2 sb serbuk lada hitam
  • 1 sb lada hitam ditumbuk kasar
  • Setengah buku pure butter
  • Garam & Mixed herbs

Cara nak buat Sup Cendawan Berkrim

  1. Sauté cendawan dan bawang besar dengan butter sehingga masak keperangan.
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sedikit garing.
  3. Tuangkan susu dan 2 tin air.
  4. Perasakan dengan serbuk perasa, serbuk-serbuk lada hitam dan garam.
  5. Tunggu kuah memekat dan taburkan mixed herbs secukupnya. Dan boleh dihidangkan.

Sumber: Shaa Zainol dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Sup Sayur Cendawan

Bahan-bahan

Bahan A

  • 4-5 ulas bawang putih tumbok pecah
  • 2 biji cili api hijau tumbuk pecah
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 sudu besar minyak jagung


Bahan B

  • 100gm isi ayam potong halus (rendam dengan tepung gandum selama 1/2 jam bagi hilang lendir ayam ) + rendaman ke 2 rendam dengan air garam 10 minit dan cuci bersih nak buang kesan ubat antibiotics dicucuk pada ayam )
  • 1.5L air tapis

Bahan C

  • Sawi
  • Cendawan tiram
  • Gula Kelapa perang ORGANIC
  • Garam Bukit Himalaya (pink)

Cara nak buat Sup Sayur Cendawan

  1. Panaskan periuk + add minyak masak.
  2. Tumis bahan A sehingga kekuningan.
  3. Masukkan isi ayam. Gaul sehingga separuh masak. Masukkan air bagi mendidih.
  4. Then masukkan cendawan tiram masak sehingga cendawan lembut dan masukkan sawi terus tutup api sawi akan masak layu sendiri dengan haba masakan tadi bila dah suam sikit masukkan gula perang & garam bukit.

Sumber: Khairuzetti Zaini Collections dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Sup Cendawan Sedap

Bahan-bahan

  • 1bungkus cendawan basuh bersih siat toskan
  • 4biji bawang putih ketuk pecah2kan
  • 1biji bawang merah potong kuib
  • 1keping dada ayam potong
  • Serbuk lada hitam
  • 1kiub pati ayam

Cara nak buat Sup Cendawan Sedap

  1. Panas kuali tumis bawang putih hingga naik bau dan keperangan masuk isi ayam kacau rata dan 2 cawan air.
  2. Bila mendidih masuk serbuk lada hitam kiub ayam garam gula secukup rasa masuk bawang merah dan cendawan.
  3. Bila dah masak tutup api jangan lama sangat nanti layu tak sedap. Hidangkan tabur daun ketumbar dan bawang goreng.

Sumber: Azizah Daud dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Sup Cendawan Shitake dan Crabstics

Bahan-bahan

  • 1 pkt crabsticks (
  • Beberape keping cendawan shitake (hiris dan rendam lembut)
  • Beberape batang jagung muda
  • Carrot ( potong dadu )
  • Beberape keping isi ayam (potong dadu dan direbus ambil airnya buat stock)
  • 4 ulas b.putih cincang
  • 1/2 inci halia hiris
  • 1 biji telur (dikocok)
  • 2 -3 sdmkn sos tiram mahsuri
  • Secukup serbuk lada sulah
  • Lada hitam hancur
  • Sedikit minyak bijan
  • Garam secukup rasa
  • Bancuhan air tpg jagung

Cara nak buat Sup Cendawan Shitake dan Crabsticks

  1. Panaskan minyak tumis halia dan bawang putih cincang hingga naik bau, masukkan stock air rebusan ayam serta isi ayam, jagung muda, carrot, shitake, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada sulah, lada hitam hancur dan biar mendidih.
  2. Perasakan dengan garam jika kurang masukkan crabsticks kacau lagi hingga mendidih baru masukkan bancuhan air tepung jagung. Kemudian baru masukkan telur kacau dengan segera biar seketika dan tutup api .
  3. Siap dihidangkan ketika panas.

Sumber: Laila Aznam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Menu Sup Ringkas Penuh Nutrisi?

1. Sup Ayam

Sup ayam adalah hidangan berkuah tradisional yang menggunakan daging ayam sebagai bahan utama, dimasak bersama sayur-sayuran seperti lobak merah, kentang, dan bawang besar. Hidangan ini mempunyai rasa yang menyegarkan dan berkhasiat, sering dijadikan makanan untuk orang yang sedang tidak sihat atau sebagai hidangan pelengkap.

2. Tom Yam

Tom yam merupakan sup masam pedas yang berasal dari Thailand dan telah menjadi popular di Malaysia. Sup ini menggunakan kaldu yang dimasak dengan serai, daun limau purut, cili padi, dan pes tom yam, memberikan rasa masam, pedas, dan harum yang khas.

3. Sup Tulang

Sup tulang adalah hidangan berkuah yang menggunakan tulang lembu atau kambing yang direbus lama hingga kaldu menjadi pekat dan berlemak. Hidangan ini popular di mamak dan restoran India Muslim, sering dinikmati bersama roti canai atau nasi putih.

4. Sup Ikan

Sup ikan merupakan hidangan berkuah segar yang menggunakan ikan segar sebagai bahan utama, biasanya dimasak dengan tomato, bawang besar, dan sayuran lain. Hidangan ini mempunyai rasa yang ringan dan menyegarkan, popular sebagai hidangan sihat dan bergizi.

Leave a Comment