2 Resepi Siput Belitung

Siput Belitung atau siput sedut ialah sejenis moluska laut yang biasanya hidup di kawasan berpasir atau berlumpur. Ia mempunyai cangkerang berbentuk bujur dan licin dengan warna coklat atau kelabu. Siput ini sering digunakan dalam masakan, terutamanya dalam gulai, kerana teksturnya yang kenyal. Di beberapa tempat, ia juga dianggap sebagai makanan eksotik.

Siput Belitung boleh dimasak dengan pelbagai cara, tetapi resipi yang paling kerap dimasak ialah masak lemak cili padi. Cara memasaknya juga mudah siput dimasak bersama cili padi, kunyit, serai, dan santan. Hidangan ini sesuai dinikmati dengan nasi panas dan sambal belacan untuk menambah selera.

1. Resepi Siput Sedut Masak Cili Api

Bahan-bahan Siput Sedut Masak Cili Api

  • 1kg siput sedut dicuci menggunakn garam (dipotong hujungnya)
  • 1 kotak santan
  • 3 batang serai di titik
  • 3 keping asam keping
  • Daun kunyit

Bahan tumbuk

  • Segenggam cili padi- boleh tambah 2 inci kunyit hidup @ 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam & serbuk perasa

Cara nak buat Siput Sedut Masak Cili Api

  1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau, kemudian masukkan sedikit air, santan, asam keping, serai yang dititik, dan siput sedut ke dalam periuk.
  2. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air mengikut selera.
  3. Sentiasa kacau untuk mengelakkan santan berketul. Kacau hingga kuah menggelegak.
  4. Setelah menggelegak, masukkan daun kunyit, garam, dan serbuk perasa.

Sumber: Port Resepi

2. Resepi Siput Masak Lemak Cili Api Mudah

Bahan-bahan Siput Masak Lemak Cili Api Mudah

  • 1 kg siput sedut – rendam sekejap dengan air garam, buang ekor dan cuci bersih kemudian toskan
  • 10 – 15 biji cili padi – kisar halus
  • 2 inci kunyit hidup – kisar halus
  • garam dan gula secukupnya
  • 2 inci halia – kisar halus
  • 2 batang serai – dititik
  • 1 kotak santan
  • 3 ulas bawang putih – kisar halus
  • 5 ulas bawang merah – kisar halus
  • 2 ikat pucuk ubi

Cara nak buat Siput Masak Lemak Cili Api Mudah

  1. Ambil bahagian pucuk ubi yang lembut, kemudian rebus hingga empuk dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan santan, siput, dan serai.
  3. Masak dengan api sederhana sambil terus dikacau perlahan. Kemudian, masukkan pucuk ubi dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.
  4. Akhir sekali, masak hingga kuah mendidih dan pekat. Setelah cukup rasa, matikan api dan hidangan sedia untuk dinikmati.

Sumber: Koleksi Resepi Sedap Unuk Keluarga Tersayang

Selain Siput Belitung, Apa Lagi Resepi Masakan Seafood yang Mudah

Selain siput belitung, banyak lagi resepi masakan seafood yang mudah dan sedap untuk dicuba. Berikut adalah beberapa resepi untuk pecinta makanan seafood.

1. Udang Masak Butter

Udang digoreng sekejap, kemudian dimasak bersama mentega, susu cair, cili padi, dan sedikit bawang putih untuk rasa yang lebih sedap. Sesuai dimakan bersama nasi putih atau roti. Rasa lemak, pedas, dan wangi dari daun kari memang menaikkan selera.

2. Sotong Masak Hitam

Hidangan ini unik kerana menggunakan dakwat sotong sebagai bahan utama. Sotong dimasak bersama bawang, cili, serai, dan rempah untuk rasa yang lebih beraroma. Kuah hitam pekatnya memberi rasa manis semula jadi dari sotong, ditambah sedikit kepedasan untuk keseimbangan rasa.

3. Ketam Masak Telur Masin

Ketam yang digoreng rangup terlebih dahulu, kemudian disalut bersama sos telur masin yang pekat, dicampur dengan mentega, cili padi, dan daun kari. Hidangan ini mempunyai tekstur ketam yang rangup di luar dan sos berkrim.

4. Belangkas Masak Lemak Cili Api

Belangkas dibersihkan dan diambil telurnya, kemudian dimasak bersama cili padi, bawang, kunyit, serai, dan asam keping. Santan dimasukkan dan dibiarkan mereneh hingga kuah pekat. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula secukupnya

Leave a Comment