Sawi Jepun, juga dikenali sebagai Pak Choy atau Siew Pak Choy, ialah sejenis sayuran berdaun hijau yang popular dalam masakan Asia, termasuk di Malaysia. Ia mempunyai batang berwarna putih yang tebal dan daun hijau gelap yang lebar. Teksturnya yang rangup serta rasa yang lembut menjadikannya pilihan utama dalam pelbagai hidangan seperti tumisan, sup, dan masakan berkuah.
Hidangan sayur merupakan pelengkap sesebuah hidangan. Tak lengkap rasanya kalau tak hidangan sayur. Kali ini kami kongsikan resepi sawi jepun yang sedap dan mudah untuk anda. Jom kita try!
Cara Masak Sawi Jepun
1. Resepi Sawi Jepun Sos Tiram
Bahan-bahan
- Sawi jepun celur@rebus dengan air dan letak minyak bijan skit
Bahan kuah
- Bwg putih -cincang halus
- Isi ayam@udang -potong dadu
- Sos tiram
- Kicap pekat sikit
- Tepung jagung
Cara nak buat Sawi Jepun Sos Tiram
- Masuk minyak, tumis bawang putih naik bau masuk isi ayam dah masak isi ayam masuk air rebusan sawi tadi masuk sos tiram kicap pekat, gula dan garam.
- Dah mendidih baru masukkan air tepung jagung nak bagi pekat.
- Dan tuang sos dalam pinggan sawi.
Sumber: Azwa Azwana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Mee Sup Suah
Bahan-bahan
- 5 ulas bawang putih
- 4 sudu besar udang kering
- 3 biji cilipadi
- Tumbuk bersama sampai hancur
- 2 biji telur
- Daun sup
- Sawi jepun
Cara nak buat Mee Sup Suah
- Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sampai naik bau, masukkan air untuk kuah , biar menggelegak.
- Masukkan sedikit stok ayam, garam secukup rasa, sayur sawi, masukkan telur, dah mendidih, masukkan mee suah dalam 1/2 minit. Tutup api dan kacau bagi mee kembang sendiri dalam kuah. Tabur daun sup. Sedia untuk dimakan.
Sumber: Cik Lyne dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Sup Sayur Meletup
Bahan-bahan
- Sawi Jepun 4 pokok
- Tauhu Telur 4 biji
- Fish Ball 1 peket kecil
- Bwg Putih 3 ulas
- Bwg Merah 3 biji
- Kiub pati ayam sebiji
- Sos tiram 3 sudu besar
- Sos sotong 2 Sudu besar (optional)
- Telur sebiji
- Tepung jagung 2 Sudu besar
- Garam dan serbuk perasa
- Tauhu telur dipotong 4 setiap satu
Cara nak buat Sup Sayur Meletup
- Goreng tauhu dengan minyak yang banyak dan betul panas.
- Dah garing alihkan. Dan angkat dan toskan minyak.
- Potong atau cincang bawang, bawang merah dipotong slice.
- Tumis dengan sedikit minyak.
- Dah kekuningan bawang tu masukkan air. Masukkan sebiji kiub pati ayam.
- Bila dah didih masukkan sos tiram dalam 3 sudu besar.
- Pecahkan telur sebiji dan terus kacau bagi hancur. Masukkan garam dan serbuk perasa.
- Masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuah. ( 2 sudu besar dibancuh dengansedikit air)
- Last masukkan fish ball, sawi jepun dan tauhu yang digoreng tadi.
Sumber: Nazri Mat Zain dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Sawi Jepun Celur
Bahan-bahan
- Sawi jepun
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit isi ayam
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu kicap
- Sedikit tepung jagung
- Minyak untuk menumis
- Secubit garam
- Sedikit penambah rasa
Cara nak buat Sawi Jepun Celur
- Didih air dalam periuk. Kemudian masukkan sawi dan titiskan berapa titik minyak. Masuk sedikit garam. Agak layu angkat dan susun dalm pinggan.
- Dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai kekuningan dan naik bau. Kemudian, masukkan sos tiram dan sedikit air rebusan celur sawi tadi.
- Masukkan kicap, ayam dan penambah rasa. Kalau kurang masin tambahlah garam sikit.
- Masak hingga mendidih, bancuh sedikit tepung jagung dan masukkan dalam masakan.
- Tutup api. Tuang kuah atas sayur sawi yang dah disusun tadi
- Hiaslah dengan bawang goreng,tomato atau cili.
Sumber: Farhain Azmi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Menu Sayur Ringkas Namun Enak
1. Sawi Putih
Sawi putih atau Brassica rapa var. chinensis adalah sayuran daun yang mempunyai batang putih tebal dan daun hijau gelap. Ia mempunyai rasa yang sedikit pedas dan sering digunakan dalam tumisan, sup, dan mi goreng. Sawi putih mudah dikenali dengan batangnya yang putih bersih dan daunnya yang licin.
2. Choy Sum
Choy sum atau cai xin merupakan sayuran popular dalam masakan Cina yang mempunyai batang nipis berwarna hijau muda dan daun kecil. Sayuran ini mempunyai rasa yang manis dan segar, sering ditumis dengan bawang putih atau dihidang sebagai sayuran rebus dengan sos tiram.
3. Kai Lan (Chinese Broccoli)
Kai lan atau Chinese broccoli adalah sayuran yang mempunyai batang tebal berwarna hijau gelap dengan daun yang lebar dan bunga kecil berwarna putih. Sayuran ini mempunyai rasa yang sedikit pahit tetapi sedap, dan sering ditumis dengan udang kering atau daging lembu dalam masakan Cina.
4. Baby Kailan
Baby kailan adalah versi muda kai lan yang mempunyai batang yang lebih lembut dan daun yang lebih kecil. Ia mempunyai rasa yang lebih lembut berbanding kai lan dewasa dan sering digunakan dalam hidangan yang memerlukan masa memasak yang singkat seperti tumisan cepat atau sebagai garnish.
5. Mustard Greens (Sawi Hijau)
Mustard greens atau sawi hijau mempunyai daun yang berkerut dan berwarna hijau gelap dengan rasa yang agak pedas dan sedikit pahit. Sayuran ini kaya dengan nutrisi dan antioksidan, sering digunakan dalam sup, kari sayuran, dan juga boleh dijadikan acar atau dimakan mentah sebagai salad.