4 Resepi Sardin Roll (Sesuai Sarapan Pagi)

Sardin roll ialah snek popular di Malaysia yang terdiri daripada inti sardin berperisa pedas manis yang dibalut dengan roti atau pastri, kemudian digoreng hingga rangup. Ia sesuai dinikmati sebagai hidangan sarapan, minum petang, atau bekal sekolah.

1. Resepi Sardin Roll Rangup

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 8 sb minyak masak
  • 1/2 sk garam
  • 2 sk gula
  • 3/4 cawan air sejuk

Cara nak buat Sardin Roll Rangup

  1. Dalam mangkuk/bekas masukan 2 cawan tepung gandum.
  2. Panaskan minyak masak sampai keluar biji halus/betul pansa. Dan kemudian terus curah minyak panas dalam tepung.
  3. Gaul rata dengan senduk sampai sebati.
  4. Kacau sebati air sejuk, garam dan gula dan curah kedalam tepung.
  5. Gaul dan uli sebati.
  6. Boleh terus leyek/gelek bentuk karipap.
  7. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
  8. Guna api serdahana dan selalu balik untuk karipap masak sekata.

Sumber: Missz Amira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Sardin Roll Frozen

Bahan-bahan

Bahan pastry

  • 4 cawan tepung
  • 1sdm tpg beras
  • 2sdm tpg jagung
  • 2 sdk gula
  • 1sdk garam
  • *campur semua
  • 1/4 cawan myk
  • 2 sdm penuh majerin
  • Air (tambah sehingga terbentuk doh)

Bahan inti

  • 1 tin besar sardin
  • 1/2 labu bwg besar-dadu
  • 2 biji bwg putih-cincang
  • Cili padi/besar-optional
  • 2sdm cili giling-optional
  • Gula garam
  • Perahan limau nipis

Cara nak buat Sardin Roll Frozen

Pastry

  1. Tuang minyak panas ke dalam tepung. Gaul sampai jadi serbuk.
  2. Tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh. Uli dalam 5 minit bulatkan doh.
  3. Permukaan doh mungkin tak licin tak mengapa. Rehatkan doh 15 minit sblm guna.
  4. Tutup doh dengan kain lembap. Kemudian bila nak guna doh akan jadi lembut.
  5. Buat doh kecik bulat saiz yang diigini.
  6. Buat bentu bulat bujur seperti buah “pear”
  7. Canaikan seperti bentuk dalam gambar.
  8. Bahagian hujung yang tirus tu nipiskan sedikit.
  9. Boleh tambah 1sdm shortening untuk efek ranggup. Tambah dalam aduanan atau masa menggoreng.

Inti

  1. Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi/besar dengan 1 sdm minyak sampai layu.
  2. Tambah cili giling. Tumis sampai cili giling separa garing.
  3. Masukkan sardin.
  4. Tambah garam gula dan akhir sekali perah limau.
  5. Masak sampai kering.

Sumber: Ellyna Abdul Aziz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Sardin Roll Sedap

Bahan-bahan

Bahan kulit

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 senduk minyak masak *
  • 2 sudu besar marjerin *

Bahan inti

  • 1 tin sardin ambik isi saja dan hancurkan
  • 1 1/2 biji bawang besar hiris
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • 2 @3 sudu besar cili kisar
  • Garam,serbuk perasa dan sdikit gula
  • 1 biji limau kasturi

Cara nak buat Sardin Roll Sedap

Kulit sardin roll

  1. Cairkan bersama bahan bertanda *
  2. Air dibancuh dengan garam secukupnya.
  3. Campurkan minyak dan marjerin yang dipanaskan dalam tepung dan gaul guna sudu agak suam baru gaul guna tangan hingga jadi berderai macam serbuk roti.
  4. Masukkan air sikit uli hingga doh tak mlekat dan tak terlalu keras dan terlalu lembut.
  5. Bulatkan adunan canai nipis dan lorekkan dengan pisau bahagian atasnya.
  6. Gulung dengan kemas dan sapukan dengan air dipenghujung supaya tak terbuka nanti
  7. Goreng hingga warna keemasan.

Inti

  1. Panaskan kuali dan minyak tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan bawang layu.
  2. Masuk cili kisar masak hingga garing dan masukkan isi sardin.
  3. Kacau selama 7,8 minit masukkan garam, serbuk perasa dan gula kacau lagi seketika.
  4. Hampir kering tutup api dan perahkan limau kasturi gaul rata.

Sumber: Reen Sofee dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4.Resepi Sardin Roll Mudah

Bahan-bahan

Bahan kering (Satukan)

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1ab tepung beras
  • 2sb tepung jagung
  • 2sk gula
  • 1sk garam

Bahan basah

  • 1/4 cawan minyak
  • 2 sb majerin/butter
  • (Panaskan majerin&minyak)
  • Air

Cara nak buat Sardin Roll Mudah

  1. Masukkan bahan kering bersama dengan minyak&majerin yang telah dipanaskan. Gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan air dan uli sehingga menjadi doh. Rehatkan doh selama 15minit.
  3. Ulikan doh selama 2-3minit sebelum masukkan inti.
  4. Bentukkan doh berdasarkan kreativiti masing-masing.

Sumber: Norfatin Syafiqa Azma dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Jom semak juga resepi murtabak popia ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment