2 Resepi Sambal Udang Petai

Sambal udang petai adalah hidangan yang menggabungkan udang yang dimasak dalam sambal bersama petai. Hidangan ini sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak.

Cara penyediaan sambal ini cukup mudah. Cili kering dikisar bersama bawang merah dan bawang putih, kemudian ditumis sehingga garing dan naik bau.

Setelah itu, masukkan sedikit air asam jawa, garam, gula, dan serbuk perasa. Akhir sekali, masukkan petai untuk mengekalkan kerangupannya. Sambal ini mempunyai rasa pedas dan manis yang seimbang, menjadikannya hidangan yang cukup sempurna untuk dinikmati.

1. Resepi Sambal Udang Petai Bersantan

Bahan-bahan Sambal Udang Petai Bersantan

  • 500g udang (siang, buang usus, potong separuh kepala sahaja)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Minyak secukupnya (untuk menggoreng udang dan menumis)

Bahan kisar/tumbuk

  • 7 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah kecil

Bahan sambal

  • 1 ½ senduk cili kisar
  • 2-3 kali tambah air (untuk mereneh sambal)
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 1 biji bawang Holland (dihiris)
  • ½ cawan petai (jika ada)
  • 1 sudu besar gula Melaka (dihiris)
  • ½ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
  • ½ sudu kecil serbuk perasa (jika suka)
  • 5 sudu besar santan (disarankan guna santan Kara)

Cara nak buat Sambal Udang Petai Bersantan

  1. Bila menyiang udang, buang usus dengan menggunakan lidi dan potong separuh kepala sahaja.
  2. Lumurkan udang dengan kunyit dan garam, goreng separuh masak. Letak tepi.
  3. Pakai minyak gorengan udang semula.
  4. Bahan biasa saja. Bawang putih 7 biji
    bawang merah kecil 10 biji ditumbuk.
  5. Tumis bebawang dalam kuali sampai naik bau.
  6. Masukkan cili kisar 1 senduk setengah, agak-agak. Tumis sampai pecah minyak. Ulang tambah air 2 atau 3 kali dan reneh sambal.
  7. Masukkan air asam jawa, rasa masam tapi bukan masam sangat. Hiris bawang holland dan masuk dalam sambal.
  8. Masukkan udang yang telah digoreng.
  9. Masukkan hirisan gula melaka. Sambal udang perlu manis sedikit, baru sedap. Masukkan garam dan perasa.
  10. Masukkan 5 sudu besar santan. Kami selalu pakai santan kara.

Sumber: Syalfarina Razali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Sambal Tumis Udang Petai

Bahan-bahan Sambal Tumis Udang Petai

  • Udang
  • Petai
  • Cili kering*
  • Bwg bsr*
  • Bwg putih*
  • Belacan*
  • Asam keping
  • Sos cili
  • Kicap(1sudu kecil)
  • Sos tiram
  • Garam, gula, serbuk perasa

Cara nak buat Sambal Tumis Udang Petai

  1. Kisar halus bahan-bahan yang bertanda * (bawang putih, bawang merah kecil).
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan asam keping, sos cili, kicap, dan sos tiram. Biarkan ia mendidih dan pecah minyak.
  4. Setelah itu, masukkan udang dan petai. Kacau sebati dan biarkan selama 2-3 minit.
  5. Tambahkan bahan perasa seperti garam, gula, dan serbuk perasa. Biarkan lagi selama 2-3 minit hingga semua bahan meresap.
  6. Setelah itu, angkat sambal udang petai dan hidangkan.

Sumber: Cik Ena Rahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Sambal Petai Udang, Apa Lagi Resepi Udang yang Sedap

Udang memang sedap dimasak dengan pelbagai cara. Berikut beberapa resepi udang yang boleh dicuba selain Sambal Petai Udang.

1. Udang Masak Butter

Udang digoreng sekejap, kemudian dimasak bersama sos butter, susu cair, daun kari, dan sedikit cili padi untuk rasa pedas berkrim. Mempunyai rasa berlemak masin cukup sempurna.

2. Udang Masak Kam Heong

Bagi pencinta makanan cina, resepi udang masak kam heong boleh dicuba. Udang ditumis dengan bawang putih, daun kari, cili kering, dan sos tiram. Jika ingin pedas boleh titik beberapa batang cili padi ke dalam masakan ini.

3. Udang Celup Tepung

Udang disalut dengan adunan tepung rangup sebelum digoreng hingga keemasan. Sedap dimakan dengan sos cili Thai. Mempunyai rasa rangup dan manis dari isi udang tersebut.

4. Udang Masak Tempoyak

Tempoyak bukan sesuai dimasak bersama ikan sahaja, malah sesuai juga dimasak bersama udang. Gabungan udang segar dengan kuah tempoyak yang masam pedas pasti menggoda selera, lebih enak dimakan bersama nasi panas.

Leave a Comment