Sambal tumis ikan bilis merupakan sejenis sambal belacan yang dimasak dengan menumis ikan bilis kering bersama cili, bawang, belacan dan rempah ratus lain. Hidangan ini popular dalam masakan Melayu dan sering dijadikan sebagai lauk pelengkap untuk nasi putih, nasi lemak atau hidangan berkuah. Ikan bilis yang digunakan biasanya digoreng terlebih dahulu sehingga rangup sebelum ditumis bersama bahan-bahan sambal.
Rasa sambal tumis ikan bilis adalah gabungan pedas, masin dan sedikit manis dengan aroma ikan bilis yang wangi. Cara penyediaannya melibatkan proses menumbuk cili, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus, kemudian menumisnya dengan minyak panas sehingga naik bau. Ikan bilis goreng kemudiannya dicampurkan dan ditumis seketika supaya sebati dengan sambal.
Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis
1. Resepi Sambal Ikan Bilis Goreng Kering
Bahan-bahan
- Ikan bilis
- Bwg besar -tumbuk
- Bwg putih – tumbuk
- Cili kisar
- Asam keping @ asam jawa (bancuh sikit)
- Cili sos
- Garam Gula
Cara nak buat Sambal Ikan Bilis Goreng Kering
- Goreng ikan bilis hingga rangup angkat ketepikan.
- Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
- Masukkan cili kisar tumis sampai pecah minyak (guna api kecil saja).
- Masuk sos cili sedikit& air asam jawa.
- Masukkan gula (biar sekejap bagi warna cantik).
- Masukkan garam.
- Masukkan ikan bilis yang goreng gaulkan kejap tutup api siap.
Sumber: Eeja Din dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Sambal Bilis Belimbing Buluh
Bahan-bahan
Cara nak buat Sambal Bilis Belimbing Buluh
- Tumbuk ikut suka nk kasar @ halus.
- Belimbing buluh hiris bulat, kalau suka masam boleh lebih kan.
- Tumis bahan tumbuk, campak belimbing & petai.
- Tumis sampai garing & pecah minyak, perasakan garam & gula, siap.
Sumber: Nanie Rosnani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Sambal Ikan Bilis Pekat
Bahan-bahan
- Cabai kering
- Ikan bilis
- Bawang besar 15 biji dan bawang putih 1 labu kecil
- Asam Jawa
- Gula 12/13 sudu besar
- Perasa tambahan
- Minyak masak
Cara nak buat Sambal Ikan Bilis Pekat
- Panaskan minyak,
- Tumiskan semua bawang besar/putih sehingga garing dan naik bau.
- Masukkan cabai kering yang dah blender tadi.
- Tumis sehingga kering tau.
- Masukkan air asam jawa, gula dan perasa.
- Kemudian tumis sambal sampai betul pecah minyak selagi sambal tu tak pecah minyak selagi tu kena kacau.
Sumber: Princess ady’Sya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Sambal Ikan Bilis Petai
Bahan-bahan
- Ikan bilis (lebih kurang 1 mangkuk)
- 5 atau 6 biji bawang merah kecil- ditumbuk
- 2 senduk besar cili kisar (cili kering yang dikisar)
- Segenggam ikan bilis – ditumbuk
- Sedikit air asam jawa
- Gula dan garam secukupnya
- Air
- Petai
- Bawang merah besar hiris
Cara nak buat Sambal Ikan Bilis Petai
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah yang ditumbuk sampai garing sedikit.
- Masukkan cili kisar atau cili boh. Tumis sampai naik minyak.
- Masukkan ikan bilis yang ditumbuk. Masak lagi untuk seketika.
- Masukkan asam jawa, gula dan sedikit garam. Jangan letak garam banyak sangat sebab ikan bilis tu dah masin.
- Masukkan petai dan ikan bilis. Kacau selalu untuk mengelakkan sambal hangit. Tunggu sampai ikan bilis masak.
- Boleh angkat dan hidangkan.
Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Sambal Yang Menggamit Selera?
1. Sambal Tumis Petai
Sambal tumis petai adalah hidangan yang menggabungkan petai dengan sambal belacan yang ditumis hingga harum. Petai memberikan rasa pahit yang unik dan aroma yang kuat, menjadikan hidangan ini sangat popular di kalangan peminat masakan tempatan.
2. Sambal Tumis Udang Kering
Hidangan ini menggunakan udang kering sebagai bahan utama yang ditumis bersama sambal belacan. Udang kering memberikan rasa masin dan tekstur kenyal yang menjadikan sambal ini sangat sedap dimakan dengan nasi panas.
3. Sambal Tumis Cencaluk
Sambal tumis cencaluk menggunakan cencaluk (udang geragau masin) sebagai bahan utama yang ditumis dengan cili dan rempah. Hidangan ini mempunyai rasa yang sangat kuat dan biasanya dimakan dalam kuantiti kecil sebagai penyedap rasa.
4. Sambal Tumis Sotong Kering
Sotong kering yang telah direndam dan dipotong ditumis bersama sambal belacan untuk menghasilkan hidangan yang berprotein tinggi. Sotong kering memberikan tekstur kenyal dan rasa laut yang segar kepada sambal ini.
5. Sambal Tumis Tempe
Tempe yang dipotong dadu ditumis bersama sambal belacan untuk menghasilkan hidangan vegetarian yang lazat. Tempe menyerap rasa sambal dengan baik dan memberikan tekstur yang lembut serta nilai pemakanan yang tinggi.
tq sangat membantu org bujang