4 Resepi Sambal Jawa Sedap

Lauk yang simple memang mengenyangkan. Dapat makan sambal jawa dengan nasi panas pun dah cukup kan. Bahan dalam resepi sambal jawa ini pun sebenarnya banyak mengandungi bahan yang berkhasiat. Rugi kan kalau siapa tak makan sambal jawa ini.

Jom kita try!

1. Resepi Sambal Jawa

Bahan-bahan

  • Suhun rendam air panas dulu sampai kembang dan toskan
  • Tempe hiris nipis dan goreng. Ketepikan

Bahan untuk tumisan

  • 1biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar cili boh/cili kisar
  • 1 biji lada besar di hiris(kalau nak pedas guna cili api)
  • Kacang panjang
  • Sedikit bahan perasa.

tumis kesemua bahan ni sekejap dan boleh di angkat

Cara nak buat Sambal Jawa

  1. Campurkan kesemua bahan di atas dan tambahkan sedikit kicap manis. Gaul hingga sebati. Pastikan cukup rasa manis dan ada sedikit rasa masin.
  2. Ada orang letak fucuk, tauhu kering, dan ubi kentang. Ubi kentang tu hiris dan goreng kosong je. Yang ni kalau nak letak lah, kalau taknak letak pun boleh.

Sumber: Zara Latif dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Sambal Goreng Jawa

Bahan-bahan

  • 2 paket tempe (hiris dan goreng garing)
  • 3-4 ketul tauhu (hiris dan goreng garing)
  • 3-4 biji kentang(hiris dan goreng garing)
  • Sedikit hati ayam
  • 2 paket suhun(rendam dlm air)
  • 1 keping fucuk
  • Sedikit kacang panjang hiris serong
  • 1 sdb gula
  • Sedikit perasa jika perlu
  • 1/2 sdt garam
  • Kicap manis secukupnya
  • 1/2 cawan air asam jawa (cair)
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar ikan bilis (tumbuk lumat)
  • 2 senduk minyak masak (untuk menumis)

Bahan tumis

  • 2 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 4 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 10 tangkai cili kering (potong nipis menyerong)

Cara nak buat Sambal Goreng Jawa

  1. Panaskan minyak masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk lumat dan masukkan bahan tumis, tumis hingga agak garing.
  2. Masukkan air asam jawa, gula, perasa dan sedikit garam renjiskan kicap manis kacau hingga naik minyak, masukkan suhun dan fucuk serta air.
  3. Masukkan pula kacang panjang kacau seketika masukkan bahan lain yang dah siap digoreng tadi gaul rata sesuaikan rasa dan tutup api.

Sumber: Mariana Zainal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Sambal Jawa (Soon Banyak)

Bahan-bahan

  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili padi
  • Cili merah + cili hijau

Bahan racik

  • Ikan bilis
  • Udang kertas
  • Air asam.
  • Garam.
  • Kicap pekat + kicap manis
  • Santan anggaran sendiri
  • Soon + pucuk (rendam)
  • Kentang (goreng)
  • Tempe (goreng)
  • Tahu (goreng).

Cara nak buat Sambal Jawa (Soon Banyak)

  1. Tumis bahan racik naik bau kekuningan.
  2. Masuk ikan bilis + udang sayur.
  3. Masuk kicap pekat + kicap manis.
  4. Msuk air asam.
  5. Masuk soon + pucuk.
  6. Masuk santan.
  7. Masuk kentang +tempe+tahu yang telah digoreng tadi.
  8. Kacau rata.
  9. Letak garam + perasa kalau suka.

Sumber: Zurina Mansor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Sambal Goreng Jawa (Versi Tumis)

Bahan-bahan

  • Kacang panjang (dihiris nipis serong)
  • Tauhu potong dadu (goreng)
  • Kentang potong dadu kecil (goreng)
  • Tempe potong dadu (goreng)
  • Bawang merah(hiris)
  • Bawang putih (hiris)
  • Halia (hiris) nipis sedikit sahaja
  • Cli merah/hijau besar (hiris)
  • Serbuk cili (satu sudu besar)
  • Suun (goreng/rendam air panas dan toskan)
  • Pucuk tauhu( rendam/rebus sampai lembut/ toskan
  • Santan kotak ( setengah kotak) tak perlu banyak
  • Garam
  • Gula ikut takat mana yang suka
  • Kicap manis (masukkan setelah cili masak)
  • Perisa jika suka

Cara nak buat Sambal Goreng Jawa (Versi Tumis)

  1. Tumis semua bahan hiris dan masukkan cili kering serbuk. Masukkan santan, halia hiris nipis, kicap, garam, perasa dan gula.
  2. Masukkan kacang panjang, tempe, tauhu, kentang, suun, pucuk tauhu dan gaul rata. Kemudian matikan api dan toskan minyak.

Sumber: Nor Seri Azlina Bustani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Sambal jawa ini juga memang sering dijadikan sebagai hidangan lauk hari raya.

Jom lihat juga resepi sambal Gesek (Pedas & Power!).

Selamat mencuba!

Leave a Comment