4 Resepi Salad Sayur

Salad sayur merupakan hidangan sejuk yang terdiri daripada campuran pelbagai jenis sayuran segar yang dipotong atau dihiris dalam saiz yang sesuai untuk dimakan. Hidangan ini biasanya disajikan dengan sos salad atau vinaigrette sebagai perasa utama. Salad sayur terkenal sebagai hidangan yang sihat dan rendah kalori.

Salad sayur boleh mengandungi pelbagai jenis sayuran seperti daun salad, tomato, timun, lobak merah, bawang, dan sayuran hijau lain. Ia sering dijadikan hidangan pembuka atau hidangan sampingan dalam set makanan yang lengkap. Hidangan ini sangat popular dalam diet sihat dan sering menjadi pilihan utama bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat.

1. Resepi Salad Sayur Campur

Bahan-bahan

  • Salad
  • Kobis purple (suku)
  • Kobis bulat (suku)
  • Cili benggala
  • Tomato ceri
  • Timun jepun
  • Bawang holland
  • Lada hitam biji (tumbuk)
  • Garam
  • Sos salad (boleh guna mayonis juga)
  • Thousand island
  • Cuka sedikit..
  • Isi ayam (bahagian dada potong nipis dan goreng dengan butter sikit letak lada hitam & sedikit garam)

Cara nak buat Salad Sayur Campur

  1. Campur semua sayur.
  2. Masukkan ayam curah sos, gaul bagi rata masuk lada hitam, garam dan cuka.
  3. Gaul lagi dan siap.

Sumber: Aisyah Zulaikha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Salad Sayur Sos Nanchos

Bahan-bahan

Bahan sos salad

  • Mayonis
  • Parmesan cheese
  • Bawang putih (kisar or cincang)
  • Lemon juice
  • Garam
  • Lada hitam

Bahan sayur

  • Salad (potong dadu)
  • Timun (potong dadu)
  • Tomato (potong dadu)
  • Bawang holland (potong dadu)
  • Jagung

Cara nak buat Salad Sayur Sos Nanchos

  1. Mix semua dan ikut selera masing-masing. Kalau nak pedas boleh tabur chili flakes.

Sumber: Noor Liza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Salad Sayur Sedap

Bahan-bahan

  • Sepokok daun salad
  • Separuh kubis ungu
  • Separuh kubis putih
  • 10 biji tomato ceri
  • 5 sudu besar sos mayonis
  • 5 sudu besar sos thousand island

Cara nak buat Salad Sayur Sedap

  1. Cuci bersih semua sayuran kemudian toskan.
  2. Apabila sayuran sudah agak kering, satukan semua sayuran ke dalam mangkuk.
  3. Dalam mangkuk berasingan pula satukan 5 sudu besar sos mayonis dengan 5 sudu besar thousand island.
  4. Masukkan sos yang sudah sebati ke dalam mangkuk sayuran dan gaul hingga mesra.
  5. Masukkan salad sayur tersebut ke dalam peti ais.

Sumber: Ani Zam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Salad Sayur Mabeles

Bahan-bahan

  • Sayur-sayuran (Salad jepun comel, timun jepun comel, tomato ceri comel, carrot, lada benggala, kobis ungu)
  • Kekacang (badam atau gajus)
  • Minyak (zaitun atau vco)
  • Mayonis
  • Sos blackpepper
  • Kismis

Cara Penyediaan Salad Sayur Mabeles

  1. Rendam & basuh sayur-sayuran tadi dalam air garam atau cuka supaya hilang segala kotoran/racun wajib rendam&basuh dulu. Jangan potong sayur dulu nanti khasiat sayur hilang)
  2. Potong sayur nipis-nipis mengikut selera masing-masing.
  3. Campur semua sayur ke dalam satu mangkuk besar.
  4. Gaulkan sayur bersama mayonis & sos blackpepper.
  5. Masukkan sesudu kecil vco/minyak zaitun
  6. Tabur badam/gajus dan kismis.

Sumber: Siti Zanariah Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Menu Salad Lain Yang Menarik

Untuk yang tak suka makan sayur, pasti anda akan suka dengan resepi salad sayur ini. Jika dah mula suka, pasti teringin nak cuba bermacam menu salah. Dibawah ini antara menu lain yang menarik:

1. Caesar Salad

Caesar Salad adalah salad klasik yang terdiri daripada daun cos lettuce yang dicampur dengan crouton, keju parmesan, dan sos Caesar yang khas. Sos Caesar biasanya dibuat daripada campuran mayonis, bawang putih, jus lemon, dan perasa lain yang memberikan rasa yang unik dan sedap.

2. Greek Salad

Greek Salad atau salad Yunani merupakan hidangan tradisional yang mengandungi tomato, timun, bawang merah, buah zaitun, dan keju feta. Salad ini disajikan dengan minyak zaitun dan cuka sebagai sos, memberikan rasa Mediterania yang autentik dan menyegarkan.

3. Coleslaw

Coleslaw adalah salad yang dibuat daripada kobis yang dihiris halus dan dicampur dengan lobak. Hidangan ini biasanya disajikan dengan sos mayonis atau vinaigrette yang memberikan rasa masam manis. Coleslaw sering dijadikan hidangan sampingan untuk makanan barat.

4. Waldorf Salad

Waldorf Salad merupakan salad buah dan sayur yang mengandungi epal, saderi, kacang walnut, dan anggur. Semua bahan ini dicampur dengan mayonis untuk menghasilkan hidangan yang mempunyai kombinasi rasa manis dan rangup yang unik.

5. Caprese Salad

Caprese Salad adalah salad Itali yang ringkas tetapi elegan, terdiri daripada tomato segar, keju mozzarella, dan daun basil. Hidangan ini disajikan dengan minyak zaitun dan cuka balsamik, memberikan rasa yang segar dan autentik dari Itali.

Leave a Comment