Roti Benggali cukup dikenali dahulu kerana teksturnya yang gebu dan lembut. Nama “Benggali” dipercayai berasal daripada orang Bengali yang menjual roti ini semasa era penjajahan British suatu ketika dahulu. Tekstur Roti Benggali ini berbentuk segi empat atau segi empat panjang dengan kulit tepi roti yang rangup.
Bahan utama dalam pembuatan resipi Roti Benggali ini terdiri daripada tepung gandum, yis, garam, dan sedikit gula. Roti Benggali ini cukup sedap apabila dimakan bersama kuah dal atau kari dan sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang. Walaupun Roti Benggali ini semakin sukar ditemui, tetapi ia tetap kekal sebagai simbol nostalgia.
1. Resepi Roti Benggali Mudah
Bahan-bahan Roti Benggali Mudah
- 1 cwn air suam
- 1/4 cwn gula
- 2 sudu teh yis
- 4 sudu besar minyak jagung
- 3 cwn tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam.
Cara nak buat Roti Benggali Mudah
- Dalam mangkuk besar, masukkan bahan A dan B. Kacau sehingga gula larut sepenuhnya.
- Kemudian, masukkan bahan C dan D. Gaul sebentar hingga sebati.
- Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam adunan tadi. Gaulkan semua bahan sehingga membentuk doh yang sebati.
- Kemudian masukkan tepung gandum dan garam. Gaulkan semua bahan tadi sehingga sebati.
- Setelah doh sebati, sapukan sedikit minyak pada mangkuk untuk mengelakkan doh melekat. Biarkan doh berehat selama 10 minit dan tutup mangkuk dengan kain bersih.
- Selepas 10 minit, keluarkan doh dan uli perlahan-lahan sambil hentak doh secara lembut selama 5 minit. Jika doh sedikit melekat, sapukan sedikit minyak pada tangan.
- Letakkan doh semula ke dalam mangkuk, tutup, dan biarkan sehingga doh mengembang dua kali ganda saiz asal.
- Setelah doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk mengeluarkan angin.
- Alihkan doh ke atas permukaan pencanai, tekan sehingga doh memanjang, dan gulung doh sambil tekan setiap kali menggulung. Ulangi sehingga doh membentuk gulungan sempurna.
- Masukkan doh ke dalam bekas roti yang telah disapu minyak. Biarkan doh berehat selama 40 minit lagi sehingga doh naik semula.
- Panaskan ketuhar pada suhu 175°C.
- Bakar doh selama 40 minit sehingga masak.
- Setelah roti masak, keluarkan segera dari bekas untuk mengelakkan roti menjadi berair.
- Biarkan roti sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
Sumber: Roszimah Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Roti Benggali Egg White
Bahan-bahan Roti Benggali Egg White
- 300g tepung Japanese bread flour
- 100g tepung HP Black Bear
- 100g tepung gandum
- 2 sudu kecil gula halus (digantikan dengan 2 sudu besar madu)
- 1 sudu kecil garam halus
- 200g starter aktif
Bahan campuran cecair
- 2 biji putih telur (dipukul)
- 100g susu full cream
- 130g air sejuk dari peti sejuk
- 80g yogurt
Cara nak buat Roti Benggali Egg White
- Masukkan semua bahan ke dalam bread maker dan uli sehingga doh sebati dan elastik. Uli lebih kurang 30 minit.
- Keluarkan doh dan hempuk beberapa kali di atas meja untuk mengeluarkan udara. Bulatkan doh dengan kemas.
- Tutup doh dengan kain bersih dan biarkan rehat selama 1 jam.
- Selepas 1 jam, timbang doh mengikut saiz yang diingini, bulatkan, dan biarkan rehat lagi selama 20 minit.
- Canai doh menjadi kepingan rata dan gulung seperti membuat Swiss roll. Sesuaikan panjang doh dengan saiz loyang.
- Letakkan doh ke dalam loaf pan yang telah disapu minyak. Proofkan doh sehingga naik ke paras loyang.
- Panaskan oven dengan api atas bawah pada suhu 230°C. Bakar doh selama 10 minit.
- Turunkan suhu kepada 200°C dan bakar lagi selama 10 minit.
- Kemudian, turunkan suhu lagi dan teruskan membakar sehingga roti masak sepenuhnya..
- Keluarkan roti dari oven dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
Sumber: Danita Daniels
Selain Roti Benggali, Apa Lagi Resepi Roti yang Sedap dan Gebu
Selain Roti Benggali, terdapat banyak lagi jenis roti yang sedap dan gebu yang boleh dicuba. Berikut adalah beberapa resepi roti yang popular dan sesuai untuk pelbagai selera.
1. Roti Sosej
Roti sosej popular sebagai minumpetang yang ringkas dan sedap. Doh roti dililit pada sosej dan dibakar, menghasilkan roti lembut dengan rasa sosej yang sedap. Tabur sedikit keju di atasnya untuk menambah kelazatan. Sesuai untuk semua dan mudah dinikmati bila-bila masa.
2. Roti Kopi (Mexican Bun)
Roti ini mempunyai tekstur lembut dengan inti mentega manis dan dilapisi topping kopi yang berbau harum. Ia sangat popular di kedai roti di Malaysia dan menjadi kegemaran ramai untuk dinikmati bersama teh atau kopi.
3. Roti Pizza Mini
Roti pizza mini dibuat dengan menjadikan doh roti sebagai bahan asas pizza kecil. Ia ditambah dengan topping seperti sos tomato, keju, sosej, cendawan, dan sayuran, memberikan rasa yang enak dan menarik. Roti pizza mini ini mudah disediakan.
4. Roti Sarang Lebah
Roti sarang lebah dikenali dengan bentuknya yang menyerupai sarang lebah. Roti ini biasanya diisi dengan inti manis seperti coklat, kaya, atau kelapa parut. Setelah dibakar, roti ini boleh dimakan bersama dengan teh atau kopi.