4 Resepi Rendang Tok (Popular Di Perak)

Rendang tok ini cukup terkenal di Perak. Rugi jika anda datang ke Perak tapi tidak merasa rendang tok yang cukup enak ini. Tapi kini anda tak perlu susah lagi nak pergi ke Perak, anda boleh buat sendiri resepi rendang tok ini lagi puas hati.

Jom kita try!

1.Resepi Rendang Tok Perak

Bahan-bahan

Bahan A

(diperap dgn daging)

  • 1 kg daging potong kiub 3×3 inchi
  • *20 tangkai cili kering
  • *4 biji bawang besar
  • *6 ulas bawang putih
  • *4 inchi halia
  • *4 inchi lengkuas
  • *1 ketul isi kunyit
  • *4 batang serai
  • *2 sudu mkn jintan manis
  • *2 sudu mkn jintan putih
  • *2 sudu mkn ketumbar
  • *2 sudu mkn lada hitam
  • *5 biji buah keras

(Semua bahan bertanda * dikisar halus, bahan rempah ratus disangai sekejap sebelum dikisar, satukan semua bahan dgn daging dan perap semalaman dalam peti sejuk)

Bahan B

  • 500ml santan pekat
  • 5 sudu mkn kerisik
  • 5 sudu mkn gula merah @ gula melaka
  • 1 cawan air asam jawa dari 2 sudu asam
  • Garam & gula secukupnya
  • Air secukupnya

Bahan C

(penumis)

  • 2 keping kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 8 kuntum cengkih
  • 8 biji pelaga
  • 2 helai daun pandan potong pendek2
  • 1 senduk minyak utk menumis

Cara nak buat Rendang Tok Perak

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan (C) hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan (A) iaitu daging yang telah diperap semalaman dan diikuti dengan semua bahan (B), gaul rata dan masak dengan api sederhana hingga daging empuk dan rendang sejat.
  3. Kacau dengan kerap bagi mengelakkan bahagian bawah menjadi hangit (boleh tutup api ikut tahap kelembapan rendang yg anda suka.
  4. Rendang tok boleh bertahan lama jika dikeringkan hingga bahan rencahnya menjadi serbuk.

Sumber: Zarina ZaraKhayla dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Rendang Tok Air Kelapa

Bahan-bahan

  • Daging potong ukuran 2 x 2 inci.

Bahan perap daging

  • Kiraan sekilo daging
  • 20 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 4 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • Seinci kunyit hidup
  • 4 batang serai
  • 2 sudu jintan manis
  • 2 sudu jintan putih
  • 2 sudu ketumbar
  • 2 sudu lada hitam
  • 4 biji buah keras

Blend semua kecuali serai titik. Perap daging lebih kurang 1 jam

Bahan tumis

  • 2 sudu minyak sapi
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkeh
  • 8 biji buah pelaga
  • 2 helai daun pandan

Naik baunya. Masukkan daging yang diperap

Daging dah naik minyak

Masukkan

  • Air kelapa 2 biji kelapa (optional )
  • Santan 2 biji kelapa
  • 5 sudu kerisik
  • 5 sudu gula merah
  • 2 keping asam keping
  • 4 biji buah kurma
  • Gula
  • Garam
  • 1 kiub maggi lembu
  • Daun limau purut (optional)

Cara nak buat Rendang Tok Air Kelapa

  1. Kalau daging masih belum lembut tambah air.
  2. Rendang dah kering.
  3. Masukkan kelapa yang dah disangai.
  4. Biar betul sejuk baru pindahkan kedalam mangkuk atau bekas.

Sumber: Mastura Mohamed dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Rendang Tok Warisan Keluarga

Bahan-bahan

  • Daging lembu/kerbau (potong12) 1kg
  • Santan 11/2 kg
  • Rempah kurma 25g
  • Serbuk cili 25g
  • Bwg merah (mayang) 1/2 sukatan daging
  • Serai 12 btg (blend)
  • Halia sebesar (blend)
  • Lengkuas 3 ruas (blend)
  • Kerisik 3 sb (goreng kelapa & tumbuk)
  • Isi kelapa potong dan goreng
  • Garam
  • Gula

Cara nak buat Rendang Tok Warisan Keluarga

  1. Daging dan bahan yang diblender tadi dimasak diatas api masukkan cili rempah kurma dan air masukkan sudu untuk mempercepatkan proses memasak.
  2. Proses melembutkan daging mengambil masa yang agak lama kena sabar banyak.
  3. Bila daging nampak kecut baru masukkan santan.
  4. Bila kuah agak kering masukkan kerisik masak sehingga daging betul empuk & pecah minyak baru masukkan gula dan garam masukkan juga kelapa yang digoreng tadi keringkan dengan api perlahan.

Sumber: Kak Yong Asmahan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Rendang Tok Mudah

Bahan-bahan

  • 1kg daging dipotong size 2 inci

Langkah 1

  • 2 sudu biji ketumbar
  • 2 sudu jintan manis
  • 2 sudu jintan putih

Ketiga bahan ini disangai kering kemudian ditumbuk bersama 1 sudu lada hitam yang tidak disangai ketepikan bahan ini sebentar

Langkah 2

  • 10 biji bwg merah
  • 6 ulas bwg putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 biji buah keras
  • 5 btg serai

Semua bahan langkah 1 dan 2 di curah ke atas daging kacau rata dan perap dalam 4 jam

Cara nak buat Rendang Tok Mudah

  1. 2 btg kulit kayu manis, 8 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga lawang dan 8 butir bunga cengkih dan tumis bahan ini dgn satu cawan minyak.
  2. Masukan daging yang diperap serta dikuti dengan 1 cawan cili kering yang siap dikisar.
  3. Kacau sehingga daging nampak kecut masukkan 1 kg santan serta air.
  4. Masak dengan api yang sederhana sehingga daging nmpk lembut (jika belum lembut tambah lagi air).
  5. Apabila daging kelihatan nak masak masukan 1 cawan gula merah serta 1 cawan kerisik dan 2 keping asam keping masukan garam serta serbuk perasa kacau dan tunggu sehingga masak.
  6. Biasanya proses memasak rendang ini mengambil masa 2 jam.

Sumber: Rm Zuan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Proses memasak rendang tok ini mengambil masa yang agak lama untuk dapatkan tekstur kering tapi hasilnya sangat berbaloi bila dah siap masak.

Jom lihat juga resepi rendang ayam yang sedap ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment