2 Resepi Red Ruby Dessert

Red ruby dessert adalah salah satu pencuci mulut yang berasal dari Thailand. Dalam bahasa Thai, ia dikenali sebagai Tub Tim Grob, yang bermaksud delima renyah. Antara bahan utama dalam resipi red ruby dessert ini ialah sirap, santan, sengkuang, dan juga ais batu.

Untuk cara penyediaan pencuci mulut ini, sengkuang akan dipotong kecil dan direndam dalam pewarna merah. Selepas itu, ia akan digaulkan dengan tepung ubi kayu. Adunan ini kemudian akan direbus sehingga masak dan dihidangkan bersama santan yang dicampur sedikit garam. Akhir sekali, tambahkan ais batu untuk memberikan kesegaran semasa menikmatinya.

Rasa manis dan berlemak menjadikan pencuci mulut ini sangat menarik. Selain itu, warnanya yang cantik turut menambah daya tarikannya.

1. Resepi Thai Red Ruby

Bahan-bahanThai Red Ruby

  • Sengkuang atau sengkuang cina
  • Pewarna merah
  • Tepung ubi
  • Air untuk merebus

Bahan sirap santan

  • 1 kotak / 200ml santan
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • ¾ cawan gula
  • Sedikit garam

Bahan lain

  • Buah Nangka
  • Barli di rebus
  • Kiub ais

Cara nak buat Thai Red Ruby

  1. Gaul sengkuang yang dipotong dadu dengan pewarna merah.
  2. Tambah sedikit air lalu perapkan seketika.
  3. Gaul sekata sengkuang perap yang diperap tadi dengan tepung ubi.
  4. Panaskan air. Rebus sehingga merah pada sengkuang kelihatan hampir jernih dan sengkuang timbul naik di permukaan air, lalu angkat dan masukkan kedalam bekas yg berisi air sejuk yg ada ais.
  5. Kemudian, hidangkan red ruby (sengkuang) bersama sirap santan, kiub ais, dan hirisan nangka.

Sirap santan

  1. Panaskan air dan masukkan santan, simpulan pandan, gula serta sedikit garam.
  2. Kacau dengan kerap diatas api yang perlahan.

Sumber: Linda Nur Khalish dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Red Ruby Dessert

Bahan-bahan Red Ruby

  • Sengkuang cina / sengkuang (dipotong dadu)
  • Pewarna/perisa ros (warna merah) atau pandan (untuk warna hijau)
  • Tepung ubi kayu
  • Air (untuk merebus)
  • Ais batu

Bahan lain

  • Nangka madu hiris panjang
  • Biji selasih( rendam air biasa)
  • Jagung

Bahan sirap santan

  • 1 kotak santan 200 ml
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 kotak kecil susu kotak full cream (optional)
  • Daun pandan
  • Sedikit garam

Cara nak buat Red Ruby

  1. Potong sengkuang cina atau sengkuang biasa dalam bentuk dadu kecil.
  2. Rendam potongan sengkuang dalam pewarna/perisa ros untuk warna merah atau pandan untuk warna hijau, mengikut citarasa.
  3. Gaulkan sengkuang yang telah berwarna dengan tepung ubi kayu hingga bersalut rata.
  4. Tapiskan lebihan tepung sebelum merebus.
  5. Didihkan air dalam periuk dan masukkan sengkuang bersalut tepung ke dalam air mendidih.
  6. Apabila potongan sengkuang timbul ke permukaan air, angkat dan segera rendam dalam air ais untuk mengekalkan tekstur kenyal.

Sumber: Mak Wo Na dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Red Ruby Dessert, Apa Lagi Dessert yang Mudah Nak Buat

Selain Red Ruby Dessert, ada pelbagai lagi resepi dessert yang mudah nak buat dan paling ringkas untuk disediakan. Berikut adalah beberapa cadangan idea resepi dessert yang mudah untuk anda.

1. Pulut Mangga

Bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi pulut mangga ini adalah seperti pulut yang telah dimasak, santan, gula, garam, dan mangga masak. Kukus pulut hingga benar-benar masak dan lembut. Sementara itu, campurkan santan dengan gula dan sedikit garam, kemudian masak sebentar hingga gula larut dan rasanya seimbang. Setelah pulut masak, tuangkan campuran santan tersebut ke atas pulut dan biarkan ia meresap. Akhir sekali, hidangkan pulut bersama potongan mangga masak untuk melengkapkan rasa manis dan lemak yang menyegarkan.

2. Puding Roti

Bagi menyediakan resepi ini, roti putih yang dikoyak kecil, susu segar, gula, telur, dan esen vanila. Mula-mula, campurkan susu, gula, telur, dan esen vanila dalam satu mangkuk besar. Kacau hingga sebati. Susun roti putih yang telah dikoyakkan ke dalam loyang dengan kemas. Kemudian, tuangkan campuran susu ke atas roti sehingga semua roti direndam dengan sempurna. Biarkan sebentar supaya roti menyerap campuran susu. Akhir sekali, bakar pada suhu 180°C selama 25-30 minit atau sehingga permukaan puding menjadi keemasan.

3. Coconut Jelly

Untuk menyediakan Coconut Jelly, sediakan bahan-bahan seperti air kelapa muda, isi kelapa muda, serbuk agar-agar, dan gula. Mula-mula, campurkan semua bahan dalam periuk, termasuk serbuk agar-agar, gula, dan air kelapa muda. Masak campuran ini di atas api sederhana sambil terus dikacau sehingga gula larut dan agar-agar larut sepenuhnya. Setelah semuanya sebati, matikan api dan masukkan isi kelapa muda ke dalam campuran tersebut. Tuangkan campuran ke dalam acuan pilihan anda dan biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.

4. Agar-Agar Milo

Dessert paling mudah nak buat iaitu agar-agar Milo. Pertama sekali, sediakan bahan-bahan seperti serbuk agar-agar, Milo, susu pekat, dan air. Mula-mula, didihkan serbuk agar-agar bersama air dalam periuk sehingga larut sepenuhnya. Seterusnya, masukkan Milo dan susu pekat ke dalam campuran agar-agar yang sedang mendidih. Kacau rata sehingga semua bahan sebati dan tiada ketulan Milo yang kelihatan. Setelah itu, tuangkan campuran ke dalam bekas atau acuan pilihan anda.

Leave a Comment