4 Resepi Ramly Burger

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama Ramly Burger. Jenama ini sudah lama bertapak di negara kita dan antara menjadi pilihan. Kali ini kami ingin kongsikan pelbagai resepi ramly burger sebagai panduan anda.

Jom kita try!

1. Resepi Burger Meatball Black Pepper Sauce

Bahan-bahan

  • Meatball
  • Bawang besar
  • Bawang kecil
  • Sos black pepper
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kiub pati ayam
  • Tepung

Cara nak buat Burger Meatball Black Pepper Sauce

  1. Goreng meatball.
  2. Tumis bawang besar + bawang kecil.
  3. Masukkan sos black pepper + sos tiram + sos cili + kiub pati ayam + black paper (ditumbuk).
  4. Masukkan air tepung sikit untuk pekatkan kuah.
  5. Masukkan meatball yg digoreng tadi dan gaul sehingga rata.
  6. Sedia dihidang.

Sumber: Siti Nur Azira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Shepherd Pie

Bahan-bahan

Bahagian atas (mashed potato)

  • 2 kilo kentang US (russet), buang kulit & rebus hingga empuk
  • 200 gm butter
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu teh oregano/rosemary
  • 1/2 cup susu fullcream
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1/2 – 1 sudu teh garam

Bahagian bawah (sos daging)

  • 15 cili kering
  • 2 labu besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Kisar halus semua bahan di atas

  • 800 gm daging kisar
  • 1 cup air
  • 1 cup karot potong dadu
  • 1/2 cup celeri potong dadu
  • 1/2 cup cendawan kering, rendam & potong dadu
  • 1 cup bawang besar potong dadu
  • 1/2 cup tomato potong dadu
  • 1 cup daun ketumbar dihiris kasar
  • 3/4 tin tomato puri (jika suka masam, gunakan 1 tin)
  • 1 sudu teh daun oregano/rosemary
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan garam (lebihkan sikit)
  • 1 sudu makan lada hitam yg dikisar kasar
  • 1- 2 sudu makan tepung gandum/jagung utk memekat sos
  • 1/2 cup minyak zaitun.
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar, masak hingga naik minyak.
  2. Kemudian masukkan daging & air, kacau supaya daging lerai/ tidak berketul.
  3. Kemudian masukkan carrot & masak hingga empuk. Masukkan celeri & cendawan & kacau lagi. Then masukkan tomato puri & bahan lain. Angkat & rehatkan sebentar.

Cara nak buat Shepherd Pie

  1. Masukkan sos daging & ratakan.
  2. Kemudian masukkan mashed potato di atasnya & ratakan.
  3. Sapukan bhg atas atas dgn kuning telur (sebiji). Bakar >< 20 -30 minit pd suhu 170 celsius.
  4. Angkat, sejukkan & sedia utk dihidangkan.

Sumber: Norashikin Hashim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Patty Burger

Bahan-bahan

  • 2kg daging kisar
  • 2sdb serbuk paprika
  • 2sdb lada hitam separuh halus
  • 2biji telur
  • 2cwn serbuk roti (warna putih)
  • 1sdb serbuk cayenne
  • Garam

Cara nak buat Patty Burger

  1. Satukan semua bahan dan terus bulatkan.
  2. Susun dalam tray selepas bulatkan.
  3. Perap 2-3 jam dalam peti ais.
  4. Panaskan kuali letak butter sedikit.
  5. Leperkan daging tadi ikut nak tebal ke leper daging burger.
  6. Grill jangan lama kalau lama daging akan rasa kering dalamnya tiada jus.
  7. Selepas grill letak daging burger atas salad tabur cheese.

Sumber: Siti Nornaim Keng dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Poket Doraemon

Bahan-bahan

Inti

  • 3 keping daging burger Ramly
  • 3 batang sosej
  • 3 sdb sos cili
  • 2 sdb besar mayonis
  • Serbuk lada hitam
  • 1/2 biji bawang holland (hiris)

Poket

  • 12 keping roti gardenia (nak guna roti lain pun boleh
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Roti di gelek nipis
  • Tekap
  • Gunting keliling

Cara nak buat Poket Doraemon

Inti

  1. Sosej direbus belah tengah dan potong kecil.
  2. Panaskan sedikit minyak masak.
  3. Goreng daging burger dan hancurkan.
  4. Dah separuh masak masukkan sosej dan kacau.
  5. Masukkan bawang holland yg di hiris halus @ potong dadu pun boleh.
  6. Masukkan sos cili, mayonis dan lada hitam.
  7. Kacau sebati.
  8. Siap.

Poket

  1. Ambil sekeping roti.
  2. Tepi keliling sapu bancuhan tepung gandum.
  3. Tindihkan lagi dengan sekeping roti.
  4. Klipkan dengan jari.
  5. Celup telur.
  6. Golek dalam breadcrumbs.
  7. Goreng hingga garing.
  8. Potong tengah.
  9. Buh salad dan inti.
  10. Pipe mayo dan sos cili.

Sumber: Noraslinda Md Radzhi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Jenama Ramly memang masih mendapat tempat di hati peminatnya tersendiri kerana masih mengekalkan tekstur dan rasa yang sama.

Jom kita semak juga resepi stew daging ini cicah dengan roti pun sedap!

Selamat mencuba!

Leave a Comment