4 Resepi Quiche Lorraine (Pastri Dari Itali)

Kali ini resepi yang kami nak kongsikan adalah resepi dari Italy. Italy terkenal dengan pembuatan pelbagai pastry dan tart antaranya ialah quiche lorraine. Resepi quiche lorraine adalah berasal dari dari tart yang dipenuhi dengan krim, telur atau daging serta ayam dan kadangkala ditambah dengan cheese sebagai pelengkap hidangan.

Jom kita try!

1. Resepi Quiche Lorraine Ayam

Bahan-bahan

Bahan pastri

  • 220g tepung gandum
  • 125g mentega sejuk didadu
  • 1 sdb gula aising
  • 1/2 biji telur

Inti A

  • 1 cawan isi ayam di dadu/cincang
  • 1 biji bawang besar didadu
  • 2 biji bawang putih dicincang
  • 3-4 kuntum cendawan
  • Sedikit mix vegie kalau suka
  • 1 camca besar butter
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 sudu lada hitam
  • 1 biji cili merah dihiris (optional)
  • Perasakan sedikit garam & serbuk hilal

Inti B

  • Telur 3biji
  • 1/2 cwn susu segar

**Kocak sebati

Cara nak buat Quiche Lorraine Ayam

Pastri

  1. Mix tepung + gula aising dan gaul rata.
  2. Masukkan mentega dan gaul lagi.
  3. Masukkan telur yang dah dikocak 1/2 biji. Gaul sebati sampai doh lembut & tak melekat pada jari,
  4. Tekan doh ke dalam acuan dan cucuk doh dengan garfu.
  5. Siap untuk dibakar : tip untuk elak bahagian pastri mengelembung masa bakar boleh letakkan aluminium foil diatas doh dengan kekacang sebagai pemberat.
  6. Bakar doh selama 20-30 minit pada suhu 160° atau ikut suhu oven memasing.
  7. Untuk inti A, panaskan mentega dan tumis bawang merah+putih sampai naik bau, masukkan cili, kacau. Masukkan isi ayam+cendawan, tumis sampai separuh masak. Selepas itu masukkan kedalam doh yang dah siap dibakar tadi dan tuang inti B sampai menyalut semua bahagian inti A.
  8. Letak cheese on top.
  9. Tabur sikit daun sup yang dicincang.
  10. Panaskan oven & bakar 15-25min/150° atau ikut oven memasing. Kalau tak masak, tambah lagi masa.

Sumber: Nazifah Hanim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Chicken & Mushroom Quiche

Bahan-bahan

Bahan pastri

  • 250gm salted butter (sejuk)
  • 10gm icing sugar
  • 1sk esen vanila
  • 2 biji kuning telur
  • 1 biji putih telur
  • 420gm tepung gandum

Bahan Filling

  • Sliced chicken (perap dengan garam & black pepper panggang half cook)
  • Fresh button mushroom
  • Bawang Holland
  • Garam, chilli flakes & garlic parsley salt

Bahan Custard

  • 200gm full cream milk
  • 200gm cooking cream
  • 4 biji telur
  • Garam
  • Lada sulah

Mixkan semua bahan di dalam mangkuk adunan – tapiskan

Topping

  • Grated mozarell & cheddar cheese
  • Hirisan fresh parsley

Cara nak buat Chicken & Mushroom Quiche

Pastri

  1. Dalam stand mixer cream butter sejuk, gula icing & esen vanila.
  2. Masukkan telur & biar sebati.
  3. Masukkan tepung & adun sehingga menjadi doh.
  4. Wrap dengan cling plastic & simpan dalam chiller dalam 10 minit.
  5. Canaikan adunan tepung & lapis kemas ke dalam loyang pie.
  6. Cucukkan dengan garpu.
  7. Bakar 180’C – 10 minutes. .

Filling

  1. Tumis bawang Holland.
  2. Bila turns translucent masukkan hirisan ayam panggang.
  3. Biar layu sedikit, masukkan hirisan button mushroom.
  4. Masak sebentar.
  5. Chilli flakes garam & garlic parsley dan garam.
  6. Bila ayam masak tutup api.

Cara assembles

  1. Letakkan filling ke dalam adunan pie yang dibake half cook tadi.
  2. Tuang bancuhan custard.
  3. Letakkan topping.
  4. Lapik loyang pie dengan tray.
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan dulu.
  6. 180’C , api atas bawah.
  7. Bake sehingga pie keperangan.
  8. *Sebagai penambah perisa, sprinkle garlic salt & chilli flakes masa nak makan nanti.

Sumber: Ariza Ariffin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Filling Quiche Lorraine

Bahan-bahan

  • Separuh timun jepun
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 1 ulas bawang putih (disagat)
  • 1/2cup greek yogurt/2 paket mayonis lady choice
  • Garam sikit
  • Lada sulah

Cara nak buat Filling Quiche Lorraine

  1. Sagat kasar timun jepun perah jus.
  2. Masukkan dalam mangkuk.
  3. Masukkan bawang putih, jus lemon, garam dan lada sulah dan yogurt/mayonis.
  4. Gaul rata rasa kalau masam dan tambah gula sikit simpan dalam peti ais lebih kurang 2 jam.
  5. Sesuai makan dengan steak, ayam panggang dengan cucur udang pun sedap.

Sumber: Sue Rzk dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Spinach Quiche

Bahan-bahan

  • 3-4 kpg puff pastry
  • 1/2 bj bwg holland/merah (dihiris)
  • 200g baby spinach (dihiris)
  • 1 tin kecil tuna chunks dalam olive oil (hancurkan dengan garpu)
  • 400ml susu
  • ½ cup mayonis/sour cream/yogurt (optional)
  • 4 bj telur
  • 250g keju cheddar diparut
  • Garam & serbuk lada hitam secukup rasa
  • 1 sdk olive oil

Cara nak buat Spinach Quiche

  1. Panaskan oven pd suhu 180c. Gliskan loyang yang sesuai. Ambil sekeping puff pastry, taburkan sedikit tepung & gelek menjadi agak nipis. Letakkan dalam loyang, trim bagi kemas. Alas permukaan puff pastry dengan kertas baking & masukkan kekacang/beras & bakar selama 15min. Alihkan kekacang & kertas baking dari puff pastry & ketepikan.
  2. Panaskan olive oil & tumis bawang hingga wangi. Masukkan bayam dan masak sekadar layu sahaja tutup api. Sudukan ke atas puff pastry tadi. Taburkan tuna di atas bayam
  3. Di Dalam jug kecil, satukan susu, mayonis, telur, garam & lada hitam. Whisk sebati. Kemudian tuangkan ke atas inti bayam & tuna. Taburkan keju di lapisan atas. Tekan sedikit keju supaya rata & sebati dengan inti.
  4. Kemudian masukkan kedalam oven & bakar selama 30-35min atau hingga keju keperangan
  5. Bayam & bawang tak tumis pun boleh terus masukan dlm puff pastry & ikut langkah berikutnya. Inti boleh dipelbagaikan ikut selera.

Sumber: Keroroyz Royz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Jika anda peminat pastri boleh lah cuba resepi ini, makan waktu panas memang sedap!

Jom semak juga resepi Zeppole Italy atau kuih bomboloni Malaysia.

Selamat mencuba!

Leave a Comment