4 Resepi Quaker Oat

Quaker Oats merupakan jenama oat yang terkenal di peringkat global, dihasilkan oleh syarikat PepsiCo. Produk ini terdiri daripada bijirin oat yang telah diproses untuk dijadikan makanan sarapan yang berkhasiat tinggi. Oat ini kaya dengan serat larut, protein, dan pelbagai vitamin serta mineral yang penting untuk kesihatan badan.

Quaker Oats boleh dihidangkan dalam pelbagai cara, sama ada sebagai bubur oat panas dengan menambah susu atau air, atau dimakan sejuk dengan buah-buahan segar dan yogurt. Produk ini sangat popular kerana mudah disediakan, mengenyangkan, dan memberikan tenaga yang berkekalan untuk memulakan hari dengan sihat.

1. Resepi Lempeng Quaker Oat

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • Segenggam Quaker oat
  • 1 sudu besar rata gula
  • Garam secukup rasa

Cara buat Lempeng Quaker Oat

  1. Bancuh semua dengan air.
  2. Bancuh dengan air sejuk dalam peti ais sebab nak kulit macam rangup dan lembut di dalam.
  3. Siap.

Sumber: Zariani Zainol dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Cucur Quaker Oat

Bahan-bahan

  • 2cwn tepung gandum
  • 1cawan quaker oat.
  • 1sudu kecil garam.
  • 2 1/2 cawan air panas.
  • 3sudu gula (ikut selera sendiri)

Cara buat Lempeng Quaker Oat

  1. Satukan tepung, oat, gula dan garam.
  2. Kacau bagi rata bila dah rata baru tuangkan air panas mendidih.
  3. Gaul sampai sebati kemudian goreng.

Sumber: Shaza Al-Shahab dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Biskut Oat Coklat Susu

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum*
  • 6 cawan oat (quaker oat biru)*
  • 1 1/4 cawan gula castor*
  • 6 sudu besar serbuk koko*
  • 250gram butter / 1cawan margerin (boleh guna salah satu)
  • 1 cawan minyak mazola

Untuk Salutan

  • 1 1/2 cawan susu tepung
  • 1 cawan gula halus

Cara buat Biskut Oat Coklat Susu

  1. Gaulkan bahan bertanda biar sebati semua.
  2.  Kemudian masukkan butter/margerin. Boleh guna salah satu, jangan masukkan dua-dua.
  3. Gaulkan sampai sekata semua, guna tangan atau spatula je takperlu pemutar mesin ke apa sebab taknak oat tu hancur.
  4. Masukkan minyak mazola sikit demi sikit, jangan tuang semua tau. Tengok doh agak tak melekat di tangan boleh gentel buat bulat. Kalau minyak mazola tak cukup boleh tambah sikit.
  5.  Lepastu bulat-bulat kan sebesar 20sen, susun atas talam pembakar. Bakar di dalam oven 20 minit suhu 200 darjah celcius. Bergantung oven masing-masing.
  6.  Lepas biskut dah siap bakar boleh keluarkan letak atas peredai sejukkan sikit 5minit. Agak dah suam boleh gaul susu tepung yan g dah campur dengan gula tadi. Siap.

Sumber: Einn Hairi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Overnight Oats

Bahan-bahan

  • Rolled Oats/ plain Quaker Oats
  • Greek yoghurt /plain yoghurt
  • Honey (kalau tak ada ganti smash banana)
  • Low fat fresh milk
  • Buah-buahan segar

Cara buat Overnight Oats

  1. Dalam botol masukkan rolled oats, yoghurt, low fat milk, honey last baru susun buah.
  2. Tutup dengan penutup .
  3. Simpan dalam peti ais semalam esok baru makan nak buat breakfast atau lunch atau dinner pun boleh mengenyangkan .

Sumber: Laila Aznam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Menu Sihat Menggunakan Bijirin

1. Overnight Oats

Overnight oats adalah hidangan oat yang direndam semalaman dalam susu atau yogurt bersama buah-buahan dan perasa pilihan. Hidangan ini mudah disediakan dan menjadi pilihan popular untuk sarapan sihat yang praktikal.

2. Oat Cookies

Biskut oat merupakan kuih tradisional yang diperbuat daripada oat, mentega, gula dan tepung. Kuih ini mempunyai tekstur yang rangup dan rasa yang manis, sesuai dinikmati bersama teh atau kopi.

3. Granola

Granola adalah campuran oat panggang yang dicampur dengan kacang, biji-bijian, dan madu atau sirap maple. Makanan ini popular dimakan bersama yogurt atau susu sebagai sarapan yang berkhasiat.

4. Muesli

Muesli adalah campuran oat mentah dengan buah kering, kacang dan biji-bijian. Hidangan Switzerland ini biasanya dihidangkan dengan susu atau yogurt dan menjadi pilihan sarapan yang sihat dan mengenyangkan.

5. Oat Smoothie Bowl

Smoothie bowl oat adalah minuman kental yang diperbuat daripada oat yang dikisar bersama buah-buahan dan dihiasi dengan pelbagai topping. Hidangan ini popular di kalangan mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Leave a Comment