4 Resepi Pulut Mangga

Pulut mangga merupakan sejenis pencuci mulut yang sangat popular di Thailand dan negara-negara Asia Tenggara. Kuih ini terdiri daripada pulut yang dimasak dengan santan dan garam, kemudian dihidangkan bersama hirisan buah mangga yang masak dan manis. Pulut biasanya dibentuk dalam bentuk segi empat atau bulat kecil.

Pencuci Mulut ini terkenal dengan kombinasi rasa manis daripada mangga segar dan pulut yang berlemak daripada santan. Pulut mangga sering dihidangkan sebagai pencuci mulut atau kuih petang, dan merupakan antara kuih tradisional yang paling digemari oleh masyarakat tempatan mahupun pelancong.

1. Resepi Pulut Mangga Ayutthaya

Bahan-bahan

  • Santan
  • Gula
  • Garam
  • Daun Pandan
  • Beras pulut

Bahan kuah

  • Santan
  • Gula
  • Garam
  • Daun Pandan

Cara nak buat Pulut Mangga Ayutthaya

  1. Masak santan dengan gula dan garam. Daun pandan dan masukkan beras pulut yang telah direndam selama 10minit.
  2. Kemudian kukuskan. Bila hampir masak angkat dan gaul dengan santan yang dah dicampur dengan sedikit gula dan garam.
  3. Kemudian kukus lagi sehingga masak.

Bahan kuah

  1. Kalau suka pekat boleh letak sedikit tepung beras.

Sumber: Ira Mohamad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Pulut Mangga Thai

Bahan-bahan

  • 1 cawan beras pulut direndam setengah jam. Dah rendam masukkan ke dalam periuk nasi
  • Tambah1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair atau air biasa
  • 2 sdb minyak masak
  • Garam sedikit saja
  • 2 sdb gula
  • Daun pandan

Bahan kuah

  • 1cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • Daun pandan
  • Sedikit garam
  • 2 sdb gula – nak manis lebihkan 1 sdb lagi

Cara nak buat Pulut Mangga Thai

  1. Kacau-kacau semua bahan sampai rata. Masak mcm masak nasi biasa
  2. Bila tombol dah terangkat kacau perlahan. Biar sekejap Kemudian tekan kembali tombol supaya pulut masak sekata.

Bahan sos kuah

  1. Masak dengan api perlahan sampai mendidih.Tambah1 sdb tepung jagung sos akan lebih berkilat.
  2. Bahan lain bijan disangai.

Sumber: Makcik Ratu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Pulut Mangga Lemak Manis

Bahan-bahan

  • 1kilo beras pulut (cuci bersih dan rendam selama 2,3jam)
  • 1kotak kecil santan
  • 1cawan air
  • 5sudu makan gula
  • 1/2sudu teh garam
  • 2sudu makan minyak masak*

Bahan kuah santan

  • 1kotak santan
  • 2cawan air
  • 2sudu makan tepung beras
  • 4sudu makan gula
  • 1/2sudu teh garam

Cara nak buat Pulut Mangga Lemak Manis

  1. Satukan santan, gula, garam dan masak hingga mendidih.
  2. Toskan beras pulut dan kukus hingga separuh masak.
  3. Angkat pulut dan gaulkan bersama santan dan kukus lagi sekali hingga pulut betul masak.

Kuah santan

  1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat.

Sumber: Raja Amanina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Pulut Mangga Noxxa

Bahan-bahan

  • 1 cawan pulut1 cawan air
  • 1/2 kotak santan kara
  • Sikit garam
  • Sikit gula
  • Sehelai daun pandan

Bahan sos pulut mangga

  • 1 cawan air
  • 1/2 kotak santan kara
  • 1 sudu tepung jagung
  • Sikit garam
  • 2 sudu makan gula
  • Seheai daun pandan

Cara nak buat Pulut Mangga Noxxa

  1. Masukkan semua dalam periuk noxxa 3 minit. Buka tudung periuk kacau bagi rata.
  2. Dan steam 2 minit. Siap.

Sos pulut mangga

  1. Masukkan semua dalam periuk.
  2. Kacau rata. Buka api. Kacau sampai likat.

Sumber: Mami Marsya QueenKitchen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Pencuci Mulut Lain Yang Menyegarkan

Walau pun pulut mangga berasal daripada Thailand, namun ianya tidak lagi asing di Malaysia. Malaysia juga tidak ketinggalan menghasilkan pencuci mulut yang menyegarkan sama seperti pulut mangga. Antara pencuci mulut menyegarkan yang berasal dari Malaysia adalah:

1. Cendol

Cendol ialah minuman pencuci mulut sejuk yang terdiri daripada jalur-jalur tepung beras hijau, santan, gula melaka cair, dan kebiasaannya ditambah dengan ais serut. Minuman tradisional ini mempunyai rasa yang segar dan manis, dengan aroma pandan yang khas daripada jalur-jalur hijau tersebut, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk cuaca panas.

2. Ais Kacang

Ais kacang merupakan pencuci mulut sejuk yang popular terdiri daripada ais serut yang disiram dengan pelbagai sirap berwarna-warni, santan, dan ditabur dengan berbagai bahan seperti kacang merah, jagung, cincau, dan agar-agar. Hidangan ini menawarkan pelbagai rasa dan tekstur dalam satu mangkuk, memberikan pengalaman yang menyegarkan dan mengenyangkan.

3. Bubur Pulut Hitam

Bubur pulut hitam adalah variasi lain daripada pulut hitam yang dimasak sehingga menjadi bubur pekat dengan tekstur yang lembut. Pencuci mulut ini biasanya dimasak dengan santan, gula melaka, dan sedikit garam untuk menyeimbangkan rasa manis, serta sering dihidangkan dengan santan segar sebagai pelengkap.

Leave a Comment