4 Resepi Pulut Durian (Rasa Lemak Pulut dan Manis Durian)

Bila musim durian memang pelbagai hidangan berasaskan durian kita boleh lihat. Salah satunya pulut durian. Makan bersama pulut yang masik berlemak disirakan pula dengan kuah durian memang mengasyikkan. Nak tahu resepi pulut durian?

Jom kita try!

1. Resepi Pulut Durian (Rice Cooker)

Bahan-bahan

  • 2cwn beras pulut rendam 15mnt toskan
  • 1cwn air masukkan dalam rice cooker

Cara nak buat Pulut Durian (Rice Cooker)

  1. Masukkan pulut yg ditos tadi dalam bekas/loyang alas dengan daun pandan.
  2. Masuk bekas/loyang yang berisi pulut dalam rice cooke.r
  3. Tekan butang cook.
  4. Bila butang cook dah tendang pulut dah pun masak.

Sumber: Salimi Dolah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Pulut Durian Mudah

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar minyak mask
  • Setengah sudu kecil garam
  • Gula

Cara nak buat Pulut Durian Mudah

  1. Press on rice coker.
  2. Then dah masak buka & kacau tak nak bagi yang bawah hangit, dan tekan On balik bagi masak sekejap sekali lagi.

Sumber: Ayu Marini Abidin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Pulut Durian

Bahan-bahan

  • Pulut setengah kilo
  • Santan kotak kara/santan segar
  • Durian/mangga
  • Garam dan gula
  • Tepung jagung sesudu kecik
  • Rebus/kukus pulut yang dah direndam 5-6jam-ketepikan

Cara nak buat Pulut Durian

  1. Masak sekotak santan kotak, campur dengan sekotak air, masuk sesudu kecil tepung jagung, secubit garam dan gula sesuai selera.
  2. Didihkan sekejap diatas api ,sambil tu kacau santan supaya tak pecah minyak.
  3. Bila dah sejuk, boleh dihidangkan dengan pulut dan durian/mangga.

Sumber: Murni Rahmat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Serawa Pulut Durian

Bahan-bahan

  • 5 – 10 ulas durian
  • 2 @ 3 kpg gula kabung
  • 1 kg Santan
  • 1 biji telur blend ngan santan
  • Daun pandan
  • Secubit garam

Cara nak buat Serawa Pulut Durian

  1. Masak semua dengan api perlahan..
  2. Sentiasa kacau. Dah gelegak tutup api. Kacau lagi jangan sampai pecah minyak.

Sumber: Rokiah Mohamad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Bila dah musim durian, resepi pulut durian antara wajib cuba!

Jom lihat juga resepi pulut kuning kukus (Sedap & Mudah Nak Buat)

Selamat mencuba!

Leave a Comment