4 Resepi Popcorn (Rangup dan Ketagih)

Kalau anda nak tahu senang sebenarnya nak buat popcorn ini, tak perlu susah lagi nak beli di luar, Agak mahal juga kalau popcorn yang berperisa ini. Apa kata anda buat sendiri resepi popcorn yang kami sediakan ini.

Jom kita try!

1. Resepi Popcorn Ala GSC

Bahan-bahan

  • Jagung kering (sya beli brand NSK)
  • Majerin
  • Minyak masak
  • Gula
  • Pewarna kuning

Cara nak buat Popcorn Ala GSC

  1. Panaskan minyak & 1 sudu besar majerin.
  2. Masukkan 2 genggam jagung kering.
  3. Pastikan tutup kuali/periuk dah habis meletup, ketepikan.

Gula caramel

  1. Masak gula 2 sudu besar & air panas secawan kacau sampai gula larut.
  2. Masukkan pewarna kuning & majerin 1 sudu besar.
  3. Kena sentiasa kacau sampai hilang buih & pekat tutup api,
  4. Masukkan popcorn tadi, gaul2 rata.
  5. Siap,

*anggaran gula : 1 genggam popcorn, 1 sudu gula

*masak dengan api perlahan untuk elakkan gula hangit, nanti pahit

Sumber: Syaima Shuhaimi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Caramel Popcorn Ala Garret

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1/2 cawan jagung kering
  • 2-3 sudu besar butter

Bahan B

  • 3/4 cawan brown sugar
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil baking soda

Cara nak buat Caramel Popcorn Ala Garret

Bahan A

  1. Panaskan butter dan masukkan jagung kering.
  2. Biarkan dia meletup sampai takda bunyi dan ketepikan.
  3. Kalau boleh cari kuali atau periuk yang muat untuk ratakan semua jagung kering tu jadi 1 layer supaya semua pecah rata. Kalau tak, ada yang tak pecah nanti.

Bahan B

  1. Cairkan gula dengan api sederhana.
  2. Kacau sampai gula betul-betul cair.
  3. Masukkan butter, esen vanilla dan kacau laju-laju.
  4. Masukkan baking soda dan kacau lagi.
  5. Masukkan popcorn tadi dan gaul sampai sebati.
  6. Biarkan sejuk seketika dan boleh makan.
  7. Kalau nak lebih rangup, masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 160° api atas bawah. Ratakan betul-betul atas loyang supaya semua terbakar rata. Setiap 10 minit pecah-pecahkan popcorn tu, baru cantik tak melekat .

Sumber: Nabilah Ismailjee dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Popcorn Salted Caramel

Bahan-bahan

Popcorn

  • 4 genggam kernel jagung
  • Minyak masak (saya guna canola oil)

Salted Caramel

  • 1 1/2 cawan gula castor
  • 2 sudu besar air
  • 1/2 buku butter (potong dadu)
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp baking soda

Cara nak buat Popcorn Salted Caramel

Popcorn

  1. Panaskan kuali atau periuk, pastikan ada penutup supaya tak la melompat keluar popcorn tu masa meletup.
  2. 2 sudu besar minyak. Lepas panas masukkan dua genggam jagung. Kemudian tutup kuali dan tunggu sampai meletup sambil goncang-goncang sket kuali tu.
  3. Keluarkan popcorn letak dalam dulang. Saya buat dua genggam lagi popcoen.
  4. Panaskan 150 darjah. Bakar popcorn dalam 7 minit. Ini untuk pastikan Popcorn kekal rangup.
  5. Kalau nak salut salted caramel, letak popcorn dalam dulan yang di alas dengan baking sheet atau silikon pad. Untuk mudah sejukkan dan alihkan kemudian. Kalau tak ada, lenserkan dulang dengan minyak. Tapi kena redho bila nak basuh kemudian.

Salted Caramel

  1. Pastikan popcorn dah sedia untuk dituang caramel, oven panaskan 150 darjah.
  2. Panaskan kuali. Make sure kuali atau periuk jangan terlalu kecil atau muat bahan sahaja.
  3. Masukkan gula dan air. Goyang periuk untuk pastikan semua gula basah. Jika ada yang tak basah, masukkan 1/2 sudu air lagi.
  4. Tunggu hingga gula bertukar jadi caramel, tak perlu gelap. Bila gula dah tak berbuih, cepat-cepat masukkan butter.
  5. Kacau rata butter dengan senduk kayu, bila dah rata. Tutup api.
  6. Masukkan garam dan baking soda. Bila adunan ni di kacau dia akan berbuih dan mengembang, jangan risau kacau biar semua berbuih rata.
  7. Cepat-cepat tuang ke popcorn. Dan gaul rata supaya semua popcorn kena pada caramel.
  8. Step akhir ni, penting kalau nak caramel tu kekal crunchy walaupun disimpan.
  9. Bakar dalam oven selama 30 minit. 15 minut pertama, keluarkan dan gaul sekali lagi untuk meratakan salted caramel.
  10. Bawa keluar popcorn dan sejukkan. Kalau boleh alihkan separuh kedulang lain supaya popcorn tak melekat dengan ketul yang besar.
  11. Bila sejuk, simpan dalam bekas kedap udara. Makan sambil tgk movie. Berbaloi segala usaha yang dicurahkan.

Sumber: Nurul Asyura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Popcorn Homemade

Bahan-bahan

  • • 2 sb minyak masak
  • 1/2 cawan marjerin pelangi
  • • 1/2 cawan gula halus
  • • Sedikit pewarna kuning
  • • 2 sb madu

Cara nak buat Popcorn Homemade

  1. Panaskan minyak, dan masukkan bahan satu persatu. Gaul sehingga mendidih dan berbuih-buih. Masukkan setengah cawan biji jagung. Gaul sebati. Biji jagung akan meletup sebiji demi sebiji. Tutup kuali dengan tudung periuk. Sambil tu goyangkan sedikit kuali supaya tidak hangit di bahagian bawah.
  2. Buka penutup kuali bila dah tiada bunyi letup.
  3. Lerai-leraikan popcorn yang melekat dan isikan di dalam dulang. Panaskan dalam oven dengan suhu 150° selama 10 minit untuk dapatkan popcorn yang lebih rangup.
  4. Pastikan popcorn dah betul- betul sejuk baru disimpan di dalam bekas kedap udara.

Sumber: Huda Rahmat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Makan popcorn sambil tengok tv memang boleh habis kan?

Jom cuba juga resepi churros ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment