4 Resepi Petai

Petai merupakan sejenis sayuran tropika yang dikenali sebagai stink bean atau bitter bean dalam bahasa Inggeris. Ia berasal daripada pokok Parkia speciosa yang tumbuh secara semula jadi di Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Petai berbentuk panjang seperti kacang hijau tetapi bersaiz lebih besar, dengan biji yang berwarna hijau terang dan mempunyai bau yang khas dan kuat.

Sayuran ini sangat popular dalam masakan tempatan Malaysia kerana citarasanya yang unik – separa pahit dan separa manis dengan tekstur yang kenyal. Petai kaya dengan protein, serat, vitamin C dan pelbagai mineral penting. Walaupun baunya agak menyengat, petai sangat digemari kerana khasiatnya untuk kesihatan dan kelazatan dalam pelbagai hidangan tempatan.

1. Resepi Masak Lemak Daun Kayu Tempoyak Petai

Bahan-bahan

  • Cili api/kunyit hidup/ (blender atau tumbuk)
  • Tempoyak
  • Petai
  • Ikan bilis
  • Bahan racik daun rampai (semua diracik halus)
  • Serai
  • Daun kaduk
  • Pucuk Asam gelugur
  • Daun kunyit
  • Pucuk labu
  • Pucuk ubi
  • Pucuk mengkudu

Cara nak buat Masak Lemak Daun Kayu Tempoyak Petai

  1. Blender bahan cili dan kunyit.
  2. Masuk semua bahan dan tempoyak santan letak perasa garam dan perasa akhir sekali masak sampai pekat.

Sumber: Kak Ina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis

Bahan-bahan

  • Ikan bilis
  • Cili padi
  • Petai
  • Bawang merah
  • Tempoyak batu
  • Garam

Cara nak buat Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis

  1. Ikan bilis, bawang merah, cili api ditumbuk.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk.
  3. Tumis sampai garing dan masukkan petai.
  4. Masukkan tempoyak.
  5. Masuk air sikit kalau nampak pekat.
  6. Masukkan sedikit garam.

Sumber: Muhamad Ismail Mohd Ali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Sambal Tempe Petai Ranggup

Bahan-bahan

  • Cili merah (besar) 10 tangkai
  • Bawang besar 5biji
  • (Blend )
  • Tempe (potong nipis goreng garing)
  • Ubi kentang (potong nipis goreng garing)
  • Ikan bilis (goreng garing)
  • Petai

Cara nak buat Sambal Tempe Petai Ranggup

  1. Tumis bahan yang dah blend tadi sampai kering air dan garing.
  2. Masukkan gula garam dan perasa jika suka (lebih kan gula) masukkan petai goreng dalam 1minit bagi petai masak sikit.
  3. Last tutup api masukkan bahan yang dah di goreng garing tadi kacau bagi sebati semua bolehlah angkat (toskan minyak dulu) baru boleh dihidangkan.

Sumber: Ciksu Kitchen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Sambal Ikan Bilis Petai

Bahan-bahan

  • Bawang besar 5 labu
  • Bawang putih 5 ulas
  • 1 sudu belacan
  • Segengam cili kering dikisar halus
  • Gula melaka@ nise 2 keping
  • Sos cili 3 sudu
  • Sos tomato 3 dudu
  • Daun pandan
  • Petai
  • 1 mangkuk besar ikan bilis

Cara nak buat Sambal Ikan Bilis Petai

  1. Kisar bawang bersama belancan dan secubit ikan bilis kisar sehingga lumat.
  2. Minyak kita panaskan masukkan simpulan daun pandan. Kacau sehingga aroma daun pandan naik berseri.
  3. Masukkan bahan kisar. Kacau sehingga separuh masak ataupun agak garing.
  4. Masukkan cili kering kisar. Bersama gula melaka atau nise.
  5. Masukkan sos cili serta sos tomato.
  6. Masukkan ikan bilis serta hirisan bawang besar.
  7. Perasakan dengan garam gula dan ajinomoto.
  8. Masukkan petai. Masak sehingga pecah minyak.

Sumber: Yayar B. Awang Noh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Variasi Menu Petai

1. Sambal Petai Udang

Hidangan ini menggabungkan petai dengan udang segar yang dimasak bersama sambal belacan yang pedas dan aromatik. Kombinasi udang manis dengan petai yang pahit serta sambal yang berapi menjadikan masakan ini sangat digemari ramai.

2. Petai Goreng Cili Padi

Masakan ringkas tetapi lazat di mana petai ditumis bersama cili padi, bawang dan kicap. Hidangan ini popular kerana mudah disediakan namun mempunyai rasa yang kuat dan merangsang selera makan.

3. Gulai Petai Ikan

Petai dimasak dalam kuah santan yang kaya bersama potongan ikan segar dan rempah gulai. Kuah yang lemak dan creamy menyelimuti petai dengan sempurna, menghasilkan hidangan berkuah yang sangat sedap.

4. Petai Goreng Belacan

Petai ditumis bersama belacan yang wangi, bawang merah dan cili untuk menghasilkan hidangan yang simple namun penuh citarasa. Kombinasi petai dengan belacan menghasilkan aroma dan rasa yang sangat autentik Malaysia.

Leave a Comment