4 Resepi Perapan Ayam

Perapan ayam merupakan campuran rempah-ratus yang digunakan untuk merendam ayam sebelum dimasak bagi memberikan rasa yang sedap dan harum. Perapan ini biasanya mengandungi kunyit, halia, bawang putih, ketumbar, jintan putih, lada hitam dan garam yang dikisar halus atau ditumbuk hingga menjadi pes.

Tujuan utama perapan ini adalah untuk menghilangkan hanyir ayam sambil memberikan citarasa yang mendalam dan tahan lama. Proses perapan juga membantu melembut-kan daging ayam dan memastikan rempah meresap dengan baik ke dalam daging, menghasilkan masakan ayam yang lazat dan beraroma.

1. Resepi Perapan Ayam Thai

Bahan-bahan

Perapan Ayam

  • 6 ketul Ayam
  • 3 sb sos tiram
  • 2 sb kicap manis,
  • 1sk garam/secukup rasa
  • 1 sb minyak masak

Bahan sos

  • 5 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi merah/hijau
  • 3 batang akar ketumbar

(Tumbuk sampai lumat guna lesung)

  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb gula
  • 3 sk kicap cair
  • 1 biji perahan limau nipis/lemon
  • daun ketumbar (dihiris halus)

Cara nak buat Perapan Ayam Thai

  1. *Perap dalam 30min.
  2. Bakar dalam oven 180-200°C
  3. ~ +-60min/sehingga masak.
  4. Gaul semua sampai sebati, curah atas ayam. Siap!

Sumber: Nurul Husna dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Ayam Percik

Bahan-bahan

Bahan kisar kuah & perapan ayam

  • 1 biji bawang holland
  • 2 biji bawang merah besar
  • 6-7 ulas bawang putih
  • Sedikit cili kering
  • Sedikit halia
  • Sebatang serai

Perapan ayam

  • Beberapa ketul ayam cuci & toskan
  • Perap ayam dengan garam secukupnya, sedikit bahan kisar. Saya tambah serbuk kunyit, chicken seasoning, lada putih & sedikit serbuk cili. Bahan kisar agak pucat di sebabkan penggunaan bawang holland

Cara nak buat Ayam Percik

  1. Kisar bahan sampai lumat, angkat sedikit bahan kisar utk di lumurkan pada ayam.

Kuah percik

  1. Panaskan periuk, letak minyak, tumis baki bahan kisar sampai garing.
  2. Masukkan santan & secawan setengah air.
  3. Perasakan garam & gula. Nak letak skit air asam jawa pun boleh.
  4. Masak sampai kuah cantik & berminyak.
  5. Panaskan oven, guna suhu 150 api atas bawah. Oven jenis industri. Bakar ayam dalam 40minit ke 1 jam. Keluarkan dan lumur ayam dengan kuah percik. Jangan habiskan kuah percik. Tinggal sikit. Sambung bakar.

Sumber: Dani J Tang dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Perapan Ayam Madu

Bahan-bahan

  • Madu
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Ayam yang sudah direbus

Cara nak buat Perapan Ayam Madu

  1. Campurkan semua bahan diatas dan perap bersama ayam.
  2. Goreng ayam dengan minyak yang panas.
  3. Sebelum angkat ayam masukan bahan perapan ayam tadi tunggu sebentar agar bahan perapan jadi likat dan terus angkat bahan perapan ayam tadi akan bersalut dengan ayam menyebabkan ayam berkilat.

Sumber: Sarah Yusoff Alex dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Perapan Ayam BBQ

Bahan-bahan

Bahan kisar

  • Bawang merah segenggam
  • Bawang putih segenggam
  • Lada hitam satu sudu lebih kurang
  • Bunga cengkih 6 ke 7 putik
  • Sos tomato
  • Sos HP
  • Sos salsa La Costena
  • Kicap manis
  • Sedikit gula

Cara nak buat Perapan Ayam BBQ

  1. Masukkan semua bahan kisar dalam mangkuk.
  2. Masukkan sos salsa & sos HP semua satu botol.
  3. Sos tomato, kicap manis dan gula secukup rasa.

Sumber: Shahida Nurul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Menu Yang Menggunakan Perapan?

1. Ayam Percik

Ayam percik adalah hidangan tradisional Kelantan yang menggunakan ayam yang telah diperap dengan rempah-ratus, kemudian dibakar sambil disapu dengan sos santan yang kaya dengan rempah. Keunikan hidangan ini terletak pada teknik membakar ayam di atas bara api sambil berulang kali menyapu dengan kuah santan yang beraroma, menghasilkan ayam yang berkulit keemasan dan berasa manis pedas yang menggoda selera.

2. Ayam Panggang Berempah

Ayam panggang berempah menggunakan teknik perapan yang mendalam sebelum ayam dibakar dalam ketuhar atau di atas bara. Rempah perapan yang biasanya mengandungi kunyit, ketumbar, jintan manis dan bahan lain akan memberikan warna keemasan yang menarik pada kulit ayam. Proses memanggang membolehkan ayam masak dengan sekata sambil mengekalkan kelembapan daging dan menghasilkan aroma rempah yang menggoda.

Leave a Comment