4 Resepi Pepahat

Pepahat merujuk kepada siput buluh yang merupakan sejenis siput air tawar yang popular dalam masakan Malaysia. Pepahat adalah nama tempatan untuk siput buluh yang mempunyai cangkerang panjang dan nipis.

Pepahat atau siput buluh merupakan siput air tawar yang banyak digunakan dalam masakan tempatan Malaysia. Ia berbeza daripada siput laut seperti escargot yang tidak halal untuk dimakan dalam Islam. Pepahat biasanya dimasak dengan pelbagai cara termasuk masak kam heong, masak cili padi, atau masak lemak cili api yang menjadikannya hidangan istimewa dalam masakan tempatan.

1. Resepi Pepahat Masak Cili Berserai

Bahan-bahan

  • 1 kg pahat
  • 2 labu bawang besar
  • 3 biji cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai diketuk
  • Sedikit kicap manis
  • 1 keping asam
  • Garam
  • Gula

Cara nak buat Pepahat Masak Cili Berserai

  1. Blend bawang dan cili hingga lumat.
  2. Tumiskan bahan blend hingga garing/naik minyak.
  3. Masukkan serai yang telah diketuk, garam, gula.
  4. kicap dan asam keping.
  5. Kacau sebati dan masukkan sedikit air (dalam 1/2 cawan).
  6. Bila kuah mendidih, masukkan pahat. Kacau sebentar dan tutup kuali dengan penutup untuk beberapa minit.
  7. Buka tutup kuali, kacau sebentar, tutup api dah masak!! Jangan terlalu lama takut isi pahat keras.

Sumber: Ayu Baizian dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Pepahat Versi Shellout

Bahan-bahan

  • 1biji bawang bsr *
  • 3ulas bawang putih *
  • 10tangkai cili padi merah*
  • 1batang serai*
  • 2sdb udang kering*
  • 2sdb serbuk kari
  • 2sdb sos tiram
  • 5sdb cili kering (sudah siap diblend)
  • garam & ajinamoto
  • 1kg pepahat

Cara nak buat Pepahat Versi Shellout

  1. Kisar semua bahan yang bertanda ( * ) dengan sedikit air.
  2. Panaskan minyak & masukkan bahan yang sudah dikisar, tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kering & kacau biar kan sekejap.
  4. Masukkan sos tiram,serbuk kari & kacau.
  5. Masukkan pepahat , garam, ajinamoto & kacau hingga masak.

Sumber: Puan Nita dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Pepahat Tumis Cili Api

Bahan-bahan

  • Pepahat
  • Cili api*
  • Halia*
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Serai -titik
  • Sos tiram
  • Perasa

Tumbuk bahan bertanda *

Cara nak buat Pepahat Tumis Cili Api

  1. Tumis semua bahan yang ditumbuk termasuk serai.
  2. Masukkan sos tiram dan perasa.
  3. Masukkan pepahat. Kacau sekejap je bagi sebati. Tutup kuali dan biarkan pepahat keluarkan air dan masak. Jangan masak terlalu lama nanti liat.

Sumber: Norhidayah Mohd Rushdi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Pepahat Fresh Ala Shellout Mudah

Bahan-bahan

  • 1/2 kg pepahat
  • 1 biji bwg besar
  • 3 biji bwg kecil
  • 2 ulas bwg putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 1sb sos tomato
  • 1sb sos tiram
  • 1sb kicap manis
  • 1sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • 1btg serai
  • 2sb minyak masak.

Cara nak buat Pepahat Fresh Ala Shellout Mudah

  1. Kisar bawang kecil, bawang putih dan cili kering sehingga halus, dan ketepikan.
  2. Hiris sebiji bawang besar, dan tumiskan bersama minyak sehingga layu. Masukkan bahan yang telah dikisar. tumis sehingga garing.
  3. Masukkan sos tomato, sos tiram kicap dan serai yang telah dititik tumis sehingga naik bau. Masukkan air masak sehingga agak kering.
  4. Masukkan garam dan gula setelah cukup rasa, masukkan pepahat yang telah dibersihkan kacau rata.
  5. Tutup kuali masak dalam 5minit bukak kuali dan kacau, lihat sama ada pepahat telah masak.

Sumber: Noorfaizah Ahmad Puaad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Menu Lain Menggunakan Siput

Pepahat amat jarang nak jumpa, kalau dah jumpa rugi tak cuba tau! Selain pepahat ada banyak lagi sesiput halal yang boleh dijadikan masakan. Antaranya adalah:

1. Siput Sedut Masak Lemak

Siput sedut atau siput bakau yang dimasak dengan santan dan cili api merupakan hidangan unik Malaysia. Hidangan ini menggunakan siput mangrove yang dimasak dengan kuah lemak yang kaya dan berperisa.

2. Siput Sedut Masak Cili Api

Siput sedut yang dimasak dengan cili api dan rempah tempatan yang memberikan rasa pedas dan berperisa. Hidangan ini popular di kawasan pantai Malaysia di mana siput sedut mudah didapati.

3. Gulai Siput

Siput yang dimasak dalam kuah gulai dengan santan dan rempah-rempah tradisional. Cara masakan ini memberikan rasa yang kaya dan berkrim kepada hidangan siput.

4. Siput Gonggong

Siput laut yang popular di Johor dan kawasan selatan Malaysia yang biasanya direbus dan dimakan dengan sambal cili. Siput gonggong mempunyai cangkerang yang besar dan daging yang kenyal.

Leave a Comment