2 Resepi Pau Sambal

Pau sambal adalah salah satu kuih Melayu yang menggabungkan pau goreng dengan inti sambal. Kuih ini mempunyai tekstur rangup di luar, disertai rasa pedas dan manis daripada sambal. Ia berbeza dengan pau biasa yang biasanya diisi dengan inti manis.

Resepi pau sambal ini menggunakan adunan doh pau biasa yang dibuat daripada tepung gandum, gula, yis, dan susu. Setelah adunan doh direhatkan, pau akan digoreng sehingga bertukar warna keemasan. Manakala inti sambal pula dimasak seperti biasa menggunakan cili kering, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, gula, dan garam.

Setelah inti sambal siap dimasak, ia akan disumbat ke dalam pau goreng bersama hirisan timun atau salad. Kuih ini paling enak dimakan ketika masih panas dan baru sahaja digoreng.

1. Resepi Adunan Doh Pau Sambal

Bahan-bahan Adunan Doh Pau Sambal

  • 2 sudu susu pekat manis*
  • 3 sudu gula*
  • 1 peket mauripan*
  • 1 cwn air suam*
  • 3 cwn tepung gandum
  • 2 sudu majerin
  • 1 biji telur

Cara nak buat Adunan Doh Pau Sambal

  1. Tunggu bahan bertanda * di atas sehingga kembang selama 10-15 minit.
  2. Campurkan semua bahan, uli sehingga sebati, dan biarkan doh berehat selama 10-15 minit.
  3. Setelah itu, ambil doh dan bulatkan kecil-kecil. Biarkan seketika selama 10-15 minit.
  4. Setelah doh kembang, masukkan inti pilihan ke dalam doh.
  5. Goreng dengan api sederhana hingga keemasan dan rangup.

Sumber: Dya Mira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Pau Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan Pau Sambal Ikan Bilis

Bahan doh

Bahan A

  • 1kg Tepung High Protein
  • 6 Sudu Besar Gula Pasir
  • 3 Sudu Besar Susu Tepung
  • 3/4 sudu besar Bread Improver
  • 1 paket Yis (11g)
  • 1 sudu teh garam

Bahan B

  • 500 ml Air Sejuk
  • 1 biji Telur Gred B / C
  • 3 sudu besar marjerin

Bahan sambal ikan bilis

  • Ikan bilis
  • 3 biji bawang holland di hiris halus
  • 2 ulas bawang putih di hiris
  • 1 inci halia di hiris
  • 20-30 biji cili kering size besar (rebus & blend bersama minyak / air)

Cara nak buat Pau Sambal Ikan Bilis

Adunan pau

  1. Campurkan tepung, air, gula, dan susu sehingga sebati. Biarkan adunan rehat sekurang-kurangnya 3 jam.
  2. Setelah 3 jam, rehatkan doh lagi selama 30 minit. Kemudian, bulatkan doh kecil-kecil.
  3. Tips: Anginkan doh yang telah dibulatkan dengan kipas sebelum menggoreng supaya doh tidak lembik atau melekat di tangan ketika diangkat. Selain itu, ini juga membantu doh tidak serap minyak.
  4. Pastikan api tidak terlalu besar ketika menggoreng, supaya warna gorengan menjadi cantik dan tidak terlalu cepat hangus.

Sambal ikan bilis

  1. Goreng ikan bilis hingga rangup.
  2. Tumis bawang & halia sampai layu.
  3. Masukkan cili blend.
  4. Tumis sampai pecah minyak.
  5. Masukkan secawan air, gula garam ajinomoto gula melaka dan air asam jawa.
  6. Masukkan sedikit ikan bilis.

Sumber: Raa Syahirah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Pau Sambal, Apa Lagi Resepi Kuih Pau yang Sedap

Selain daripada pau sambal, terdapat banyak lagi resepi pau yang sedap. Kuih pau sangat versatil dan boleh diisi dengan pelbagai jenis inti yang lazat, sama ada manis atau pedas. Pau sememangnya enak dinikmati pada bila-bila masa. Berikut adalah beberapa idea resepi pau untuk anda cuba.

1. Pau Kaya

Adunan pau yang diisi dengan sapuan kaya, penuh rasa lemak manis. Mempunyai tekstur gebu, lembut dan manis berkrim.

2. Pau Kacang Merah

Pau ini diisi dengan inti pes kacang merah pekat. Teksturnya yang gebu sesuai dimakan bersama kacang merah.

3. Pau Ayam/Daging

Pau ini diisi dengan inti kari ayam atau daging yang pekat, berempah, dan sedikit pedas. Ia mempunyai tekstur pau yang lembut serta rasa pedas berempah dari inti ayam atau daging.

4. Pau Kelapa

Pau klasik ini masih menjadi pilihan utama. Intinya terdiri daripada kelapa parut yang dimasak bersama gula melaka, gula, dan daun pandan. Ia mempunyai tekstur yang lembut dengan inti yang berlemak manis

Leave a Comment